Tuesday, April 9, 2013
~Usah Difikir-Fikirkan~
Assalamualaikum...
Salam buat semua. Hari ni aku sudah pun kembali bertugas, Wah bunyi macam cuti lama je. Padahal semalam je pun aku cuti. Kembali menceriakan diri, kembali memulihkan semangat yang telah hilang beberapa hari lalu dan mencari kembali selera makanku yang hilang sejak jumaat lepas.
Alhamdulillah, hari ni sudah mula berselera makan, kembali bergelak ketawa dengan kawan-kawan aku yang sangat ceria dan menceriakan hari-hariku juga. Setelah beberapa hari terperuk di rumah tidak berdaya hari ni lega bila dapat bergelak ketawa bersama kawan-kawan sekeliling.
Badan masih lagi memerlukan kekuatan. InshaAllah, semoga dapat kembali seperti sediakala. Jangan difikir-fikirkan lagi. Apa yang berlaku ada hikmahnya.
Sekian dulu.
Koleksi Entri
Bicara Dari Hatiku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
get well soon ye.
kena sihat sentiasa utk anak-anak :-)
Post a Comment