Tuesday, February 19, 2013

~Bowling Time~

Yeahhhh...Entry kedua untuk hari ini.  Gigih malam tadi menaip entry untuk hari ini.  So mungkin akan ada lagi entry lain selepas entry ini.  Mungkinnnn..Kalau nak tulis on the spot memang taklah, so kenalah buat entry secara autopublished.  Janji ada entry.  Huhuhu...

Okey, nak cerita hari jumaat lepas sebelah malamnya aku, adik aku dan juga anak-anak buah telah berjanji untuk bermain bowling.  Ideanya dari aku.  Aku sebenarnya yang mengajak dia orang dulu.  Saje nak release tension kenalah mencari aktiviti sendiri.  Bila semua on apalagi.  Lepas kerja terus balik rumah mak.  Baju dah siap-siap bawak, asben pulak keje petang.  Mohlah kita enjoy!!Laki keje ko enjoykan.  Enjoy pun dengan anak-anak. 

Jom layan gambo....

Gambar Nayli dulu.  Ini pom pom girl kami.  Bukan main dia pusing satu tempat.  Baru dapat kaki katakan.  Merata dia berjalan..

Kami yang baru aje sampai.  Amik gambo dulu sementara tunggu semua pemain ready.  Wah gitu gamaknya..

Tempat yang sama tapi ada perbezaannya.  Cari sendiri.

Obek dan Nayli..

Kami malam itu..

Rindu ada anak kecik lagi.  Huahuahua.

My kids.

Ammar Qayyum sudah pandai bergambar.

Candid!!

Aku dan adik-adik.  Opssss..Aku anak beranak yang merah malam itu.  Tak plan pun tapi kebetulan aku bawak baju semua merah.

Lane 26 lane kami.

Aku dan anak buah sulung aku, Amirah.

Keje bergambar aje kalau free.

Saya sudah ready untuk membaling.

Balingan daripada aku.  Tegak yea bola jangan nak masuk longkang pulak.  Ada pulak bodyguard aku nie mengikut jea belakang aku.

Sufi, Syahmi dan Amirah.  Mereka adalah anak buah aku.

Aku dan adik aku.  Kami dua beradik aje.

Mereka berempat beradik.  Tak cukup korum sebab sorang ke perkhemahan.

Wah adik ipar aku berstyle tue nak membuat balingan.

Tengoklah nama bibik tue.  Nama aku tak glamer langsung dia orang letak.  Kang ada ingat dia orang bawak bibik maid pulak.

Kesian merempat kami nie.  Dah penat dok atas dok bawah pulak.

Hampir sudah menunggu yang lain abis.  Kami main 2 frame malam tue. 

Sebelum balik, bergambar beramai-ramai.

Suka sangat moment ini.

Aku dan family adik.

Lepas berbowling kita orang lepak kedai mamak.  Makan time pulak!!!Masing-masing kebulur.

Dan yang paling geli hati meja yang adik aku, Amirah dan Sufi duduk tue boleh pulak patah.  Tak tahulah siapa punya tangan yang berat.  Masing-masing yang terperanjat ada, yang ketawa ada.  Macam-macam hal.  Lepas makan, masing-masing balik ke rumah.  Aku balik bertiga ke rumah.  Asben aku dah balik pun.  Sampai rumah dalam pukul 12.30 malam.  Nasib tak jauh dari tempat bowling MIBC ke rumah aku.

Sekian entry kedua untuk hari ini.  Ada ke entry seterusnya???Tunggguuu





                                                                                                                       


~Selasa Sudah~

Assalamualaikum...

Wahhhhh sudah selasa yerk.  Hari ini barulah blog ini muncul kembali dengan cerita.  Last update hari jumaat.  Kesibukan yang melampau.  Sibuk ke?Nak kata malas tak boleh sebab dah kena sound aku nie memanjang malas sampai ke blog pun nak tulis malas.  Siapa yang sound??Laki denlah.  Rupanya baca jugak blog yang bini dia tulis.  Ingatkan tak baca.  Hehehe...

Okeylah, so aku amik positif side daripada teguran itu.  Aku tak malas tapi sibuk.  Jumaat busy, sabtu busy dan ahad busy.  Hari ini tak busy sebab blog berupdate.  Huhuhu...

