Monday, August 25, 2014

~Potret Syawal Kami~

Teks : Fyda Adim
Foto : Kamera Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi isnin. Salam 29 Syawal. Entri hari ini akan dipenuhi dengan cerita dan gambar Syawal untuk tahun ini. Hujung minggu lepas barulah berkesempatan nak tengok gambar-gambar dalam kamera. Pilih-pilih gambar. Pening bila sudah banyak-banyak ni. Clearkan memory card kamera. Padam gambar dalam kamera aje 300 lebih keping gambar. Mau tak pening.

Jadi dalam pemilihan gambar adalah beberapa keping gambar kami empat beranak. Bukan senang nak bergambar berempat. Ini pun dah kira ok dan kira semua fokus kepada kamera. 

Tahun ini kami berjubah. Tema coklat dan sewaktu dengannya. Ini bergambar di rumah mak mertua di Bukit Rambai.

Ini pula bergambar di rumah mak di Peringgit. Muka aku dah berkilat akibat ke hulu ke hilir. 

Dan akhir sekali gambar ini diambil di rumah kakak sepupu aku di Batu Berendam. Aku dan anak-anak sahaja yang berbaju raya. Laki den tu berbaju kerja sebab dia baru balik kerja masa tu terus berjalan raya. Ini sahaja gambar-gambar yang sempat dijadikan kenangan buat kami. Syawal tahun ini tetap menjadi ingatan. Sekian dan wassalam buat semua.

Aku Penulisnya,





                                                                                                                    

  

Sunday, August 24, 2014

~Cerita Random Syawal~

Teks : Fyda Adim
Foto : Kamera Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua. Hari ini bersantai di rumah sahaja. Tidak ke mana-mana memandangkan menghabiskan puasa enam. Hari last. Esok aku sudah raya. Yeahhhh. Jadi dapatlah buat kerja rumah sikit-sikit. Tak boleh buat lebih-lebih nanti letih. Mengada-ngada. Hehehe...

Marilah nak cerita kisah kami berhari raya minggu-minggu lepas. Ada juga ke jemputan majlis perkahwinan anak officemate.

Sabtu dua minggu lepas, kami ke Muar. Mula-mula ke rumah kawan asben. Ini sudah ada di rumah kawan dia. Nana suruh amik gambarnya.

Sementara menanti untuk makan. Kami dihidangkan dengan mee bandung. Sedap!

Kemudian mahu ke rumah CC, tetapi tidak ada rezeki nak berjumpa. CC ke Melaka pula. Jadinya kami lepak sekejap di sini. Kemudian terus pergi ke rumah Puan Mardiana.

Dari rumah Puan Mardiana, kami ke Bukit Rambai rumah biras aku. Dia jemput datang rumah lepas asar. Kemudian balik rumah MIL, mandi dan ke rumah officemate lagi buat rumah terbuka. Rumah Firdaus di Taman Desa Baru.

Ini keesokkan harinya Nak dijadikan cerita si Alya nak ikut balik. Ajaklah dia tidur rumah. Jadi aku melayan tiga orang anak hari tu. Ini melayan dia orang bersarapan. Aku gorengkan nasi.

Anak-anak aku. Yang anak teruna kejap-kejap sentap. Kakak-kakak tak kawan dia katanya.

Ini sudah sampai rumah. Biras aku datang jemput anaknya di rumah. Berpeluk-peluk sebelum berpisah.

Ini kisah minggu lepas iaitu pada 16 Ogos 2014. Sudah siap mahu ke majlis perkahwinan anak officemate, Kak Sham.

Ini makanan untuk aku. Lauk-pauknya sedap belaka.

Dalam pada nak keluar, pengantin pun tengah berarak ke dalam dewan. Dapatlah tengok pengantin kejap dan amik gambar. Kemudian terus balik ke rumah. Itu sahaja cerita random di petang hari. Mahu ke dapur untuk masak. Tekak teringin nak makan spageti. Ahaks...Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,












~Beraya Ke Rumah Jiran~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtra...

Selamat pagi ahad. Salam 28 Syawal. Dua hari lagi Syawal akan meninggalkan kita. Aku akan cuba menceritakan mengenai Syawal setakat mana yang termampu untuk kenangan buat aku kelak. Hari ini akan tiba lagi jenazah MH17. Hati masih lagi diragut pilu. Entah kenapa kesedihan itu dapat dirasai sedalam-dalamnya walaupun tidak ada seorang kenalan mahupun ahli keluarga yang terlibat. Sesungguhnya ahli keluarga mereka diuji hebat dan Allah akan menguji setakat kemampuan seseorang. Jika aku mungkin tidak sekuat mereka. Semoga mereka akan terus tabah.

