Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.
Selamat pagi semua. Kembali bekerja setelah bercuti dua hari. Macam biasa memang takkan habis kerja di rumah kalau hujung minggu ada program di luar. Masa untuk menulis pun memang tiada. Ini pun malam tadi sempat aku draft beberapa entri untuk minggu ini. Tidak mahu blog ini terus bersawang.
Entri ini kisah ole-ole sejurus kepulangan encik suami dari Pulau Langkawi. Macam biasalah kalau berkursus di tempat begitu memang duit pun melayang sama. Yang ditinggalkan di rumah hanya mengharap ole-ole yang dibawa pulang.
Pergi bawak beg hitam itu. Balik beg sudah jadi dua ye.
Kalau ke Pulau Langkawi tak beli coklat memang tidak sah. Ada yang orang kirim. Bukan semua orang di rumah punya.
Ini memang khas untuk aku. Jadi kena rajin memasak.
Fridge magnet aku kirim beli lebih. Nak ganti fm yang pecah. Mahu beli board untuk fm masih belum cukup duit. Huhuhu. Akan diusahakan secepat mungkin. Itu sahaja kisah encik suami ke Pulau Langkawi. Sekian dan wassalam.
Aku penulisnya,
1 comment:
tempat kursus paling best bila ada tempat nak shopping hehe
Post a Comment