Assalamualaikum....^___^
Selamat pagi semua. Alhamdulillah, masih diberi keizinan untuk bernafas dan menikmati kehidupan pada hari ini. Mulakan hari ini dengan permulaan yang baik.
Berbalik kepada tajuk di atas adalah tajuk sebuah drama bersiri yang disiarkan di TV3 jam 10 malam. Siapa yang mengikuti drama ini?Sila angkat tangan. Aku baru-baru je tengok selepas dua episod terlepas tapi aku dah tengok kat youtube. Best jugak jalan ceritanya. Jom tengok sinopsis.
Sinopsis Ramadan Yang Hilang
Ramadan Yang Hilang mengisahkan konfilk antara dua beradik, Zafirah
(Eira Syazira) dan Delisha (Syatilla Melvin) apabila Delisha yang juga
anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih
sayang.
Ibu kandung Delisha, Rahimah meninggal dunia akibat asma sewaktu Delisha
berumur 10 tahun. Bapa tiri Delisha, Bidin pula dipenjara kerana
membunuh tanpa niat.
Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya
menjadi seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan
disebabkan Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam
pelajaran.
Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah seorang kanak-kanak
yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah
bahagi yang diberikan oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah.
Hidup Zafirah dan Delisha berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat
oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha
dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandungnya.
Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan
Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur oleh ibu
bapanya jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.
Lama-kelamaan, Zafirah cemburu dengan Delisha yang dilayan seperti anak
emas oleh ibu bapa dan juga neneknya, Maryam. Dia mula memendam perasaan
serta membesar menjadi seor ang yang pend iam dan suka menyendiri.
Selepas 10 tahun, Zafirah dan Delisha belajar di universiti yang sama
tetapi jurusan yang berbeza. Zafirah mengambil jurusan perakaunan
manakala Delisha mengambil jurusan pemasaran seperti kehendak Zubir yang
mengharapkan anak-anaknya boleh mengambil alih syarikatnya kelak.
Mereka masih meneruskan tradisi keluarga untuk berbuka puasa bersama
pada bulan Ramadan. Delisha yang pandai mengambil hati menjadi lebih
rapat dengan Zubir dan Saadiah memandangkan Zafirah selalu sibuk dengan
aktiviti dan majlis ilmu di universiti. Tambahan pula, kelahiran adik
bongsunya, Zayyad menyebabkan keluarganya mengabaikan Zafirah secara
tidak langsung.
Drama bersiri 18 episod ini menampilkan Eira Syazira dan Syatilla Melvin
sebagai tunjang utama. Ia turut dibintangi Zamarul Hisham yang
membawakan watak Zubir, Zila Bakarin (Saadiah), Norhayati Taib (Maryam),
Alis Mariya (Zafirah waktu kecil), Melly Amalin (Delisha waktu kecil),
Arja Lee (Rafiq) dan Sherrie Merlis (Rahimah).
1 comment:
Cite ni mmg best sbb sy mmg tengok dari awal tpi bil dia dah besar asik miss je nk tgk sbb dah tertido..huhu
Post a Comment