Monday, May 23, 2011

~Sayang Seorang Kakak~

Salam kepada semua...

Sayang seorang kakak...siapalah lagi kalau bukan adriana.  sekarang kalau orang panggil dia 'nana' dia akan jawab panggil kakak...kadang dia jawab panggil kak long...aku pun dah tengok adriana semakin ok dengan adiknya berbanding masa mula-mula dulu memang teruklah dia kejekan adiknya.

Sekarang adriana semakin hari semakin baik dengan adiknya.  dah jarang tengok dia kacaulah.  cuma sesekali jealah.  dia lebih alert tentang adiknya.  alhamdulillah..kalau masa dalam pantang memang tak boleh lepa sikitlah kalau ditinggalkan adriana bersama-sama adiknya.  dialog adriana sekarang adik adik (adik-beradik) tak mo gaduh...

Kalau nak jalan mesti tanya adik tak bawak??kadang bolehlah disuruh-suruh kalau bab menolong nie.  tapi kadang bukan menolong sangat pun.  ada satu hari aku lepas mandikan ammar aku lupa nak pakaikan ammar stokin..adriana tanya ma,nape tak pakaikan adik stokin?aku pun kata nana tolong pakaikan adik stokin.  sementara dia nak pakaikan sempatlah aku snap gambar dan record gelagat adriana dan adiknya.


 

Aku selalu pesan dengan adriana adik-beradik tak mau gaduh yea.  itulah yang adriana selalu ikut dialog aku.  Orang tua-tua kata kalau nak rapatkan hubungan adik-beradik satukan tali pusat dia orang kan.  aku ikut jealah.  nasib aku masih simpan lagi tali pusat adriana.  mama, harap adriana akan sayang adik begitu juga dengan adik akan sayang kakak yea.

1 comment:

Anonymous said...

wah .. dh jd kakak beso ye..

huhuhu akil pun now bahasakan diri dia ;abg' tp cedih xdak adik lg