Monday, April 8, 2013
~Sakit Menimpa Diri~
Sakit tu penghapus dosa. Aku tidak sihat sejak jumaat. Tapi diri ni masih gagah untuk ke kerja walaupun pagi tu aku sudah rasa semacam je. Sebelah tengahari dah rasa tak larat. Tekak sudah tidak mampu untuk makan. Apa saja makanan yang aku pandang aku rasa mual. Aku tapau nasi tapi aku hanya jamah sesuap dua saja.
Nasiblah jumaat rehatnya panjang dan kerja aku hanya tidur sepanjang waktu rehat dan akhirnya aku mintak izin untuk pulang bila rasa badan seram sejuk. Malam tu aku demam panas. Memang flat habis. Dua hari aktiviti aku hanya berbaring bertemankan bantal. Anak-anak terpaksa berdikari. Heee. Kesian anak-anak mama.
Hari ni aku emergency leave sebab mahu badan betul-betul cergas. Masih lemah lagi. Harap-harap dapatlah sembuh secepat mungkin sebab tak larat nak sebegini sahaja. Tak jadi kerja dan aku tak jadi orang. :D Doakan saya ye kawan-kawan...
Koleksi Entri
My Stories
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
olos ciannye...rehat secukupnye ye...
alahai cian nye..
now musim x menentu , kne minum air msk bnyk2
Post a Comment