Friday, April 3, 2009

~Kisah Aku~


~ALFIDAH ADIM a.k.a Mrs Affendy~

Boleh panggil aku Fidah.  Dilahirkan pada 2 Jun 1983.  Aku merupakan anak sulung daripada 2 beradik.  Punya sepasang cahayamata.  Mama kepada seorang puteri dan putera yang sangat comel, bijak dan manja bernama Nur Adriana Qistina binti Mohd Affendy dan Muhammad Ammar Qayyum.  Seorang perempuan biasa dan bukanlah bionic women yang boleh buat semuanya tapi cuba membuat yang terbaik untuk orang-orang yang aku sayang.  Seorang pekerja kerajaan dan juga bekerja di rumah.  Punya pelbagai cita-cita sendiri tapi banyak yang harus ditolak ketepi untuk kesejahteraan rumahtangga aku sendiri.  Mereka lebih memerlukan aku di sisi.  Keluarga aku, suami aku dan anak-anak lebih penting daripada segalanya.  Keluarga diutamakan.

Dunia blog baru saja aku terokai.  Masih banyak benda yang perlu aku pelajari.  Sepanjang aku menjadi seorang blogger walaupun hakikatnya aku bukanlah seorang blogger yang tegar, aku telah mempunyai ramai kenalan di alam maya.

Mula menceburkan diri di dunia blogger pata tahun 2009 apabila suami aku mempunyai blog  PERINGGIT MUSHROOM.  Ia berkisarkan mengenai cendawan yang suami aku kendalikan.  Kemudian aku mempunyai blogshop sendiri iaitu SWEETLOVELYSHOPPE yang menjual pelbagai jenis jenama pakaian kanak-kanak dan bayi.  Kemudian barulah blog ini ditubuhkan atas tujuan sekadar suka-suka.  Blog ini adalah sekadar blog peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan sesiapa.  Ia hanya mengisahkan kehidupan aku sendiri, kehidupan keluarga aku serta berkongsi pelbagai tips dan info bersama-sama teman selain aku dapat menambah ramai kenalan di alam maya.  Kini berblog menjadi hobi aku dan aku mula addicted dengan berblog.

Aku??Aku tetap aku.  Hehehe..Seorang yang pendiam tapi kadang-kadang tak pendiam pun.  Yang belum mengenali aku pasti akan kata aku pendiam.  Seorang yang sangat sensitif dan mudah menangis lebih-lebih lagi kalau berkaitan dengan mak aku.  Sangat-sangat tersentuh.  mak adalah orang yang sangat penting dalam hidup aku dan anak-anak adalah seperti nyawaku.

Mr asben adalah peneman aku.   Seorang suami yang sangat 'cool' dan tersangat 'sporting' bernama Mohd Affendy bin Bidin.  Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak kami suami isteri.  Sentiasa memberi semangat kepada aku dalam apa jua bidang yang aku ceburi.  Hati aku amat menyayangi dia dan aku akan cuba menjadi seorang isteri dan juga mama yang terbaik tapi bukanlah perfect dalam segala hal.  Sentiasa mendoakan agar perkhawinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat dan sentiasa direstui oleh Allah s.w.t.  InsyaAllah...

Email saya di alfidah_adim@yahoo.com jika nak tanya apa saja yang menjadi kemusykilan kalian semua atau hendak bertukar link blog atau promote blog kalian. 

Terima Kasih...



1 comment:

LYaFRINA said...

support..support...

**uhuuu..fida..lya xbank-in lg duit tu... sshnya nak gerak.. kbetulan pegi aritu offline..