Monday, March 11, 2013

~Lunch Di Secret Recipe~

Assalamualaikum.

Baru sempat nak update blog dan nak update cerita jumaat lepas. Sekarang memang tengah busy dan fokus terhadap benda lain. Itu yang tak berkesempatan nak membelek blogku ini. Sebab sudah ada gambar osem wanita-wanita itu maka harus aku uploadnya di sini.

Jumaat lepas, ubah selera makan. Padahal tengah bulan tapi kalau tekak dok teringin soal tengah bulan ditolak ketepi. Dulukan anak tekak yang sememangnya mengada-ngada.


Makan kat sini jea. Laki den tahu dia berbunyi begini. Banyak duit!huhuhu. Alhamdulillah. Hehehe


Makan bersama mereka, my fren and my sil. Wanita2 yang osem sempena hari wanita. Mira mokhtar kategori wanita tak?huahuahua


Aku order yang ini. Spageti aglio olio. Tak kena dengan tekak aku. Dekat pizza hut sedap lagi kot. Sil aku suruh amik gambar pinggan yang cantik.


Yang ini pula makanan untuk mereka berdua. Hari berspageti. Yang sebelah kanan sil punya dan kiri mira punya.


Air minuman untuk kami. Alhamdulillah kenyang. Syukur atas nikmatnya. Lagi beberapa bulan baru boleh jejak kaki ke sini lagi. Tak boleh selalu makan nanti over budget. Harus berjimat cermat.

posted from Bloggeroid

Friday, March 8, 2013

~Selamat Hari Wanita~

Assalamualaikum...

Selamat petang.  Hari nie lambat update blog.  Ini pun terajin update sebab si mira mokhtar update blognya.  Mana acikan bila blognya berupdate blog aku tidak.  Heeeee.  Jangan marah yea mira mokhtar.


Apa-apa pun nak ucapkan Selamat Hari Wanita buat semua wanita di luar sana.  Bangga menjadi seorang wanita.  Hari ini lunch aku ditemani oleh dua orang wanita yang osem.  Ceritanya later ya.  Till then.

Publish!





                                                                                                                     

Wednesday, March 6, 2013

~Tidak Mahu Merasa Putus Asa~

Assalamualaikum...

Boleh ke kalau kita tidak mahu merasa perasaan putus asa?Boleh ke?Boleh ke?Sesekali perasaan putus asa itu datang juga menghantui diri.  Cuba juga untuk mengendahkan perasaan itu supaya tidak mengganggu emosi diri.

Selagi bergelar seorang insan pasti pernah diduga dengan pelbagai dugaan atau ujian daripadaNya.  Semuanya sudah tertulis.  Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.  Percayalah!InshaAllah.

Aku?Putus asa?Aku juga tidak lari daripada perasaan itu.  Pernah merasakannya sampai satu tahap aku terlupa terhadap ketentuanNya.  Cepat-cepat beristighfar kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim.

Putus asa bila aku tidak dapat apa yang aku mahukan.  Mungkin aku kurang berusaha untuk mendapatkannya menyebabkan aku gagal.  Aku patut bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang walaupun aku pernah bersedih dan hampir berputus asa terhadap kerjaku sekarang.  Tidak menggunakan kelulusan yang aku ada.  Bohonglah kalau aku tidak pernah bersedih.  Aku harus bersyukur sekurang-kurangnya aku masih punya kerja. 

Mungkin rezekiku di tempat lain.  Siapa tahu?Yang penting jangan putus asa untuk berdoa...



Sekian...








                                                                                                                      

Tuesday, March 5, 2013

~Ke Pasar Malam~

Assalamualaikum, selamat pagi selasa. Sebelum memulakan tugas hakiki aku update blog dulu. Nie semua pembakar semangat.Menulis di sini sudah menjadi satu kemestian untuk aku.Mesti ke?Tak jugak,tengoklah pada kerajinan yang ada.

Okeylah, semalam aku puasa.So,dari kat opis memang terfikir-fikir nak berbuka apa.Mulanya macam nak masak tapi akhirnya aku beli jugak bila ditambah tolak waktu nak masak tak mencukupi untuk aku.Masa sangat mencemburui aku.Aku mesek asben ajak pegi pasar malam jea.Senang!Tunjuk-tunjuk aje.