Okeylah, mahu bercerita perihal beraya. Masih belum lagi habis ceritanya. Ini kisah dua minggu sudah, baru berkesempatan mahu menceritakan. Jiran sebelah rumah adakan rumah terbuka. Memang haruslah terjah. Jiran aku ni memang baik. Selalu bagi lauk atau apa sahaja. Anak-anaknya pun rajin datang ke rumah bermain dengan adriana dan ammar.


Ini ketika hari kejadian. Anak-anak aku tengah. Ini kat rumah aku lagi.

Ammar berjubah dengan kawannya Ami.

 Ada sambut hari lahir dua orang anak mereka.


 Jiran aku yang dukung baby. 


 Sesi potong kek.


Ini pula anak-anak aku. Dapatlah makan kek mereka. Adriana gigih nak bertudung. Nampak ayu anak daraku sorang. Itu sahaja kisahnya. Ada beberapa entri lagi yang akan menceritakan Syawal untuk penutup Syawal. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                                       

Friday, August 22, 2014

~Hari Berkabung Malaysia~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua. Hari ini rehat panjang dapatlah melelapkan mata dalam sejam dan melayan emosi sendiri. Perasaan sedih menghimpit diri sejak semalam mengenangkan hari ini. Hari ini dalam sejarah. Malaysia diisytiharkan sebagai Hari Berkabung. Ini berikutan bagi menghormati kepulangan 20 jenazah warga Malaysia yang terlibat dalam insiden nahas MH17.

Rakyat Malaysia juga diminta bertafakur hanya seminit sebaik sahaja keranda yang terakhir dimasukkan ke dalam van jenazah. Bersatu dalam doa wahai rakyat Malaysia. Inilah masanya untuk kita bersatu dan menunjukkan sikap simpati terhadap keluarga mangsa MH17.

Selepas sebulan lebih waris penumpang dan anak kapal MH17 menanti kepulangan orang tercinta dengan penuh sabar dan debar, hari ini merupakan titik pengakhiran penantian itu walaupun yang pulang hanyalah jasad. Sebak aku lihat sebaik keranda pertama diturunkan daripada pesawat untuk dibawa ke van jenazah. Perjalanan terakhir untuk disemadikan. Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Buat seluruh keluarga mangsa, semoga mereka tabah. Takziah Malaysia. Selamat bersemadi MH17.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

Thursday, August 21, 2014

~Beraya Ke Rumah Kak Zainorihan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua. Salam 25 Syawal. Lagi 5 hari sahaja lagi Syawal akan melabuhkan tirai. Cerita Syawal belum lagi berkesudahan. Jumaat lepas menerima undangan ke rumah Kak Rehan. Kawan office yang sudah bersara tahun lepas. Jadi beramai-ramailah kami ke rumah Kak Rehan di Alai tengahari jumaat. Nasib rehat panjang. Dapatlah bersantai-santai.

Mari tengok gambar yang sempat diambil untuk dijadikan kenangan dan tatapan buat aku dan kawan-kawan yang ke sana tempohari.

Aku makan spiral goreng sahaja memandang sudah kekenyangan dari office. Kebetulan ada makan-makan juga kat office.


Mak cik ni mesti ada je masuk blog aku. Dia kira model tetap blog aku ni. Hehehe..

Sebelum pulang kena bergambar. Terpaksalah berwefie.

Sekali lagi bila Kak Rehan pun masuk sekali bergambar. Aku sudah tidak mampu nak senyum. Itu sahaja. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                                       

~Batuk Menyerang~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua. Salam pembuka bicara buat pagi yang kedinginan. Hujan membasahi seawal pagi tadi mengakibatkan aku lambat ke kerja. Jalan sesak. Kena tunggu asben keluar rumah sekali sebab nak tolong tutup pintu pagar. Alangkah bagusnya kalau pagar itu dapat ditukarkan auto gate. Ok, mulalah nak jadi manusia yang lupa diri. Tak tahu erti bersyukur. Nasib baik ada pintu pagar kan. Kalau tak ada lagi susah.

Okey, lupakan kisah pintu pagar dan manusia yang lupa diri kejap tadi. Akuler tu. Saat sedang menaip entri ini batuk mewarnai kisah entri ini. Batuk tak henti-henti. Ada masa tekak terasa gatal/ Macam mahu digaru. Ada masa sakit perut akibat batuk yang kuat terasa sampai ke kepala pun ada juga.


Air putih sudah bergelen-gelen aku minum. Kejap lagi mahu cari petua lain untuk hilangkan batuk ini. Harus dilesapkan dengan kadar segera kerana batuk ini menganggu aktiviti harian serta menganggu tidurku. Paling sadis bila roomate aku pun batuk jugak. Bising yang amat sampai aku pun tidak boleh lena. Itu sahaja kisah batuk aku. Harap cepat sembuh secepat mungkin. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,