Tuesday, March 15, 2016

Cuti Sekolah Bermula

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam semua. Hari ini barulah berkesempatan mahu menulis. Seperti biasa kesibukan dengan rutin harian membataskan diri untuk menulis. Ini pun amik mood sebelum memulakan tugasan yang due datenya khamis ni.

Sudah dua hari anak-anak memulakan cuti persekolahan. Kami tidak ke mana-mana pun melainkan ke Gombak ahad lepas sebab hantar rombongan meminang untuk anak buah. Itu pun pergi pagi malam balik. Nanti aku ceritakan di lain entri.

Hari sabtu, pagi lagi sudah keluar rumah. Tak sarapan terus makan tengahari. Cadang nak ke Pejabat Pos Laju nak amik barang. Mula-mula kakak sepupu aku dah pergi ramai orang.

Lepas tu aku pergi ramai orang jugak. Tunggu sampai satu lebih. Perut dah lapar. Pulak tu pukul 2 Adriana nak ke kelas taekwando. Sudahnya aku tinggalkan aje.

Sejukkan tekak dengan coconut shake.

Kita orang makan kat Yong Taufu.

Semangkuk besar yong taufu uuntuk kami empat beranak. Selesai makan hantar Adriana ke kelas taekwando dan kami ke pejabat Pos Laju.

Inilah bungkusan yang aku mengagahkan diri ke Pos Laju. Entah kenapa kali ini bungkusan tidak dihantar. Memang ramai yang ke Pos Laju untuk ambil bungkusan masing-masing. Apa yang penting barang yang aku beli sudah selamat diterima. Barang ini akan digunakan pada 2 April nanti. Tunggu...

Salam pena,



Saturday, March 12, 2016

Menyelesaikan Beberapa Urusan

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Sabtu menjelang. Hari yang ditunggu-tunggu oleh aku. Mungkin korang juga. Masa untuk bersantai di rumah. Walaupun konsepnya bukan bersantai sepenuhnya. Banyak urusan rumah yang perlu diselesaikan. Kerja rumah sudah beratur untuk dilaksanakan satu persatu.

Minggu ini aku agak sibuk. Dari isnin sampai ke hari ini. Sibuk hal sendiri, hal anak-anak dan hal orang lain. Betapa sibuknya aku. Hal orang lain tu bukan sesiapa pun. Anak buah nak bertunang, makanya selaku mak kedua aku pun turut sibuklah membantu kakak sepupu. Tugas aku membuat hantaran. Nantikan cerita selanjutnya di lain entri.

Isnin lepas aku ambil cuti. Ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Searian tidak lekat di rumah. Ke hulu ke hilir membawa diri. Hehehe...Pagi tu aku selesaikan urusan aku, kemudian tunggu si Mira Mokhtar datang jemput aku di rumah mak. Destinasi kami ke Bukit Beruang atas urusan penting.

Dari Bukit Beruang kami ke pejabat pos. Berjam tunggu di pejabat pos. Mereput dibuatnya.

Kemudian, sebeah petang aku ke sekolah agama untuk daftar Adriana. Secara rasminya Adriana sudah pun ke sekolah agama setelah berposak mencari alternatif untuk menghantar dia ke sekolah agama. Alhamdulillah, dipermudahkan urusannya walaupun pada mulanya bersesak jugak kepala memikirkannya.

Selesai Adriana ke sekolah agama, aku pulang ke rumah untuk ambil kereta memandangkan aku dan Mira naik satu kereta. Kemudian aku ke Aeon sebab ada temujanji. Jumpa kawan sambil berborak. Masa yang ditunggu. Bukan senang nak dapat waktu santai begini. Berborak sambil makan-makan, minum-minum. Hehehe...Sekian, wassalam.

Salam pena,




Friday, March 11, 2016

Titipan Jumaat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Tengahari ini tidak ke mana-mana. Menjadi penunggu setia di pejabat. Kemalasan melanda. Lagipun ada benda nak dibuatnya dengan rasa santai waktu rehat panjang ini. Tapi nampaknya macam tidak berjaya aje misi yang dibawa penuh semangat pagi tadi.

Menjelang rehat semangat itu pun sudah kendur. Pagi tadi pergi kerja macam biasa. Hari ini aku offday menghantar anak-anak ke sekolah. Asben ada jadi aku terus ke pejabat. Peristiwa minggu lepas masih segar bermain di minda.

Minggu lepas sewaktu aku berhenti di lampu isyarat berdekatan rumah, ada berlakunya kemalangan motorsikal dan kereta. Depan matu aku.

Sedang asyik melayan lagu di radio, ada sebuah motor berdesup laju sebelah kereta aku. Memang laju gile. Motor berkuasa tinggi. Terdetik dalam hati lajunya motor ni.

Kebetulan ada sebuah Myvi yang ada dalam deretan menunggu lampu isyarat dia memang nampak nak selekoh masuk ke simpang antara pertengahan jalan. Motor tu ingat dia sempat potong depan kereta tapi kereta itu bergerak.

Makanya, berlanggarlah. Terkejut aku. Menggigil kejapan. Kemudian adalah beberapa orang yang menolong. Bila lampu bertukar hijau aku pun gerak dan tak pandang pun sebelah jalan. Takut!!!