Inilah hasilnya bila sudah lama tak ke pasar malam.Belikan mak aku bihun goreng,untuk ayah aku belikan laksa,anak-anak yong taufu,asben pula aku belikan oblong cheese burger.Untuk aku?Tiap kali puasa mesti teringin nak makan.Nasib jumpa.


Makan malam kami semalam adalah semuanya dari pasar malam.


Hah!!!Inilah yang aku cari semalam.Jumpa jugak akhirnya.Nasi kerabu!Delicious.Nasib baik sedap.Harga RM5.Berbaloi sangat-sangat.

Itulah kisah di sebalik tabir aku ke pasar malam bersama asben,nana dan jugak my sil. Bukan main riuh bila terserempak dengan kak wati (kakak sepupu aku)dan anak-anaknya.

Publish!
posted from Bloggeroid

Monday, March 4, 2013

~Siapa Ingin Membawa~

Assalamualaikum...

Selamat pagi isnin.  Pagi isnin yang aman dan damai.  Semoga apa yang berlaku di sana dapat berakhir dengan secepat mungkin.  Bila baca mengenai berita di sana setiap hari memang menakutkan.  Berdoalah sentiasa agar negara kita akan terus berada dalam keadaan aman.  Amin...

Siapa ingin membawa.  Itu adalah OST Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.  Mulanya aku tak tahu yang nyanyi tue Fahrin Ahmad.  Aku tahu dari mana erk yang itu suara F.A.  Aku suka lagu tue mula-mula.  Liriknya best.  Tak sangka F.A pandai menyanyi selain berlakon, kan Mira Mokhtar?Ambil mood untuk mulakan kerja, mari kita dengarkan lagu ini.  Kalau korang suka dengar bolehlah download.

 ehsan dari google

LIRIK LAGU SIAPA INGIN MEMBAWA

Langit yang indah telah terhampar
Hamparan jadi Sahara
Berapa lama dapat bertahan
Musafir ini sendirian

[*] Siapa inginku bersama terbang tinggi ke sana
Ke langit tinggi, ke awan cinta
Siapa inginku bersama berlayar di samudera
Ke laut dalam ke dasar sejuk sayang

Masihkah ada jalan bahagia
Simpati belas di jiwa
Dibuai mimpi terbakar sepi
Hancur impian berderai..ai..ai

Repeat [*]

Siapa ingin membawa
Aku terbang ke sana
Ke langit tinggi
Ke awan cinta

Siapa ingin membawa
Aku layar bersama
Ke laut dalam
Ke dasar sejuk sayang

(OST Rindu Bertamu Di Abu Dhabi)







                                                                                                                     

Sunday, March 3, 2013

~Simple Celebration For Ammar~

Assalamualaikum..

Plan last minit bila nak buat makan-makan sempena birthday Ammar yang sudah hampir dua minggu berlalu.  Dan juga plan last minit bila jumaat lepas aku cadang nak baking kek untuk ammar jugak.  Mulanya aku nak belikan kek untuk ammar jugak tapi bila rasa serba salah menyelubungi diri aku bakingkan jugak untuk dia.

Malam tadi just makan-makan kat rumah mil.  Lepas maghrib baru keluar rumah.  Semalam memang pack.  Pagi semalam aku gigih deko kek, tengari bersiap nak ke kenduri kawin, lepas kenduri ke Kg. Jawa nak tindik telinga adriana.  Sampai rumah pukul 4 petang, asben aku jagakan anak-anak dan aku di dapur baking pavlova.  Yummy!!!

Inilah kek khas untuk ammar daripada mama buat anak mama yang tersayang.  Saja bake kek bentuk nombor 2 sempena hari kelahiran ammar yang ke 2 tahun.

Sesi memotong kek.

Persiapan untuk makan-makan.

Kami beli ini saja untuk makan.

Tahun lepas warna biru, tahun nie pun kek warna biru jugak.

Mahu mulakan untuk makan.

Sempat juga aku baking pavlova.

Bila makan dengan family sebelah asben memang kena makan di bawah sebab family asben besar.  Kalau family aku berapa kerat jea..

Inilah rupanya bila makan beramai-ramai.  Sangat santai.  Itu sajalah cerita berkaitan hari kelahiran ammar.  Sangat simple janji ada juga kenangan untuknya.  Sekian sahaja...Till then..

Publish!