Teks : Fyda Adim
Foto : Sumber FB
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.
Selamat pagi semua. Salam jumaat penuh barakah. Salam pembuka bicara untuk pagi yang mulia ini. Blog semakin sepi sejak beberapa hari ini. Tiada ada masa, tidak ada mood, tidak ada idea. Pelbagai alasan.
Jika dilihat pada kalendar, hari ini adalah jumaat terakhir untuk tahun 2014. Tahun 2014 sudah semakin hampir ke garisan penamat. Moga di beri peluang untuk meneruskan kehidupan. Dapat melihat anak-anak membesar.
Tahun 2014 adalah tahun kebangkitan pada diriku setelah ditimpa ujian dan dugaan. Aku diduga dengan perkara yang tidak pernah terlintas dek akal. Aku jatuh, hilang semangat kerana itu. Namun demi meneruskan kehidupan aku mencari kekuatan.
Sepanjang tahun 2014 aku belajar menjadi seorang wanita yang kuat dan tabah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun perit namun pasti ada manisnya untuk aku. Wallahualam. InsyaAllah dan mudah-mudahan. Kata seorang temanku, Allah menguji sekadar kemampuan kita. Semoga tahun 2015 akan lebih menyinar buat diriku. Amin.
Buat mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur, semoga kalian berada di dalam keadaan selamat dan semua dilindungi.
Sekian dan wassalam.
Aku penulisnya,
No comments:
Post a Comment