Sunday, May 9, 2010

~Jamuan Mengenang Jasa~

Hari Jumaat lepas ada jamuan meraikan seorang rakan yang akan bertukar ke IPD Melaka.  bos namakan majlis mengenang jasa bukan majlis perpisahan.  seperti biasa hari jumaat di ofis memang pagi ada bacaan yasin.  so, selepas baca yasin terus buat sekali majlis untuk rakan aku tue Aziya Hanim memandangkan hari jumaat adalah hari terakhir beliau berkhidmat bersama kami.

Seperti biasa majlis bermula dengan ucapan oleh bos.

yang tudung pink tue bos bahagian aku. muda lagi tau
sedang memberi ucapan

inilah keadaan kami semua sepanjang majlis dijalankan.  majlis dibuat secara kecil-kecilan sahaja.

Semua sedang kusyuk mendengar ucapan daripada bos.
yang sebelah kanan sekali adalah orang yang diraikan.

Semasa acara memberi cenderahati untuk Kak Aziya orang yang diraikan.
hadiah disampaikan oleh my bos bahagian PSM.
Terimalah cenderahati yang tak seberapa daripada kami.

Gambar selingan semestinyalah mesti aku. hehehe.
tak sah kalau aku tidak bergambar.
aku suka bergambar.hehehe
sedang menjamu selera.
aku dengan kak nisah

my officemate

Buat AZIYA HANIM

Selamat Bertugas Di Tempat Baru dan Jangan Lupakan Kami Di Sini Yea...

"Sebuah pertemuan tidak semestinya berakhir dengan sebuah percintaan, Tetapi sebuah percintaan bermula daripada sebuah pertemuan, Yang Pasti setiap pertemuan Adakalanya berakhir dengan sebuah perpisahan, Dan setiap pertemuan itu mempunyai secebis kenangan"

Note: Sedih bila berpisah dengan rakan-rakan.  kena sesuaikan dengan kawan baru pulak.



1 comment:

Mrs. Simplicity said...

sedih kan bila ada rakan sekerja nak tukar ofis ni. rasa tak cukup korem je