Pagi tadi, ada perjumpaan dengan Pengarah JKMN Melaka yang baru. Yang berdiri tu pengarah baru kami. Masa ni baru sudah potong kek.

Kemudian adalah sesi memperkenalkan diri. Dan beberapa amanat daripada pengarah. itu sahaja entri ringkas untuk hari ini. Cepatlah balik sebab terfikir-fikri kerja yang menunggu kat rumah. Hantaran oh hantaran! Sekian, wassalam.

Salam pena,



Thursday, March 10, 2016

Kesibukan Diri

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa. Bismillah...

Selamat petang. Sementara nak menunggu waktu pulang, Aku tulislah satu entri. Memandangkan mood pun sudah jauh menghilang. Kesibukan diri mengatasi segalanya. Nak tulis waktu malam sekarang ini pun memang agak sukar. Banyak kerjaan lain yang menunggu walaupun dalam hati berposak mahu menulis.

Apa boleh buat?

Kena dahulukan kerja yang lebih penting. Minggu ini memang sibuk sebab nak siapkan hantaran anak buah yang akan bertunang pada Ahad ini di Gombak. Jadi aku sibuk mencari ilham nak membuat hantarannya.

Selesai majlis bertunang, menyusul pula kenduri di rumah aku dan juga sambutan hari lahir Ammar dan Nayli. Itu yang sibuk dengan goodies bagai dan macam-macam hal. Itu belum masuk lagi dengan kerja-kerja rumah yang sedia menunggu. Alahai...

Semalam, gerhana matahari. Aku sempat snap gambar ini sewaktu di pejabat. Bersiaran dari tingkat dua depan pejabat. Ini aje yang sempat diambil. Semoga kita semua sentisa di bawah lindunganNya. Sekian, wassalam.

Salam pena,



Monday, March 7, 2016

Misi Untuk Hari Isnin

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Jam menunjukkan jam 12.30 pagi. Mata masih lagi belum minta seru untuk tidur. Jadi marilah menulis sikit sebelum masuk beradu. Sebenarnya ada benda lain yang aku kena habiskan tulis. Tapi itulah bila dah tertangguh tu, nak mulakan balik memang berzamanlah. Mereput aku rasa.

Baiklah, sebelum aku meleret yang bukan-bukan kita berbalik pada tajuk aje. Misi untuk hari ini adalah untuk anak dara aku yang sorang tu. Hari ini dia akan memulakan rutin barunya. Sudah lama juga mencari alternatif barulah datang serunya. Setelah mencari segala jalan, barulah aku dapat menghantar Adriana ke sekolah agama. Dah terlambat ni. Sepatutnya masukkan dari darjah satu. Tak apalah. Nak buat macam mana atas seba-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sabtu lepas gigih mencari segala kelengkapan sekolah agama untuk Adriana.

Kain hitam, anak tudung dan tudung untuknya.

 Kemudian aku tinjau kawasan sekolahnya.

Waktu persekolahan sekolah petang.

Ini kawasan sekolahnya. Okeylah, aku dah lega bila dapat tahu ada sekolah agama yang berdekatan sebabnya sekolah ni belah dalam. Aku memang tak pernah tahu. Nasiblah tanya-tanya orang. Setelah berminggu memikirkan hal sekolah agama, akhirnya selesai juga. Jadi tak sabar nak memulakan rutin baru Adriana hari ini. Baiklah, mahu tidur. Tunggu entri lain pula. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Wednesday, March 2, 2016

Pasang Lampu Dan Kipas

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Entri kedua menyusul bila kerajinan datang merasuk dalam diri. Malam tadi kononnya nak tidur awal tapi bila keinginan menulis datang, makanya tulislah sedikit. Melepaskan gian. Hehehe. Entri ringkas-ringkas jadilah. Banyak entri yang draf sebenarnya.

Baiklah, ini cerita lapuk. Dah lama tak cerita perihal rumah. Lagipun tak ada perubahan apa-apa pun. Sejak renovate dua tahun lepas, begitu ajelah rupanya. Tapi sebab sudah ada gambarnya dan dari jadi draf baiklah aku tuliskan juga entri ini. Sekurang-kurangnya, aku ingat momen-momen ini bila berlakunya. Sekadar kenangan untuk diri sendiri.

Plan nak pasang downlight memang sudah tersimpan lama. Tetapi bila banyak sangat kekangannya, makanya perancangan itu terpaksalah ditunda. Ada perkara yang lebih penting perlu didahulukan. Jadi ini barulah berkesempatan menunaikan impian kami suami isteri. Itu pun pasang downlight di ruang tamu dulu.

Di sinilah ditambah lampu downlight.

Ini nak pasang kipas. Kebetulan kipas bilik tidur utama rosak, jadi terpaksalah tukar. Kipas yang ada di ruang tamu, kita orang tukar ke dalam bilik dan kipas baru kita orang ganti di luar.

Itu masa nak tebuk lubang untuk pasang downlight.

Beginilah rupanya setelah dipasang. Aku suka!Aku suka!

Ini lampu tambahan. Saje gedik nak berchandelier bagai. Belilah satu. Murah aje. Ada promo dapatlah RM100. Nak beli yang sampai tiga empat ratus memang tidaklah. Banyak benda lain nak beli. Ini pun dah cantik. Itu sahaja perkongsian daripada aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,