Monday, March 13, 2017

Tempahan Candy Booth Di Melaka

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat petang semua. Entri ini aku mahu kongsikan tentang kerjaya terbaru aku. Sudah jatuh cinta dengan kerja aku yang baru ini selain menulis. Aku menerima tempahan candy booth di sekitar Melaka.

Zaman sekarang, candy booth sudah menjadi trend bagi memeriahkan apa saja majlis keraian yang diadakan. Dari majlis yang diadakan secara kecil-kecilan hingga majlis besar-besaran. 

Dulu, aku buat untuk anak-anak. Sekarang aku buat untuk orang pula. Anak-anak sudah cukup diadakan sambutan hari lahir mereka. Jadi kita fokus pada orang pula. Anak-anak aku pun akan ikut aku setup candy booth. Mereka seronok sekali.

Candy booth tema Mickey Mouse. Backdrop disiapkan oleh tuan rumah. Aku hiaskan candy booth saja.

Candy booth tema Thomas & Friends.

Candy booth tema Barbie.

Ini pula candy booth untuk majlis kahwin.

Ini pun candy dessert untuk majlis kahwin.

Warga Melaka, sesiapa yang berminat mahu menempah candy booth dengan aku boleh sms/whatsapp 017-6741270.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Coretan Isnin

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Kesibukan minggu lalu membataskan aku untuk menulis di sini. Sabtu lepas, aku sibuk dengan candy booth untuk majlis hari lahir. Jadi memang tumpuan beralih ke situ saja. Aktiviti menulis terpaksa dihentikan seketika untuk memberi laluan menguruskan hal candy booth.

Sabtu ini, aku ada satu lagi event di Jasin. Tempahan candy booth untuk majlis hari lahir jugak. Kalau tema minggu lepas adalah Mickey Mouse, tema minggu ini Tinker Bell dan Ben 10.

Meja yang alasnya putih tu untuk letak goodies.

Permandangan pagi tadi semasa mahu keluar menghantar anak-anak ke sekolah.

Malam tadi masak spageti carbonara. Sekali lagi ulang menu. Hari ini dapatlah bawak bekal sebab masak lebih malam tadi. 

Itu sahajalah coretan ringkas untuk hari ini. Bersambung lagi dengan entri-entri yang banyak mahu dicoretkan di sini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, March 8, 2017

Teman Serumah Suami Naik Pelamin

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Bismillah.

Entri baling belakang. Sekali lagi. Tak silap dua minggu lepas. Serius sudah lupa tarikhnya, cuma aku ingat hari kejadian adalah hari ahad. Sebab apa? Suami aku siap cuti semata-mata mahu menghadiri majlis teman serumahnya yang tinggal serumah dengannya di Johor. Tajuk entri bunyi macam gempak sangat kan kalau orang tak tahu hujung pangkalnya.

Aku dah tentu-tentu suka kalau suami aku beritahu dia cuti hari ahad. Kebetulan, teman serumahnya orang Melaka juga. Belah Masjid Tanah. Jadi memang tak patutlah kalau tak pergi. Bila suami cuti hari ahad, tak adalah aku dan anak-anak terperuk di rumah saja.

Kami dalam perjalanan.

Setibanya kami di rumah orang kawin.

Aku dan suami bertema biru.

Suasana majlis pada hari tersebut.

Inilah teman serumah suami, Hafiz namanya. Nama isterinya aku tak tahu. Tak berkesempatan nak berkenalan.

Kami sempat bergambar dengan pengantin. Laki aku tu tak tinggal cermin mata dia.

Mak ribena bersama kanak-kanak ribena.

Sebelum balik ke rumah setelah menyinggah beberapa tempat, kami makan dulu. Lauk pengantin sudah tenggelam dalam usus. Air ni sedap. Epal float.

Menu untuk anak-anak.

Ini pula untuk aku.

Apak dan anak berposing.

Ini photostat apaknya.

Dan ini pula untuk suami.

Itu sahajalah entri untuk pagi ini. Kalau rajin menulis dan datang ilham akan aku coretkan lagi di sini. Nantikan coretan aku akan datang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, March 7, 2017

Belum Tentu Orang Ingat Kita

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Bismillah.

Dalam kehidupan ini, kita akan berjumpa dengan kelompok orang manusia yang bermacam ragam dan peel. Begitu juga dengan diri kita sendiri. Adakalanya kita sendiri susah nak faham dengan perasaan sendiri. Kejap berubah angin. Ada masa mood elok, hati akan berbunga-bunga kembang setaman. Bila datang mood tidak baik, janganlah cuba-cuba menambah gelojak yang sedang menghantui diri.

'Seorang teman ada dibalik wajah-wajah yang asing.' - Maya Angelou

Kadang-kadang dalam hidup ini, kita terlalu fikirkan tentang orang lain. Betul. Itu adalah perkara yang sangat mulia apabila kita memikirkan hal orang. Memikirkan hal orang bukan menjadi penyibuk hal orang. Konsepnya berbeza.

Apabila kita memikirkan hal orang, kita belajar untuk tidak menjadi seorang yang pentingkan diri. Tetapi bila kita asyik fikir tentang orang lain, itu namanya membunuh diri. Biarlah kita belajar dan melatih hati kita agar bersederhana saja.

Bukan apa, kelak kita juga yang akan terasa hati dan makan hati. Biarlah apa yang kita lakukan seiring dengan keikhlasan dalam diri. Hanya Yang Maha Esa saja yang tahu sejauh mana keikhlasan kita itu. Manusia tidak boleh mengukurnya sendiri.

Aku pernah dengar luahan seseorang tentang kawannya.

