Tuesday, June 5, 2018

Kisah Ramadhan: 18 Ramadhan (Anak-anak Buah Datang Berbuka)

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Lebih kurang dua jam lebih mahu berbuka puasa. Marilah aku ceritakan lagi kisah ramadhan. Entri kelima untuk hari ini. Ahadnya, anak-anak buah telefon dalam jam empat beritahu nak datang berbuka kat rumah.

Kebetulan semuanya balik Melaka. Sebenarnya tak rancang pun. Aku pula memang awal-awal dah plan tak masak hari itu. Nak panaskan lauk semalam yang aku masak masa keluarga datang. Ada lebihannya yang aku simpan. Hari itu anak-anak buah memang dah nak balik rumah dia orang. Ada yang nak balik Bangi, Shah Alam dan Gombak.

Tak sangka dia orang datang. Memang ini aje anak-anak buah aku yang selalu dan rajin menjenguk aku. Kebetulan anak buah yang sulung tu baru dapat kerja. Takut tak dapat cuti masa raya nanti. jadi dia naklah jumpa mak ayah serta bibiknya yang satu ini. 

Antara kesayangan aku juga. Memang sayang sangat-sangat. Dia orang kata tak payah masak. Dia orang datang bawak makanan. Aku masak nasi dan tambah lauk yang aku panaskan.

Ada sorang tak ada sebab kerja. Masa ni sedang menunggu azan.

Aku yang tak bersiap. Sebenarnya malas nak menukar baju. Jadi dengan seluar bunga-bunga aku bergambar. Kisahlah pulak kan.

Usai berbuka bergambar beramai-ramai itu sudah menjadi acara wajib.

Inilah anak buah yang kira paling rapat. Amirah namanya. Kita orang nama semua mula huruf A. Gigihlah bergambar letak bantal kat depan. Sebenarnya nak cover perut. Hahaha. Aku lebih rela cover perut daripada cover seluar.

Terima kasihlah pada anak-anak buah bibik. InsyaAllah kita jumpa raya nanti. Terharu sekali sebab sudi berbuka puasa di rumah bibik. Selalunya kita orang plan saat-saat akhir yang menjadinya. Kalau plan awal-awal memang ke laut. Itulah kisahnya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Kisah Ramadhan: 17 Ramadhan (Makan-makan Sempena Hari Lahir)

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Entri keempat untuk hari ini. Pecut habis aku menulis malam tadi. Kisah ramadhan mesti hendak dijadikan kenangan di sini. Jadi aku gigihlah menulis memalam buta usai bercakap dengan tuhan. Bulan ramadhan ini terasa macam banyak sangat nak dikejarnya. Hal dunia hal akhirat. Biarlah seiring. Mudah-mudahan.

Baiklah, sabtu lepas memang nak panggil keluarga sebelah aku dan sebelah suami untuk berbuka di rumah. Kebetulan pula hari lahir aku jatuh pada hari sabtu. Gigihlah birthday girl masak untuk para tetamu. Aku suka masak-masak tapi jangan suruh aku potong-potong bahan. memang lambat kerjaan aku kat dapur tu.

Setelah berhempas pulas di dapur selama beberapa jam akhirnya siaplah menu utama.

Nasi ayam dan spageti bolognese.

Ayam goreng madu.

Sup nasi ayam.

Cili untuk nasi ayam.

Creampuff aku order dengan kawan. Sedap.

Kuah spageti.

Bila ramai-ramai kenalah makan kat bawah.

Sebelah sini mak aku. Sebelah sana mak mentua.

Antara yang sudi datang hari itu.

Suami belikan kek hari jadi.

Potonglah kek bersama lima orang kanak-kanak ribena yang nyanyi kejap ke darat kejap ke laut suaranya. Hahaha.

Aku dan adik ipar.

Suka budak berdua ni bila disuruh bergambar.

Lima orang cucu mak ayah aku.

