Sunday, April 21, 2013

~Selamat Berhujung Minggu~

Assalamualaikum dan selamat pagi AHAD!!!

Selamat berhujung minggu buat semua. Hari ni berkesempatan untuk update blog. Anak-anak masih beradu. Letih berjalan sakan semalam agaknya. Apa aktiviti korang hari ni?Hari ni aku hanya berlepak-lepak saja di rumah bersama anak-anak. Suami sibuk bekerja. Apa-apa pun semoga hujung minggu korang diisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Semoga kebahagiaan dan keceriaan sentiasa mewarnai hari-hari kita. Selamat bergembira bersama orang-orang yang tersayang. Sekian dulu entri untuk pagi ahad ni.






                                                                                                                       

Friday, April 19, 2013

~Pertandingan Ebuku 2013 Dah Nak Berakhir~

Assalamualaikum...

Sekali lagi aku kembali untuk menulis entri. Waktu lunch tidak ke mana jadi masa yang diperuntukkan selama 2 jam ni aku habiskan di depan pc ni untuk update blog. Kalau tengok pada tajuk aku untuk entri kali ni masih lagi berkisarkan mengenai pertandingan ebuku 2013.

Memandangkan sudah mahu sampai ke penghujung yang tinggal lebih kurang 6 hari lagi untuk aku mempromosikan tentang novel yang aku tulis. Segan pulak nak kata novel. Heeee...Hari terakhir untuk download adalah 25 April 2013.

So, inilah antara list untuk top ten setakat 18 April lepas. Aku just print screen dari FB Ebook Competition 2013. Terselit sedikit perasaan gembira di dalam hati. Tapi biarlah ia akan berkekalan hingga ke penghujung.


Carta top ten setakat semalam. Macam carta lagu pulak. Aku dan mira mokhtar panggil Carta Hati. Heee. Kawan aku dah happy sikit bila karyanya sudah berada di no 5. Doakanlah kami ye kawan-kawan.

Pada sesiapa yang masih belum download, sudi-sudikanlah untuk download ebook aku ye. Cara-cara untuk download ada di SINI. Aku memerlukan bantuan daripada kamu semua untuk terus kekal dalam carta hati itu. Kalau korang tak nak baca pun tak apa, cukuplah sekadar menyokong aku. :D

Inilah hadiah untuk top 5. Mudah-mudahan ada rezeki buat aku dan juga kawan aku. Amin...Sekian dulu entri aku, nanti bersambung lagi.

Love,
A.A (Alfidah Adim)

Publish!!







                                                                                                                   

~Renung-renungkanlah~

Assalamualaikum...

Salam sebagai pembuka bicara untuk pagi jumaat yang penuh keberkatan. Penghulu bagi segala hari. Semoga kita perolehi sesuatu yang baik pada hari ini. InshaAllah. Amin..

Pagi ni,  hanya ini sahaja yang mahu aku kongsikan setelah tertarik dengan kata-katanya. Jom sama-sama kita lihat serta hayati setiap bait-bait kata yang aku kongsikan ini.





Itu sahaja yang mahu aku kongsikan untuk pagi ni. Bersambung lagi di entri yang lain.

Xoxo...





                                                                                                                       

Wednesday, April 17, 2013

~Berfikiran Positif~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari. Korang dah lunch?Aku mestilah sudah lunch. Mana boleh lunch lambat-lambat. Nanti gigil satu badan, pening kepala. Lagi menyusahkan diri dan juga orang lain. Okeylah berbalik kepada tajuk di atas mengenai berfikiran positif.

Sejauh mana kita sentiasa berfikiran positif. Paling dekat contoh yang ada, adalah diri aku sendiri. Selalu banyak fikir yang negatif daripada berfikiran positif. Ermmmm, susah jugak kalau setiap masa yang menghantui diri adalah benda-benda yang negatif.

Cuma aku sedang belajar untuk berfikiran positif dan berfikiran terbuka dalam menghadapi beberapa situasi yang berlaku walaupun kekadang aku rasa macam benda tu tak berapa nak logik dan diterima dek akal. Positif okey!!!Harus positif. Korang pula macam mana?






                                                                                                                       

Tuesday, April 16, 2013

~Audition Kotex Memberku - Erti Kawan~

Assalamualaikum....

Selamat tengahari semua. Korang dah lunch?Aku belum lagi. Malas nak makan. Boleh tak kata gitu?So berbalik kepada tajuk di atas. Aku nak ceritakan mengenai pengalaman aku sabtu lepas. Satu pengalaman yang sangat-sangat best.

Aku ajak kawan-kawan aku join peraduan ini. Kebetulan masa balik dari kerja aku terdengar iklan mengenai peraduan ni di Radio Era kalau tak silap aku. Balik rumah war-warkan kepada mereka. So decide nak join. Saje suka-suka.

