Saturday, June 18, 2011

~Malam Berinai~

Salam semua..
Bersambung lagi kisah perkahwinan adik aku.  Macam payah jea nak update blog maka asyik tertunda jealah entry2 sepanjang 3 hari majlis berlangsung.  Kalau dah cerita pasal malam berinai maka ada lagi 2 entry pasal majlis iaitu majlis resepsi di rumah perempuan dan majlis resepsi di rumah lelaki.

Malam berinai yang pegi aku dan sepupu2 aku jea.  Mak aku dan seangkatannya (my aunty) semua tak mau pegi sebab dia orang dah sakit kaki.  Jadi ammar aku tinggalkan dengan mak aku.  Masa pi nikah ammar dah ikut lagipun nak keluar malam kan tak berapa eloklah kalau nak bawak ammar.  aci tak alasan nie??????hehehehe.

So, jom kita layan gambar-gambar pada malam berinai....Banyak sangat gambarnya tak larat nak upload semua gambar.

Layannn...
Bergambar dengan ammar..bergegarlah gambar nie..sape yang snap nie!!!!
Sampainya kami di rumah pengantin perempuan
Untuk diarak..siap ada bunga api...
Dari pihak keluarga lelaki..kamera man x amik pulak gambar bunga apinya..
sabar jealah...
Diarah bersama-sama paluan kompang
Inilah group kami...adriana papanya dukung sebab adriana bunyi kompang dia takut.  punyalah berani tang kompang dia memang out.
Untuk majlis tepung tawar
Menanti giliran untuk tepung tawar si adik
ayah aku

Kak sepupu aku...
Turn aku pulak...

So, lepas majlis tepung tawar kami semua dijemput makan.
Bersambung pulak gambar-gambar sepanjang majlis persandingan pada hari sabtunya (28/5/11)

Nota Mama>>Bilalah nak abis cerita nie...


No comments: