Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya..2011 bakal menjelang tidak lama lagi..adakah azam tahun ini sudah tercapai kesemuanya??jika belum tercapai kita harus lebih maju ke hadapan..Gagal sekali bukan gagal untuk selama-lamanya...begitu juga dengan aku...apa yang pasti ada kenangan pada tahun 2010 ini.
1) DIRI
- aku belajar menjadi seorang yang lebih matang
- aku belajar membesarkan seorang anak dan menimba pelbagai pengalaman dalam membesarkannya
- belajar menjadi seorang yang penyabar dan cuba untuk menjadi seorang isteri yang patuh dan taat kepada suami
2) KERJAYA
- aku belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap kerjaya aku
- cuba memberi komitmen yang terbaik
3) SUAMI
- mendapat pekerjaan yang lebih baik dan stabil
4) KELUARGA
- akan ada pertambahan ahli keluarga dalam keluarga kecil kami insyAllah pada bulan Mac 2011
- kami telah pun membeli rumah sendiri dan bakal diduduki pada awal tahun 2011
5) ANAK
- adriana membesarkan dengan baik dan sempurna
- menjadi semakin petah bercakap
6) PERNIAGAAN
- alhamdulillah adalah keuntungan yang dapat dirasakan dalam aku menjual pelbagai koleksi pakaian kanak-kanak dan bayi
- cendawan asben aku pun banyak mengeluarkan hasilnya
Semoga apa yang diharap pada tahun 2010 ini telah dicapai malah mendapat lebih daripada apa yang kita ingini..Apa-apa pun azam tahun baru ini untuk :
- menjadikan diri ke arah yang lebih baik dan positif dalam apa jua situasi yang dilakukan...InsyAllah
SELAMAT TAHUN BARU 2011
daripada kami sekeluarga
Papa+Adriana
Mama+Adriana
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran,masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa depan jangan terlalu diangan-angankan."
Note>>Bersyukur kita kerana masih merasa nikmat yang diberikan olehNya.
Note 2>>Entry ini diauto published
1 comment:
selamat tahun baru..
Post a Comment