Foto : Repost IG SimpleHijab
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat tengahari semua. Seperti biasa sejak kebelakangan ni aku seperti biskut chipsmore. Kejap ada, kejap hilang. Jiwa menulis masih lagi bermain-main tarik tali dengan aku. Untuk tidak mahu blog ini dibiarkan begitu sahaja, aku kongsikan sedikit kata-kata yang aku petik dari Intsagram SimpleHijab.
Semoga dapat dimanfaat oleh semua. Sama-samalah kita renung-renungkan.
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa.
Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak
tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat
tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi
kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju
majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan
ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai
keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak
serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat
dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan
menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar
bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia
atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa
hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan
bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak
dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah
tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat
kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki,
jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang
memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia
nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha
mendapatkannya.
Allah SWT berfirman, "Tiada suatu bencana pun yang menimpa
di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis
dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu)
supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan
supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya
kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi
membanggakan diri.."(Surah Al-Hadid: 22-23)
Salam pena,
1 comment:
selamat menulis ye..teruskan menulis sebab kadang-kadang boleh jadi terapi ..hhehe
Post a Comment