Salam semua...
Nak jugak post entry nie. Sebab dah penat suruh biskut-biskut aku nie berposing. Ini jealah biskut yang aku kiranya susah gak nak buat sebab nak kena sagat. Tapi setiap tahun wajib ada biskut nie sebab aku suka!!!
Tanpa membuang masa mari kita lihat hasilnya...Tadaaaa
Inilah hasilnya. Aku sertakan sekali dengan resipinya..
RESIPI BISKUT SARANG SEMUT
Bahan-bahannya (untuk 2 adunan) :
2 buku butter
12 oz gula castor
16 oz tepung gandum
12 oz tepung kastard
1 sudu teh vanila
Coklat rice secukupnya
Paper Cup
Cara-caranya :
1) Campurkan kesemua bahan-bahan sehingga menjadi doh
2) Kemudian sagat doh tersebut.
3) Selepas disagat masukkan ke dalam paper cup dan taburkan coklat rice.
4) Bakar...
Sekian daripada saya...
No comments:
Post a Comment