Dan selasa lepas dapat call daripada Kotex mengatakan kita orang disenarai pendek. Lompat bintang!!Heee. Then dia orang hantar email dengan video untuk kita orang practice menari. Aduh!!!Menari okey. Tiga hari berhempas pulas menghafal step untuk menari. Uwah uwah.

Dan tiba hari yang dinantikan. Kami bertiga bertolak ke KL setelah mendapat keizinan daripada suami serta mak ayah. Bertolak naik bas jam 10.30 pagi.

Inilah bas yang kami naiki ke KL. Setelah sekian lama aku sudah tak naik bas. Ni baru naik bas ekspres balik. Teruja okey tapi ada orang tu lagi kesian sebab pestime naik bas ekspress. Heeee. Jangan marah orang berkenaan.

Sebelum naik bas, kena bergambar dulu. Tema kami biru. "Keyakinan Bersama". Yakinlah sangat-sangat kan?

Kan dah kata orang ni teruja naik bas.

Samapi TBS dalam jam 12 tengahari. Terus amik tren untuk ke Kelana Jaya.

Menanti dengan penuh kesabaran.

Bergambar di dalam tren. Masa ni orang sudah tak ramai. Itu yang boleh bergambar.

Pose di mana2.

Aku dan adik ipar.

 Jenuh cari bangunan ni. Naik bas untuk sampai sini. Memang mencabar betul.

Kami sudah sampai. Samapi je kami diber t-shirt Memberku Hawa. Disuruh tukar.

Okey, di sinilah ujibakat akan dijalankan. Ramainya orang. Aku dah nerbes masa ni. Sebelum tu adalah sedikit penerangan dan tunjukajar.

Group pertama sudah muncul. Group kita orang yang keempat. Kaki dah ketar. Sampai turn kita orang memang nekad je jadi kental. Fuh lega sangat bila dah sudah. Lepas habis perform tu ada pulak sesi interview. Sudah tentu2lah adik ipar aku yang jawab. Heee...

Settle. Barulah boleh tersenyum ceria.

Aku dan mira mokhtar.

Masing-masing menunjukkan goodies bag.

Inilah bangunan tempat kami audition. Segan tol nak sebut audition.

Ini antara peserta yang untuk slot sama dengan kita orang.

Kami bertiga yang sudah berada di situasi lega.

Masing-masing muka kepenatan.

Sampai TBS terus terjah food court.

Mahu mengisi perut sebelum naik bas untuk pulang ke Melaka. Ada masa 1 jam untuk makan.

Tiket bas yang sudah dibeli jam 8 malam. Selamat tinggal TBS. Kita orang sampai Melaka dalam pukul 9.30 malam. Waduh kepenatan, kaki sakit. Segala-galanya sakit. Kalau tak sebab asben suruh pegi memangler aku tarik diri. Heeee.

Dan inlah yang kita orang dapat dalam goodies bag tu. Apa-apa pun terima kasih KOTEX. Pengalaman yang best untuk kami bertiga hari tu. Sangat enjoy!!!Semoga kita akan setia berkawan. Erti kawan yang selalu bermain-main lagunya di benakku buat masa ni.






                                                                                                                    

~Erti Kawan - Ost Memberku Hawa~

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa. Hari ni hari pertama bekerja untuk minggu ni sebab semalam hari cuti buat warga Melaka. So hari ni sila jangan bermalas-malasan setelah 3 hari bercuti.

Untuk mendatangkan mood dan aura yang positif dalam diri hanya perkara-perkara yang mengembirakan sahaja yang mampu memberikan diri kita ke arah yang lebih baik. Marilah kita dengar lagu Erti Kawan ost drama bersiri Memberku Hawa nyanyian Adira. Sejak 2, 3 hari ni lagu ni selalu bermain di benakku. Nak tahu kenapa?Nantilah aku ceritakan dan yang penting ia adalah sebuah pengalaman kepada diriku dan juga buat kawan-kawanku.

 

Lirik Lagu Erti Kawan (OST Memberku Hawa) – Adira 

Dari kecil kita mengenali
Main guli dan lompat tali
Pejam celik dewasa kini

Tiap hari yang kita lalui
Ada caranya sendiri
Sama-sama kita tempuhi

Kadangkala dunia ini
Buatku geram dan benci
Kau sentiasa memahami diriku ini

Bagaikan roti dan kaya
Teh dan gula
Kau dan aku pasti bersama

Bagai belakang dan depan kiri kanan
Serasi saling melengkapkan
Kerna itulah erti kawan

Bagaikan roti dan kaya
Teh dan gula
Kau dan aku pasti bersama
Kerna itulah erti kawan

Lagu ni saya tujukan buat mira mokhtar dan juga faezah alias yang sama-sama menempuh satu hari bersama saya sabtu lepas. Tidak lupa juga pada teman saya yang sorang iaitu Kak Nisah.  Walaupun tidak bersama kami tapi memberi sokongan daripada jauh. Thanks ladies!!