Sekali lagi sebelum balik kenalah bergambar. Tadi kat dalam sekarang kita beralih ke luar pula. Kalau boleh sampai nak ke kereta nak bergambarnya. Adik aku dah tekan-tekan minyak kereta. Bertabahlah. Hahaha. Aku rasa sangat seronok hari itu kerana dapat menyambut hari lahir dengan keluarga aku dan berbuka puasa sekali. Terima kasih Allah kerana masih memberi aku peluang untuk merasai kebahagiaan ini.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Kejutan Sempena Hari Lahir

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari.

Entri ketiga menyusul lagi untuk hari ini. Pulun aku menulis malam tadi. Kalau tidak ditulis sekali harung memang dia kan jadi draf berbulan-bulan atau sampai bila-bila. Sabtu lepas, aku terima beberapa kejutan sempena hari lahir aku yang ke 35 tahun.

Alhamdulillah.

Diberi peluang untuk merasa kebahagiaan sebegini. Terasa disayangi. Terasa diingati. Terima kasih pada yang mengingati hari istimewa aku. Ada yang whatsapp kata tak yakin nak ucap sebab tengok kat facebook tak ada orang ucap. Kat fb memang aku tak public pun tarikh lahir. Jadi siapa yang ingat aje yang ucaplah.

Kejutan pertama. Bangun tidur tengok tepi katil ada kad ucapan. Sweet. Terpisat-pisat mak korang membaca ucapan yang panjang berjela.

Kejutan kedua. Daripada kawan sekolah. Kawan dulu, kini dan selamanya.

Aku sayang korang. 

Masa kawan aku hantar aku memang tak semenggah. Jadi aku tak nak bergambar. Hahaha. Sebelah petang barulah aku semenggah sikit. Aku suruhlah laki aku tangkap gambar.

Kejutan ketiga. Kawan sekolah aku juga. Hantar pulut kuning. Allah. Terharu sangat. Al, nah pulut kuning. Terima kasih sahabat.

Apa-apa pun aku terharu sesangat. Tersangat terharu. Semoga kita menjadi kawan hingga ke syurga.  Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Kisah Ramadhan: 16 Ramadhan

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Entri kedua untuk hari ini. Jumaat lepas suami bawa buka di luar sebab nak belikan anak-anak baju raya untuk jalan. baju pagi raya kita orang guna baju recycle aje. Sejenis kegigihan yang membawa ke arah penjimatan. Begitulah.

Masuk ni tiga tahun kita orang tak beria pun beli baju raya. Pakailah apa yang ada. Tahun-tahun sebelum guna baju bridesmaid anak buah. Pas tu ulang pakai dan ulang tayang. Selagi boleh guna kita gunalah.

Sini ajelah tempat kita orang beli baju jalan untuk anak-anak.

Tunggu suami buat cermin mata. Terpaksa bawa budak ciken pox keluar sebab baju raya punya hal.

Suami bawa makan pizza hut.

Aku teringin nak makan pasta.

Kami empat beranak.

Aku dan tok laki.

Sempat sambar seluar tidur budak berdua tu.

Baju jalan untuk Dak Kakak. Pink pink mesti ada. Mama yang pilih. Haha.

Baju untuk Dak Adik. Mama jugak yang pilih. Budak lelaki tak boleh pink jadi mama berkenan hijau. Yang lain tu sambar ajelah.

Itu sahajalah kisah kami yang ala kadar membuat persiapan raya. Sambutan biarlah ala kadar janji kita dapat meluangkan masa menyambutnya dengan insan-insan yang tersayang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim




Rutin Ke Klinik

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Hari ini hari terakhir aku cuti kuarantin. Esok dah mula kerja. Hari ini hari akhir Adriana cuti sakit. Alhamdulillah. Chicken pox dia pun dah kering. Sebelas hari aku dengan Adriana di rumah. Sejak cuti wesak day aku cuti bersambung lagi cuti kuarantin dia. 

Sungguh berehat dan bersantai. Hilang kejap stres di pejabat. Semalam, hari pemeriksaan berkala mak. Mujurlah kena hari aku cuti. Memandangkan Adriana baru nak sihat aku tinggalkan kejap dia dekat rumah mak dengan ayah.

