Sunday, April 26, 2015

~Santai Hujung Minggu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Terasa kejap je dua hari di rumah. Tak puas rasanya. Terlalu cepat. Buat macam-macam kerja rumah, beli barang dapur dan jalan-jalan. Dua hari inilah masa untuk keluarga. Masa yang sangat berharga dan bernilai bagi setiap orang.

Sabtunya, semalam hanya di rumah melayan sakit perut. Petang baru keluar ke Family Store beli groceries.

Pagi ni, awal dah keluar. Bersarapan di kedai mamak. Mulanya nak pergi jogging tapi aku masih lagi melayan kesakitan perut.


Keluar rumah tuju kedai mamak di Ayer Keroh. Order air sorang segelas. Aku boleh pula pesan teh tarik. Huh! Cari penyakit lagi.


Sekeping tosai untuk aku dan roti telur bawang untuk dia.


Anak-anak nak telur separuh masak. Sorang dua biji.


Cik kak ni orang sibuk makan dia sibuk buat cari kata. Minat dia tu.


Lepas makan kita orang ke Pesta Buku di MITC. Namanya Big Bad Wolf. Semalam dapat whatsapp daripada officemate kata novel murah-murah! Omg! Ramai jugak orang waktu kami sampai.


Mamat ni berebut dengan kakak nak tolak bakul.


Sebelum meninggalkan MITC aku suruh nana bergambar di bahagian pintu masuk.


Sesiapa yang belum pergi masih ada masa lagi.


Inilah hasil membeli-belah di Big Bad Wolf. Buku anak-anak je yang banyak. Aku dapatlah beli tiga buah novel aje. Murah aje harga RM5 sebuah. Aku memang suka baca novel, tak kacau orang kan??

Itu sajalah perkongsian untuk hari ini. Entri ringkas di hujung minggu ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

2 comments:

ibuayu said...

Buku2 nipis mcm kisah nabi tu brp rm ya fyda

adianiez AIDA said...

best nyer dpt gi bbw.
aida x sempat lg.
balik dr penang ni kot nak gi, jumaat kot.
nak beli buku cerita kisah nabi.
kat fb kata ada jual sebuah rm2.