Ceritanya, kalau dia bawa bekal pergi kerja, dia mesti bawa lebih. Niatnya mahu berkongsi dengan kawan-kawannya. Tapi sedihnya, bila salah seorang kawannya bila bawa bekal dia akan sorok dan makan diam-diam. Maksudnya dia tidak mahu berkongsi tetapi bila makanan orang dia mengendeng. Gitulah kisahnya. Yelah, mungkin dia terasa. Sesiapa pun pasti akan terasa.

Kalau aku pun rasanya akan terasa. Iye ke? Korang terasa tak?

Tapi bila fikir balik, biarlah. Buat apa hal remeh begitu kita mahu menjadikan sesuatu beban masalah pada diri kita. Rambut sama hitam, hati kita belum tentu sama. Banyak lagi perkara indah yang boleh mewarnai diri dan hidup kita.

Mungkin ini boleh diklafikasikan sebagai menghargai sesama lain.

Seronok bukan kalau ada orang yang mengingat diri kita dalam setiap waktunya. Memang perkara manis sekali. Namun begitu, bukan semua orang pandai dan tahu menghargai. Itu saja kesimpulannya.

'Keistimewaan dari sebuah kehidupan adalah menjadi dirimu sendiri.' - Joseph Campbell

Secara kesimpulannya, kalau kita ingat tentang orang lain. Belum tentu orang lain akan mengingat kita. Itu semua lumrah kehidupan. Jalani hari-hari kita dengan perkara-perkara indah saja. Perkara-perkara yang menyesakkan dada, seeloknya buanglah dari dalam diri. Jadikan hari-hari kita lebih bermakna.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Meraikan Ulangtahun Kelahiran Anakandaku Ammar Qayyum

Assalamualaikum.

Lambat mencoretkan entri ini atas sebab kekangan masa. Sabtu lepas sibuk menyiapkan tempahan cheesetart. Kemudian sebelah malam pula sibuk menyiapkan cerpen untuk Antologi Tribunal Cinta. Moga ada ruang dan peluang. Sekurang-kurangnya satu buah tangan untuk tahun ini. At least..Amboi tulis omputih sangat.

Anakanda Ammar sudah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-6 tahun pada 21 Februari yang lepas. Tahun ini sambutan untuk anak-anak hanya bersederhana saja. Sudah cukuplah dari umur setahun disambut secara jemputan. Dari jemputan keluarga sampai dah jemput kawan-kawan. sambutan di sekolah pun sudah merasa. Cukuplah untuk zaman kanak-kanak mereka. Bolehlah dijadikan kenangan nanti.

Jadi untuk ulangtahun Ammar, suami membawa kami makan di The Windmill Station. Masa hari lahir Dak Kakak, kita orang sudah ke Old Town. Entrinya di SINI. Jadi untuk adik, kita tukar selera pula. Cuma kek kami kekalkan beli yang slice di Secret Recipe. Senangkan. Habis cerita.

Tersenyum dia bila suami kata nak bawa makan sempena hari jadinya.

Dak Kakak dan Dak Adik. kalau bergaduh, boleh menyinga maknya.

Kakak suapkan adik.

Giliran adik pula suapkan kakaknya.

Berswafoto bersama lelaki kesayangan aku.

Aku pesan menu ini temph hari.

Ini pula menu untuk anak-anak.

Menu untuk suami yang asyik menu mengembeknya. Lepas mengembek mesti dia kata migrainlah, sakit kepalalah dan sewaktu dengannya.

Dak Kakak yang cerewet dan boleh buat gaduh kalau suruh dia makan. Sampaikan ada orang kata aku tak bagi anak aku makan. Wak lu. Kejam nau bunyinya. Kan aku pun dah kejam terkeluar ayat gitu. Ampunkan saya.

Sambutan kecil untuk keluarga kecil ini. Janji semua gembira bila meluangkan masa bersama walaupun masa yang ada itu singkat. Biarlah diukur dengan kualiti bukan kuantitinya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, March 6, 2017

Kesedihan Datang Menghantui

Assalamualaikum.

Ada masa-masanya kita akan mengalami sindrom kesedihan. Adakalanya kesedihan itu datang tanpa diduga. Kita mungkin bersedih disebabkan sebuah kekecewaan atau mungkin juga kita bersedih disebabkan sebuah perpisahan.

Ada masanya kita perlu melepaskan kesedihan itu dengan air mata.

"Air mata datang dari hati, bukan dari otak" - Leonardo Da Vinci

Bila kesedihan datang menghantui, carilah sesuatu perkara yang boleh membuatkan kita lupa akan kesedihan itu. Walaupun tidak terus melupakan kesedihan itu, mungkin sedikit pun sudah memadai.

Malam ini, aku dihantui kesedihan. Entah kenapa hari ini aku menahan emosi air mata. Ini sindrom bila mana suami cuti lama di rumah. Setakat 3,4 hari dia rumah, akan memberikan aku aura yang berlainan. Aura aku bertukar sepenuhnya dan bila masa untuk dia keluar mencari rezeki kembali dan akan berjumpa hujung minggu, simptom inilah yang akan aku hadapi.

Serius, aku tak suka dengan apa yang aku rasa ketika ini. Aku memujuk diri sendiri dengan mencari kawan-kawan yang berstatuskan seperti aku. Ibu tinggal atau pun isteri tinggal. Ada yang berbulan baru dapat bertemu dengan suami. Kira aku bernasib baik dan beruntung dapat berjumpa suami walaupun seminggu sekali.

Semoga kesedihan ini akan sirna. Sesungguhnya bila kesedihan ini menghantui diri, pasti akan kemurungan. Perlu mencari solusinya dan aku menulis malam ini untuk meluah rasa. Doakan aku wahai sahabat sekalian, agar aku kuat dan terus bersemangat untuk menjalani rutin harian dan melaksanakan tugas hakiki.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim