Assalamualaikum buat semua kawan, teman, sahabat aku...:-)
Kawan atau Lawan??Macam mana kita nak kenal yang mana satu kawan dan yang mana satu lawan??Ada ke kawan yang ada ketika kita dalam kesusahan dan juga kawan yang ada bila kita senang???Kalau kawan bila kita dalam kesenangan mungkin ramai kan. Seronok kan bila kita punya ramai kawan. Tak kiralah kawan biasa-biasa aje atau kawan baik selagi dia ikhlas untuk berkawan dengan kita. Betul tak?
Macam-macam yang boleh kita gelarkan. Ada yang panggil kawan, ada yang panggil teman, kenalan, sahabat dan sebagainya. Kawan semasa gembira dan senang memang ramai. Kalau semasa kita sedang berduka atau susah adakah kawan berada dengan kita?Ada tak kawan yang sanggup berkorban demi seorang kawan?
Aku sendiri juga punya best friend masa sekolah sampailah sekarang kami masih berhubung walaupun seorang di utara dan aku di selatan. Teringat kisah aku dan bff aku pi mana-mana mesti nak pakai benda yang sama. Kadang pakai baju warna yang sama. Macam-macam kekdahnya. Mana dia ada situ aku ada. Memang rapatlah. Dah jumpa kat sekolah kat rumah mesti telefon. Ada jea cerita yang nak dikongsi. Kalau balik sekolah dulu masing-masing naik bas awam, balik tue telefon tanya dah sampai rumah ke belum. Yelah waktu tue belum ada lagi handphone. Nak sms pun tak boleh. bak kata kawan abg aku tue macam pakwe makwe gamaknya..hahaha...Dah nama best friend kan mestilah ambil berat antara satu sama lain. Memang rindu akan saat-saat itu. Tetiba aku rindukan kawan-kawan sekolah aku dan kawan-kawan ketika aku belajar di poli...hehehe..oh aku sangat rindukan korang!!Biasalah kenangan zaman sekolah tidak dapat dilupakan. Ada yang kita kawan dari tadika lagi. Manalah tak jadi begitu akrab.
Tak semestinya kawan yang kita baru kenal tidak ikhlas berkawan dengan kita dan tak semestinya kawan yang dah lama kita kenal tue ikhlas berkawan dengan kita. Ada juga kawan yang dah lama kita berkawan dan orang dah anggap yang dia orang tue best friend forever boleh putus kawan atau sebagainya.
Ada juga jenis kawan yang jenis kawan makan kawan..Apa maksudnya yea??hehehe..Mungkin yang nie digelar lawan agaknya. Kawan yang rapat pun kadang boleh putus kawan atas-atas sebab yang kecik mungkin sebab lelaki atau sebagainya. Kerana seorang lelaki boleh putus kawan. Sejauh manalah keikhlasan bila kita berkawan dengan seseorang??Bila terjadi sesuatu barulah kita sedar yang mana kawan kita dan yang mana satu lawan kita.
Yang paling penting kawanlah dengan semua orang..Kawanlah dengan sesape saje. Selagi kita ikhlas berkawan dengan orang. Orang pun akan ikhlas berkawan dengan kita.
Sayang sayang kawan-kawan saya yang sayang saya jugak!!!:-)
Hargailah persahabatan yang kita ada. Janganlah kita mengkhianati kawan kita sendiri.
Wassalam...Sampai kita bertemu lagi...
Thanks for reading my blog!!!
p/s : Entry ini tidak dimaksudkan kepada sesiapa. Sekadar untuk berkongsi pendapat erti seorang kawan di mata kita...Lain orang lain pendapatnya..
No comments:
Post a Comment