Hari ini mari mulakan hari dengan suasana yang ceria.  Buat kerja sepenuh hati dan sentiasa merajinkan diri.  Cuba sedaya upaya untuk terus menulis di blog picisan ini.  Aku akan update jugak sebab blog ini adalah antara diari harianku.  Sekian...Buat kerja dulu dan next story nak story main bowling jumaat ari tue.








                                                                                                                   

Friday, February 15, 2013

~Ke Mydin~

Tengahari tadi ke Mydin.  Hari nie belum sempat nak update blog.  Cerita ada tapi idea nak menulis tak kunjung tiba.  Pening uruskan persaraan nie.  Banyak dokumennya.  Uwah...Tak apa buat perlahan-lahan dan bersopan santun.

Berbalik kepada tajuk di atas, tengahari tadi ke Mydin untuk lunch.  Makan mee sup.  Gambar non ado yea sebab kelaparan tapi ada orang lain yang lebih kebulur dari aku.  Siapa lagi kalau bukan Mira Mokhtar.  Kemudian ada beli sesuatu.  Ini memang tak masuk dalam list tapi dah terbeli.  Pejam mata jea yea.  Nanti aku story.

Ini cerita selingan.  Minggu lepas ke jusco.  Dapatlah beli beberapa helai baju untuk adriana dan juga ammar.

Inilah hasil membeli minggu lepas menggunakan baucer yea..  Cuma keluarkan RM15 jea.  Selebihnya aku guna baucar.  Itu saja cerita untuk hari ini.  Nanti update lagi.  Sekian..





                                                                                                                      


Thursday, February 14, 2013

~Sebab Fahrin Ahmad Lagi~

Hah...Tajuk nak good good jea kan.  Sila jangan poyo.  Inilah akibatnya kalau terlebih makan jadi cam akulah.  Hehehe...Korang dah lunch tak?Aku dah makan nasi goreng lebihan mesyuarat.  Makan free lah lunch ini.

Ok berbalik kepada tajuk di atas, kalau dulu sibuk dengan drama bersiri Adam & Hawa, kini beralih arah ke drama ini pula.  Slot Akasia yang ditayangkan jam 7 malam.  Drama bertajuk Rindu bertamu di Abu Dhabi.  Sebab???Kena yea ada sebab...Sebabnya ada pelakon pujaan aitu Fahrin Ahmad!  Oh suka tengok dia berlakon.  Mira mokhtar sila jangan muntah ijo yea..

Last sekali rasanya drama yang aku ikut masa Seindah SakuraMemang aku mengikuti drama tue episod demi episod.  Apa-apa pun ini hanya meminati yea.  Tidak ada lebih mahupun terkurang.  Peace yo!!  

  Sinopsis Ringkas:

Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Aiman Hakim Ridza sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Aiman Hakim Ridza menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula? Saksikan drama yang penuh dengan konflik kekeluargaan dan cinta ini dalam Slot Akasia TV3.


Dan hari apa erk aku dah lupa sempat juga aku menonton drama bertajuk Cinta Burj Khalifah.  Sebab F.A jugak walaupun scene dia sikit pun tetap tengok.  Yang penting drama nie memang membuatkan aku ketawa seorang diri.  Buka gila yea.  Sudah aku jea yang layan drama nie sensorang.  Geli hati tengok lakonan Rozita Che Wan, Nor Khiriah dengan Tasha Shila.  Memang best..

Ini antara pelakon dalam drama Cinta Burj Khalifah.
 
Selitkan sekali gambar pelakon pujaan..Huahuahua...Buat my lovely SIL jangan lupa tengok petang nie..Kami sama-sama meminati jejaka di atas.  Sekian dulu sebab loceng punch card sudah menjerit!!!Till then..







                                                                                                                 

~Cuti 4 Hari~

Termasuk sabtu ahad.  Ke manakah?Aku tak kemana-mana.  Hanya duduk bertapa di rumah membesarkan badan.  Aku rasa aku lebih banyak tidur dari membuat kerja rumah.  Hehehe...Makan, tidur, makan, tidur.  Hah gitulah aktiviti aku di rumah.  Keluar pun dekat-dekat area rumah nie.  Dok dalam kereta pun tak panas montot.

Memandangkan asben keje, haruslah aku redha.  Redha ke pasrah?Uwahhhh.  Orang lain berjalan sakan aku hanya di rumah.  Sebab tak sihat nak ke rumah mak pun aku tak sampai.  Cuba sihat mahu panjang langkah.  Sediakan wang saja.

Oklah, mari tengok sedikit aktiviti aku dan anak-anak sepanjang empat hari.

Hari sabtu laki den cuti.  So tengahari aku ajak keluar.  Malas nak masak punya kes.  Aku ajak makan luar.  Kebetulan nak cari telekung baru untuk adriana.

Makan kat fast food.  Anak-anak aku sibuk bermain.

Sampai tak ingat nak makan.

Kita orang makan nie jea.

 
Kemudian bawak nana pi gunting rambut.  Tengok rambut dah macam kak limah.  Dah panjang tak nak beringat pulak.

Akhirnya, maknya terpaksa jugak bawak nana pi gunting rambut.  Sayang sebenarnya nak gunting sebab rambut adriana nie lambat panjang.

Mamat nie tercengang jea.  Kalau dia yang gunting mahu melalak.

Ambil gambar nana.  Aunty nie tengok jea masa aku pegang kamera.  Aunty, mau amik gambar masuk blog ma.  Kata dalam hati jea.  Settle!!Rambut nana dah pendek.  Lepas nana gunting rambut, balik rumah mak kejap.  Mak kata mak masak bubur cha cha.  My favourite.  Haruslah makan.

Ini dia hidangan untuk hari ahad.  Laki den request nak makan nasi lemak.  Gigih bangun pagi terpisat-pisat kat dapur memasak nasi lemak sebab kena masak cepat.  Hari tue asben aku balik dari keje malam.  Dan hasilnya..nasi lemak kasih sayang.  Hehehe..Ini semua poyo.  Petang tue keluar kejap pi mydin pula.  Nak cari telekung nana lagi sebab semalamnya tak jadi pun memandangkan ammar sudah tidur.
 
Hari isnin lagi tak ke mana.  Tunggu orang pasang econ kat rumah.  Then laki keje petang.  Memanglah tidak bergerak ke mana.  Orang datang econ satu hal.  Nak kemas habuk lagi.  Laki aku pi keje jea, aku order makanan seperti di atas.  Mula-mula pujuk hati nak goreng burger jea.  Oh tapi tewas!!!Tekak beriya betul nak makan pizza.  Apa tunggu lagi aku order online jea kat PHD.  Dalam masa setengah jam terpacak sudah mat delivery depan rumah.  Kenyang aku makan 3 beranak.

Dan last day of holiday, iaitu hari selasa.  Masih di rumah yea.  Habiskan lipatan baju yang aku buat 2 trip lipatan.  Ada trip yea.  Itu style aku.  Hehehe...then aku masak nasi goreng jea. Tapi non ado gambar untuk hari selasa.  That's all for today untuk cerita 4 hari itu.







                                                                                                                      

Wednesday, February 13, 2013

~Mula Bekerja~

Assalamualaikum...
Kembali bertugas setelah bercuti panjang selama 4 hari.  Heaven betul duduk di rumah.  Tak ada stress,tak ada pun perasaan yang tidak baik untuk kesihatan menghantui diri ini.  Poyo kan?

Cuti panjang tak ke mana memandangkan badan tak sihat.  Duduk di rumah bersama anak2 sahaja.  Oh yea, hari nie update guna tab setelah sekian lama tak update guna gadget nie.  Sebab apa?Ntahlah, aku bosan nak update guna tab.  Aku nie memang cepat bosan.  Aku dah bosan aku dah bosan.  Tak ada motif okey.

Hari ini merajinkan diri untuk membuat kerja.  Tengok gambar aku snap.  Itulah kerja yang sedang menanti.  Sekian dulu.

Nota kaki>>>Jangan melarikan diri daripada masalah.  Kita sebagai manusia tidak lepas daripada kesalahan.