Monday, February 6, 2017

Jom Follow Blog BFF Inspiration Resources

Assalamualaikum dan Hai.

Selamat petang semua. Sudah makan?Aku baru saja lepas makan nasi. Hari ini masih membawa bekal dari rumah. Gigih dengan tak gigih saja nak bangun awal pagi. Sebelum tidur sudah set mind untuk bangun awal dan masak walau menunya seringkas ringkasnya. Misi berjimat-cermat masih diteruskan. Hah gitu.

Entri tengahari ini mahu berkongsi dengan blog baru aku yang mengusahakan jualan cookies dan tart serta perkhidmatan candy booth. Jualan cookies dan tart adalah kerjasama aku dan kawan aku. Candy booth aku usahakan sendiri. Begitulah.

Jika ada kelapangan sudi-sudilah tinjau blog aku itu. Dan jika tidak keberatan bolehlah follow blog itu sekali sekadar untuk memberi sokongan padu kepada aku. Itu sahaja entri ringkas untuk petang ini. Jom follow.


Untuk orang Melaka, kalau memerlukan perkhidmatan candy booth, jangan segan-silu whatsapp aku ye. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Perkhidmatan Candy Booth Di Melaka

Assalamualaikum dan Hai.

Selamat pagi semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Selamat bekerja pada semua yang bekerja tidak kiralah bekerja di pejabat atau pun dari rumah. Semuanya tetap dikira sebagai bekerja kan. Hantar anak-anak ke sekolah pun kira satu kerja itu. Aku dari pagi tadi sudah macam-macam kerjaan dibuat. Siapkan bekal anak-anak. Masak yang ringkas dan cepat saja.

Baiklah, pagi ini aku ingin kongsikan sesuatu kerja sambilan yang aku buat selain bekerja makan gaji. Kerja yang dilakukan atas dasar minat dan terus melakukannya untuk orang lain pula. Kalau dulu, aku buat untuk diri sendiri saja bila ada event di rumah. Sekarang aku lebarkan sayap kerana minat.

Aku kongsikan beberapa gambar hasil sentuhan daripada aku buat tatapan pembaca di sini. Ada yang hasil sentuhan bersama biras aku.

Candy booth untuk majlis perkahwinan. Ini pakej bajet.

 Ini candy booth untuk majlis hari jadi. Temanya barbie.

Ini pun candy booth untuk majlis hari jadi temanya thomas & friends.

 Majlis perkahwinan.

Ini pun candy booth untuk majlis perkahwinan.

Inilah beberapa gambar candy booth hasil sentuhan aku. Aku baru sahaja secara serius mula buat bulan September tahun lepas. Kemudian barulah terima tempahan secara perlahan-lahan. Untuk orang Melaka yang berminat untuk memeriahkan majlis anda dengan candy booth, bolehlah SMS atau Whatsapp aku di talian 017-6741270. Jangan segan-silu. Boleh bincang harga ikut bajet anda.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sunday, February 5, 2017

Berhenna Dengan Syafika

Assalamualaikum dan Hai.

Selamat malam semua. Baru ada masa mahu menulis di sini. Tadi seharian melepak depan televisyen melayan sakit pinggang dan sakit perut. Keletihan semalam masih bersisa dalam diri. Tapi rindu pula mahu menulis. Itulah yang gagahkan juga diri malam ini.

Cerita ini sudah berlaku dua bulan yang lepas. Entri basi tapi masih lagi boleh dihadamkan. InsyaAllah tak sakit perut walaupun basi. Cuma mungkin sakit hati sebab cerita lama. Kahhhh. Bulan Disember lepas, anak buah aku yang kedua melangsungkan perkahwinannya.

Jadi, yang bukan pengantin pun sibuk juga nak berhenna bagai. Haruslah kan nak memeriahkan majlis. Saja suka-sukakan. Kebetulan pula bekas cikgu tadika Ammar ada buat henna. Aku terus roger cikgu dia. Seperti yang dijanjikan dia pun datang rumah setelah beberapa kali kita orang mengubah tempat dan masa.

Tangan pertama.

Teruja betul tengok dia lukis dengan pantas.

Tangan anak-anak buah aku.

Tangan kanak-kanak pula.

Cantikkan.

Meriah tangan. Kebetulan aku pula meraikan ulangtahun perkahwinan ke sepuluh masa tu. Jadi fefeling pengantin baru sepuluh tahun. Pada orang Melaka, sesiapa yang berminat untuk berhenna bolehlah pm tepi pada empunya diri di FBnya.

https://www.facebook.com/ieka.viansa.5

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Saturday, February 4, 2017

DAY 31 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gambar Selfie atau Bersama Tersayang

Assalamualaikum dan Hai semua.