Aku aje yang bawa mak ke klinik. Setengah hari jugak aku bergentayangan kat klinik. Ke hulu ke hilir. Mak cek darah, cek mata. Begitulah rutin tiga bulan kalau keputusannya semua baik. Tapi semalam gulanya tak cantik. Puasa tapi bacaan gula 10. 

Lepak bilik operator kakak sepupu aku yang kerja di poliklinik. Sementara tunggu mak nak dipanggil masuk bilik doktor. Aku memang ikut masuk sekali.

Sebelum tu, amikkan ubat ayah. Laju benar pegawai farmasi tu cakap bagi penerangan ubat yang dibekalkan. Laju jugak otak aku nak kena hadamkan apa yang dia cakap. Ubat kolestrol sebelum makan. Ubat kolestrol selepas makan. Ubat kalsium makan dengan nasi. Ubat kolestrol sebelah malam. Eh, banyaknya. Tu je yang aku ingat dan dapat tangkap.

Sempat berswafoto dengan kakak sepupu aku.

Itulah kejadian semalam. Balik klinik bawa mak ke Tesco jap sebab nak beli barang. Kemudian aku singgah tailor amik baju. Hantar mak balik. Aku sampai rumah dalam jam 2.30 petang. Terbongkang kejap sebab kepanasan. Menduga betul semalam. Itu sahaja. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, June 4, 2018

Fyda Adim Turns 35!

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Selamat pagi isnin. Aku masih lagi cuti. InsyaAllah rabu akan mula kerja. Adriana masih mc sampai esok. Rehat yang diberikan digunakan sebaik mungkin. Adalah hikmahnya atas semuanya. Semalam aku dikejutkan lagi dengan keberangkatan suami novelis Kak Noor Suraya ke negeri abadi. Ramadhan ini ada tiga berita kematian yang aku terima.

Terkedu lagi lagi dan lagi.

Tanggal 2 Jun 2018, genap umur aku 35 tahun. Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi ini. Pengalaman hidup telah banyak membuka mata aku untuk aku belajar. Belajar tentang sikap manusia dan juga belajar untuk tidak menjadi seperti itu.

Perkara baharu yang aku belajar, manusia yang rapat dengan kita tidak semestinya akan rapat sampai bila-bila. Silap haribulan dia boleh tikam belakang. Allahu. Hati kecewa usah dicakap. Kadang tak kira keluarga sendiri pun ada juga bersikap begitu. Jadi hati-hatilah. Bila kita berkongsi masalah, biarlah dengan orang yang betul-betul kita boleh percaya. Manusia adakalanya jadikan kisah silam kita sebagai bahan untuk menjatuhkan kita.

Bukan semua orang yang bersimpati dan punya empati tentang masalah kita. Ada yang mendengar di depan namun di belakang ditertawakan. Manusia ini macam-macam. Sungguh. Ada juga yang buat orang tapi lagaknya seolah kita yang buat dia. Ini pun sejenis manusia yang bahaya.

Ada juga yang dulunya kau bukan main anti dekat sekian-sekian polan. Siap bercerita keantian kau tahap maksimum tapi alih-alih kau boleh baik dengan si polan. Ini sejenis manusia yang bahaya juga. Kalau kita buka mulut juga silap haribulan dia boleh jual cerita kau.

Jadi hati-hati ya.

Image may contain: Fyda Adim, smiling
Semoga dengan peningkatan usia ini, aku harap aku semakin matang seiring dengan usia dan semakin bijak mengendalikan masalah-masalah yang mendatang. Aku harap aku dapat jadi seorang mak dan isteri yang solehah. Harapnyalah. 

Maklong aku sambut ulangtahun kelahirannya jugak pada 1 Jun 2018. Selang sehari barulah aku. Satu-satunya makcik yang rapat dengan aku. Dulu maklong aku jaga aku masa sekolah. Sekarang maklong dah tak sihat. 

Maklong sambut ulangtahun yang ke 75 tahun. Aku pula yang 35 tahun. Semoga maklong diberikan kesihatan yang baik. Amin.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim