Tuesday, August 9, 2016

Kecundang Juga Akhirnya

Assalamualaikum.

Hari ini aku emergency leave. Tapi aku terus je mohon cuti guna HRMIS. Sekarangkan dah senang boleh mohon guna telefon bimbit. Dari malam tadi demam sekali pakej selsema. Boleh rasa tak betapa sengsaranya kalau selsema. Malam tak boleh tidur.

Hidung tersumbat. Bernafaslah ko guna mulut. Kalau makan ubat aku takut terlajak je. Dahlah minggu ini Adriana ada peperiksaan. Aku ni kalau demam memang susah nak makan ubat. Ini dah kes tak larat pagi tadi baru aku telan ubat.

Lepas saja hantar anak-anak ke sekolah aku terus balik ke rumah. Sarapan dengan sebungkus nasi lemak dan makan paracetamol. Letak je kepala atas bantas terus hanyut. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan jam 11.00 pagi.

Bangun kejap kemudian sambung tidur balik. Sekali jam dah pukul 3.00 petang. Dasyhat betul pengsan aku hari ini. Whatsapp berderet-deret yang masuk, suami telefon semuanya aku tak dengar.

Ini aku baru bangun setelah seharian bergolek di atas katil. Dah letih berbaring rasanya. Bangun juga buat kerja rumah sikit dan teringat nak tulis blog. Barulah memasang azam mahu menulis sudah ditimpa sakit pula. Kali ini lebih berdikari. Belajar sakit sendiri bila suami tiada di sisi. Kata kuatkan. Doakan aku kembali sihat seperti biasa untuk menjalankan tugas-tugas seperti sediakala.

Salam pena,



Monday, August 8, 2016

Sememangnya Aku Rindu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi.

Aku kembali dengan entri pertama untuk bulan Ogos ini setelah beberapa minggu menyepi. Sememangnya aku rindu sangat nak menulis dekat sini.

Sibuk sangat nak mengadap komputer pun tak sempat.

Bulan puasa lagilah aku tak bukak komputer. Kalau tulis pun guna telefon bimbit. Menulis guna telefon bimbit perasaannya tak sampai. Tak feel langsung. Aku lebih suka menulis kat komputer. Satu kepuasan kalau bab meluah rasa. Hahaha...Meluah penuh dengan semangat.

Banyak sebenarnya cerita yang mahu dikongsikan di sini. Cerita raya walaupun tahun ini tak banyak berjalan raya, cerita pasal pertukaran yang tak jadi, cerita ayah aku yang warded seminggu lepas raya, apa lagi ye? Sampai dah terlupa apa lagi. Nantilah akan aku kongsikan di sini untuk dijadikan kenangan akan datang.

Dalam tiga minggu ini pun aku akan sibuk sebab anak buah nak berkahwin. Kemudian adik ipar nak bersalin. Macam-macam yang kena aku siapkan. Untuk majlis perkahwinan anak buah aku handle bahagian candy dessert booth. Seperti biasalah itu saja bahagian kegemaran aku. Hehehe...Okeylah, nanti sambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Wednesday, July 13, 2016

Kembali Dengan Tugas Hakiki

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Baru timbul di sini setelah seminggu menyepi, Kesibukan diri mengatasi untuk menitipkan kata-kata di sini. Kebuntuan pun ada juga. Asal memasang niat mahu menulis, banyak sangat dugaan yang mendatang. Sudahnya lupakan saja niat murni itu.

Cerita banyak. Gambar pun lagilah banyak. Macam-macam mahu dikongsikan di sini. Kisah hujung-hujung Ramadhan masih ada lagi yang belum dikongsikan di sini. Aku sudah mula naik kerja isnin lepas. Dengan perasaan longlai aku gagahkan diri juga ke pejabat. Isnin tu aku masih lagi bersantai ke pejabat. Belum buat aktiviti berlari-lari anak dalam rumah. Tuan Fendy masih lagi bercuti. Semalam sepenuhnya aku kembali memikul tugas hakiki sepenuhnya. Asben sudah mula kerja.

Raya? Raya macam biasa. Bersederhana dari setiap segi. Gambar raya menimbun. Pening nak tengok. Dalam DSLR lain, dalam telefon bimbit lain. Jenuh nak pilih masuk blog.

Perjalanan aku ke tempat kerja hari pertama mula bekerja setelah sembilan hari bercuti. Seronok duduk rumah. Cuti lama sangat mulalah macam-macam perasaan menghantui bila kena kerja.

Akhir kata, rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog ini. Tak kiralah pembaca tegar ke, kurang tegar ke tak berapa nak tegar ke. Mohon ampun dan maaf andai aku ada tersilap kata dalam penulisan aku di sini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, July 5, 2016

Iftar Bersama Myra Mokhtar

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat petang. Sudah petang raya. Aku sudah kendur. Tadi lepas masak pengsan kejap. Sempat melelapkan mata di sofa dekat dapur mak.

Jumaat lepas aku mendapat keizinan daripada asben. Makanya dapatlah berbuka puasa dengan si Myra Mokhtar. Tahun ni merasalah lagi berbuka puasa bersama. Akan datang tak tahulah macam mana ceritanya.

Mulanya cadang nak makan chicken rice shop. Tapi full house. Jadinya ke Old Town sajalah.

Aku bersama Myra Mokhtar. Tersenyum manis sebab sedang berdarah manis. Hahaha...

Ini menu untuk aku.

Ini pula menu untuk si Myra Mokhtar. Selesai berbuka kami beli barang sikit dan terus balik. Aku tumpang sampai ke Bukit Rambai. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Berbuka Puasa di KFC

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Baru selesai memasak. Aku masak ayam masak merah aje di rumah mak. Mak masak dua lauk lain. Lauk kambing dan daging. Ini pun macam nak patah pinggang. Dari pukul 4.00 pagi tadi aku buat kerja tak henti-henti. Dari rumah sendiri bawak ke rumah mak.

Cerita minggu lepas. Berbuka puasa dengan kawan memandangkan suami masing-masing tak ada.

Tempat paling senang kononnya. Punya ramai orang. Gigih beratur. Dah nak berbuka baru dapat makanan.

Berbuka dengan set KFC kari-kari rangup.

Berbuka puasa dengan tiga orang kanak-kanak sudah cukup membuatkan maknya ala-ala tarzan.

Sebelum pulang mak-mak haruslah bergambar jugak. Sekadar buat kenangankan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tempahan Kuih Raya

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat petang. Hari ini adalah hari terakhir bulan Ramadhan. Rasa sedih saat Ramadhan akan meninggalkan kita. Semoga kita akan peroleh peluang untuk bertemu dengan Ramadhan lagi. Semoga ibadah kita diterima olehNya.

Dua minggu aku sibuk menyiapkan segala tempahan kuih raya. Berposak! Walaupun hanya meniaga secara kecil-kecilan namun ini sudah cukup membuatkan aku bagai mahu patah pinggang. Hehehe...

Salah satu biskut yang disiapkan adalah almond london.

Cornflakes madu.

Biskut sarang semut.

Tempahan yang sudah disiapkan.

Diagihkan-agihkan untuk pelanggan.

Cornflakes coklat untuk kuih di rumah.

Ini kuih raya untuk di rumah. Walaupun sku buat kuih raya sendiri tetapi aku beli jugak beberapa jenis kuih.

Almond london dan red velvet cookies untuk di rumah juga. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim