Sunday, December 28, 2014

~Sambutan Kecil-kecilan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Selamat berhujung minggu. Pagi ahad yang indah. Hari cuti itu memang ditunggu-tunggu. Pagi ini entri berkenaan sambutan ulangtahun perkahwinan ke lapan tempoh hari. Sambut kecil-kecil sahaja. Apa yang penting kami mengingati tarikh ulangtahun perkahwinan yang bermakna itu. Setelah lapan tahun.

Balik kerja, aku terus on pc. Terdetik dalam hati mahu order pizza. Rasanya sudah sekian lama tak makan pizza hut. Sadis ke tak? Misi berjimat makan di luar sedang diperluaskan oleh aku dan asben. Jadi hari tu kira hari berkecuali.


 Order di hujung jari aje. Pilh dan klik menu pilihan.


Jam 8.00 malam tibalah penghantar pizza di muka pintu. Ammar berlari-lari sambil menjerit "Mama, pizza dah datang." Waktu tu maknya di dapur. Berlari-lari si emak ke depan. Kemudian siap-siap untuk makan malam dan tunggu asben balik. Itu sahaja kisah sambutan kami empat beranak sempena ulangtahun perkahwinan kelapan. Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan berkeluarga. Semoga berbahagia selamanya. Amin.

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                                         

Friday, December 26, 2014

~Apa Yang Terjadi Menjadikan Kita Lebih Berhati-Hati~

Teks : Fyda Adim
Foto : Sumber FB

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam jumaat penuh barakah. Salam pembuka bicara untuk pagi yang mulia ini. Blog semakin sepi sejak beberapa hari ini. Tiada ada masa, tidak ada mood, tidak ada idea. Pelbagai alasan.

Jika dilihat pada kalendar, hari ini adalah jumaat terakhir untuk tahun 2014. Tahun 2014 sudah semakin hampir ke garisan penamat. Moga di beri peluang untuk meneruskan kehidupan. Dapat melihat anak-anak membesar.

Tahun 2014 adalah tahun kebangkitan pada diriku setelah ditimpa ujian dan dugaan. Aku diduga dengan perkara yang tidak pernah terlintas dek akal. Aku jatuh, hilang semangat kerana itu. Namun demi meneruskan kehidupan aku mencari kekuatan. 

Sepanjang tahun 2014 aku belajar menjadi seorang wanita yang kuat dan tabah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun perit namun pasti ada manisnya untuk aku. Wallahualam. InsyaAllah dan mudah-mudahan. Kata seorang temanku, Allah menguji sekadar kemampuan kita. Semoga tahun 2015 akan lebih menyinar buat diriku. Amin.

Buat mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur, semoga kalian berada di dalam keadaan selamat dan semua dilindungi.

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                          

Monday, December 22, 2014

~Pengantin Baru Lapan Tahun~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Tanggal 22 Disember adalah ulangtahun perkahwinan aku dan suami. Tahun 2014 adalah tahun kelapan usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Semoga dipanjangkan jodoh dan berkekalan hingga ke jannah.

Lapan tahun yang lepas sewaktu hari kejadian iaitu hari aku mahu bernikah, rumah aku dinaiki air. Banjir besar masa tu. Tahun 2006 masa tu.


Baru lapan tahun mengharungi alam rumahtangga. Masih jauh perjalanan kami berdua. Masih banyak yang perlu dipelajari. Masih banyak yang perlu difahami antara satu sama lain. Dapat mengharungi suka duka, segala rintangan yang datang dan juga segala kepayahan. Biarlah susah sama susah dan senang sama senang. Doakan kami sekeluarga untuk terus menjadi sebuah keluarga yang bahagia dan sentiasa diredhai Allah. Amin...

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                          


~Terbaik Bagimu~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam isnin. Permulaan hari untuk minggu ini. Semoga permulaan isnin ini baik-baik sahaja. Jangan pula ada yang dilanda isnin biru ye. Aku seperti biasa bekerja sebab cuti rehat sudah pun habis. Jadi kenalah kerja.

Sebelum memulakan kerja, mari tengok lirik lagu 'Terbaik Bagimu' nyanyian Dato' Siti Nurhaliza. Lagunya sangat menyentuh hati. Cubalah dengar. Dekat youtube ada. Pasti mahu mengulanginya lagi. Selamat terhibur!


Rasaku Kamu Ada
Disetiap Sedih Juga Senangku
Rasanya Kamu Sudah
Menjadi Bintang Terang Hidupku

Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu

Masih Kurangkah Aku
Menyayangi Hatimu
Mahu Aku Mengganti Setiap Sukarmu
Dengan Tenang

Rasakan Kamu Ada
Disaat Senyum Juga Tangisku
Rasanya Kamu Sudah
Jadi Yang Terbaik Bagi Aku

Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu

Masih Kurangkah Aku
Menyayangi Hatimu
Mahu Aku Mengganti Setiap Sukarmu

Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu

Masih Kurangkah Aku
Menyayangi Hatimu
Mahu Aku Mengganti Setiap Sukarmu

Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu

Dengan Tenang







                                                                                                                   

Friday, December 19, 2014

~Malam Apresiasi JKMN Melaka~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi. Salam jumaat pada semua. Bertemu kembali di alam maya ini. Beberapa hari tidak menitipkan sesuatu di sini. Kekangan masa. Masa sangat mencemburui aku untuk menulis. Lagipun sekarang sudah bergiat kembali berbisnes online.

Nak cerita jumaat lepas, jabatan aku adakan majlis makan malam. Malam apresiasi yang bertema glitz dan glamour. Pada mulanya aku tak bercadang nak menghadiri majlis tersebut. Tapi entah macam mana boleh berubah fikiran. Mahu merasa sekali.

Majlis tersebut diadakan di Kings Green Hotel. Sudahlah pertama kali mahu menghadiri majlis begitu, sebelum pergi datang dugaan kereta tidak boleh hidup. Bateri kereta kong.Dah siap bagai semua. Berposak masa tu.

Akhirnya aku tiba dengan selamatnya. Mira Mokhtar jemput aku di rumah mak.

Mendengar ucapan daripada YB.

Mira Mokhtar dan Hawa.

Gambar mereka lagi.

Waktu ini penyampaian cenderahati untuk pegawai yang bertukar keluar jabatan.

Mira, Zaleha dan aku.

Seperti biasa bergambar berdua dengan Mira Mokhtar mestilah ada.

Kemudian bergambar beramai-ramai di luar dewan. Bolehlah untuk aku yang pertama kali pergi. Itu sahaja yang termampu untuk menglamerkan diri. Majlis selesai lewat hampir jam 12.00 malam. Itu sahaja kisahnya. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,







                                                                                                       

Tuesday, December 16, 2014

~Program Hari Ahad~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Hari keenambelas untuk bulan terakhir tahun ini. Cepat sungguh masa berjalan. Ahad lepas ada dua undangan. Satu undangan perkahwinan dan satu undangan majlis hari jadi anak sepupu.

Jadinya hari ahad hari bercuti daripada memasak. Sarapan ala kadar yang disediakan oleh asben tempohari sebagai alas perut sebelum menghadiri ke majlis tersebut

Nasi minyak di kenduri orang kahwin.

Bersungguh dua beranak ini menikmati makanan.

Sebelah petang kami ke rumah sepupu.

Dua orang budak ini sudah bersedia untuk menyanyi lagu 'Happy Birthday'.

Kek princess yang sangat sedap.

Kanak-kanak sudah mengerumi meja.

Itulah princess yang diraikan. Genap setahun Izzara Sofea.

Abaikan jariku yang menutupi lensa. Mana pula pandangan Izzara tu. Bukan kepada keknya. Entah siapa yang ditengoknya? Itulah serba sedikit program ahad lepas. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,