Selamat malam. Lambat up entri hari ini. Siang tadi sibuk uruskan candy booth di majlis resepsi kawan sekolah aku dan merangkap pengapit aku dulu masa kawin. Ini geng gelak pecah perut masa sekolah sampai sekarang.

Kembali kepada tajuk. Hari ini adalah hari akhir cabaran ini. Berjaya juga aku habiskan cabaran ini hingga ke penghujung.

Tugasan hari ini mahukan gambar selfie atau bersama tersayang. Marilah lihat gambar yang aku kongsikan di sini.

Ini gambar bersama tersayang. Semuanya adalah kesayangan aku. Gambar ini diambil ketika menyambut ulangtahun kelahiran anak sulungku. Itu sahajalah.

Sebagai penutup untuk cabaran ini, aku ucapkan terima kasih pada semua pembaca blog ini. Seronok sekali menyertai cabaran ini. Sekurang-kurangnya adalah entri yang mahu ditulis. Terima kasih JDT Blogger. Semoga ukhwah ini terus terjalin. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Salam pena,
Fyda Adim

DAY 30 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Ucapan Untuk Followers

Assalamualaikum dan Hai semua.

Selamat malam. Ini bukan malam lagi sebenarnya. Sudah menjengah ke pagi. Aku berjaga malam sebab menyiapkan kerja. Dah banyak hari asyik bertangguh. Bukan hari, sudah berbulan sebenarnya. Hari ini pun barulah berkesempatan mahu menitipkan sesuatu di sini.

Mahu siapkan juga entri ini untuk tugasan hari yang ke-30. Berbaki sehari sahaja lagi dan kemudian tamatlah 31 hari cabaran daripada JDT Blogger. Tugasan hari ini adalah ucapan untuk followers. Blog aku ini tidak ramai followersnya. Hanya ratus-ratus sahaja. Dalam 410 followers. Aku bukanlah siapa-siapa. Menulis di sini pun sebab minat. Mari tengok followers aku.

Followers aku yang tidak seberapa.

Apa-apa pun, aku tersangatlah menghargai kepada semua follower aku. Tak kiralah sama ada follower tegar atau pun tidak. Nak buat ucapan ni dah rupa ala-ala retis. Jadi pada yang follow aku, jutaan terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan. Semoga anda suka dengan apa yang aku kongsikan di sini. Ada juga follower blog yang menjadi kawan juga.

Buat follower, terima kasih kerana sudi baca blog aku ini dan ada yang sudi tinggalkan komen. Andai kata aku tidak meninggalkan komen di blog korang, janganlah berkecil hati. Adakalanya, masa amat mencemburui untuk aku blogwalking selalu. Maaf juga andai kata ada tulisan aku di sini membuatkan ketidaksenangan pada sesiapa. Niat aku sekadar berkongsi dan kerana minat menulis.

Semoga anda anda semua selesa bila datang di blog ini sebagaimana aku selesa apabila berada di sini. Teruskan membaca dan semoga terhibur. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger         
#31dayschallengebyjdtblogger

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, February 2, 2017

DAY 29 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Menu Sarapan

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat malam semua. Baru berkelapangan mahu menulis. Hari ini mood tak ada satu hal. Puasa satu hal. Semua berhal-hal sampai buat diri serba tidak kena. Apa yang menarik, bulan ini aku cuba adjust masa macam aku cerita di entri pagi tadi. Aku bangun jam 5.15 pagi ye. Terus mandi dan bersiap. Seterusnya ke dapur siapkan bekalan anak-anak sementara menunggu waktu Subuh.

Aku keluar rumah jam 6.40 pagi dan aku sempat sampai pejabat lagi lima minit mahu jam lapan. Bolehlah daripada asyik lambat aje bulan lepas. Aku cuba dan cuba.

Hari ini sudah masuk hari ke 29 dalam cabaran yang dianjurkan oleh JDT Blogger ini. Seronok sepanjang menyertai cabaran ini namun perasaan sedih membelenggu diri.

Untuk tugasan ini tidak dapat diceritakan lebih lanjut. Aku tidak ada menu sarapan memandangkan hari ini aku berpuasa. Jadi memang tak adalah.

Kalau tak ada gambar memang tak sah. Ini bekalan dan juga menu sarapan untuk anak-anak pagi tadi. Hari ini dapat siapkan menu yang ringkas saja.

Itu sahajalah entri ringkas untuk malam ini. Perlu berhenti dulu sebab ada tugasan lain yang perlu disiapkan. Asyiklah tertangguh. Nanti aku akan kongsikan di sini. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger        
#31dayschallengebyjdtblogger 

Salam pena,
Fyda Adim