Friday, July 3, 2015

Perginya Di Bulan Mulia...Al-Fatihah

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google & Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam jumaat dan salam 16 Ramadhan. Pagi ini bumi Melaka dibasahi hujan lebat. Sejuk sikit setelah beberapa hari panas berdekang. Bersyukurlah jangan merungut. Tapi manusia biasalah selalu aje nak merungut. Banyak yang tak kena daripada kena. Semoga kita dijauhkan daripada sikap begitu.

Semalam, kami dikejutkan dengan berita pemergian mak andak sebelah suami di Kampung Pulai. Saat menerima khabar itu jam 5.00 pagi usai sahur diri memang terkejut. Pagi semalam lepas sahur mak mertua telefon. Macam tak sangka. Berkali-kali aku tanya mak mertua aku mak andak tu ke? Termenung kejap. Mula terbayang-bayang wajahnya di ruang mata.

Pergi mengejut tanpa diduga. Walaupun dia mak andak sebelah suami tapi memang setiap tahun masa raya memang kami akan ke rumahnya. Menurut cerita daripada mak mertua, hari rabu petang tu arwah mengadu sakit perut. Jadi pak andak bawa ke klinik. Doktor kata gastrik. Jadi balik arwah rehat dan makan ubat. Kemudian balik tu arwah nak ke tandas untuk mengambil wuduk dan arwah jatuh. Terus dia orang panggil ambulan dan bawa ke hospital. Mak andak meninggal di hospital. Begitulah...

Jadi semalam, lepas bersahur aku dan suami bersiap. Hantar anak-anak ke sekolah dan kami terus balik ke kampung. Sampai rumah arwah sudah siap semuanya dan jenazah mahu dikebumikan. Dapatlah tengok jenazah dikebumikan. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.


Al-Fatihah buat arwah Mak Andak Normah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kepada keluarga arwah, semoga sentiasa diberi ketabahan dan kesabaran dengan pemergian orang tersayang. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku yang jauh ni ni pun turut bersedih apa ntah lagi anak-anaknya.

Kenangan bersama arwah sewaktu majlis perkahwinanku. Arwah yang sebelah kanan sekali. Berbaju kurung kuning.

Semalam membelek album kawin. Dan ini lagi gambar arwah bersamaku. Sewaktu ini arwah membacakan doa untuk kami. Kini tinggal kenangan.

Buat arwah mak andak, semoga tenang  dan damai di 'sana'. Perginya di bulan yang mulia. Semoga rohnya dicucuri rahmatnya dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...

Sekian an wassalam.

Salam pena,

1 comment:

adianiez AIDA said...

al-fatihah...

salam takziah buat fendi dan fida...