Tuesday, July 24, 2012

~Sedondon Bertiga~

baju tidur jea pun yang sedondon tue.  Baju tidur pun nak sedondon kan.  Kejaan akulah nie.  Baju yang aku tak habis jual memang jadi baju anak-anak akulah dan sekarang jadi baju Nayli juga.  mana ada size-size dia orang memang selamatlah.  Daripada terbiar saje baju-baju itu baik aku pakaikan dia orang baju tue.  Aku dah tak larat nak jual baju sebab kekangan masa bila duduk di rumah sendiri.  Sekarang sudah beralih arah dengan hobi baru iaitu baking.  Nantilah bila datang mood berbusiness aku jalankan semulalah.  Buat masa ini biarlah dulu.

So semalam lepas anak-anak aku mandi aku pakaikan baju tido yang sama.  Lepas tue aku suruh adik ipar aku salinkan nayli baju yang sama.  Layanlah peel kakak ipar nie erk.  Hehehe.  Motif suruh salin nak bergambar jea.

Nayli si bam bam.  Bulan nie 23hb genap 4 bulan usia nayli.

Inilah 3 orang cucu-cucu mak ayah aku.

Tengoklah mereka bertiga.  Risaukan ammar tido tepi nayli.  Kang ada pulak kena hempap si nayli tue.  Aku suka tengok budak-budak pakai sedondon.  Kalau boleh adriana dan ammar pun nak sama tapi agak-agakler takkan aku nak suruh ammar pakai gaun macam kakak.  Setakat t-shirt sama bolehlah dan seluar jeans.:D











                                                                                                                     

~Sahur Pagi Tadi~

Pagi tadi bangun sahur pukul 4.50.  Itu pun tersedar bila mesej masuk.  Rupa-rupanya asben mesej.  Nasib aku dengar.  Asben tanya aku dah sahur ke belum.  Aku pun kelam-kabut bangun.  Sebenarnya aku tertidur masa nak tidurkan anak-anak aku.  Biasalah tue kan nak tidurkan anak-anak dulu sekali maknya yang lelap dulu rasanya.  Kononnya lepas dia orang tidur aku nak bangun iron baju keje dan uniform sekolah nana.  Tapi sekali terjaga dah dekat pukul 5 pagi.

Bangun senyap-senyap takut adrianammar terjada tengok ayah dan mak aku pun baru bangun.  Panaskan lauk aje.  Then boleh iron baju.  Memang terus bangunlah terus pi keje.  Kalau tidur balik mahu terbabas.  Sekali time siap-siap nak makan ammar boleh jaga.  Nak tengok gmabar dia pagi tadi??Macam biasa gambar perlu ada.  Sempat usung kamera pagi-pagi buta.  Hehehe...

Ini dia anak teruna aku.  Ammar pun nak sahur jugak.  Lepas tue tak lama si kakak pulak bangun.  Nak susu kata dia.

Inilah anak-anak aku pagi tadi.  Pagi-pagi sudah bangun tanpa dikejut.  Adriana macam biasa menghitung hari.  macam aku pi penang hari tue macam nielah sekarang bila asben tak ada.  Hari-hari dia tanya 'Mama, hari nie hari apa?' Dia dah tahu bertanya bolehlah tanya.  Belum lagi ammar tahu cakap.  Tunggulah esok lusa bila ammar sudah pandai cakap. :D










                                                                                                                         

~Menu Berbuka Hari Ke-3~

Semalam berbuka puasa di rumah mak aku dan aku tido sekali kat rumah mak sebab malas nak berangkut pagi-pagi dari rumah aku.  Kalau dari rumah aku mesti kena kuar awal pagi dalam pukul 6.30 pagi.  Adoi...Memang tak laratlah wei.

Balik keje aku memang singgah rumah dulu tengok rumah dan kemas apa yang patut.  Bawak baju untuk bekalan esoknya pulak.  So semalam lepas dah settle tengok rumah, siram pokok asben di belakang rumah yang asben pesan suruh siram yea aku pun terus pegi rumah mak aku.  Tapi singgah dulu kedai gunting rambut.  Malas nak simpan rambut panjang sebab asyik gugur jea.

Oklah jom tengok juadah berbuka untuk semalam.  Mukadimah aku panjang bebenornya.  Duduk rumah mak tahu makan jea.  Semua dah siap masak.  Tugas aku cuma hidang jea. :D

Tauhu sumbat

Kuah untuk makan dengan tauhu sumbat dan juga ayam. 2 in 1.

 Ayam goreng.

Sandwich sardin.

Sup fishball my feveret.


Dan ini nasi ayam.  Sedap.  Biasalah kalau mak kita masak semua sedapkan.  Air tangan seorang ibu.

Alhamdulillah selesai untuk juadah hari ketiga.  Sahur tadi mak aku tanya aku "Long, hari nie nak masak apa?Along masaklah pulak.  Mak dah tak ada idea." Oh nak pikir nie nak masak apa pulak untuk hari nie.  Korang ada idea tak???










                                                                                                                             

Monday, July 23, 2012

~Awal Pagi Tadi~

Pagi tadi sebelum subuh sudah keluar rumah untuk hantar asben yang nak ke outstation.  Balik jumaat ari tue dan pagi nie balik ke Selangor semula.  Macam biasa bangun pukul 4.30 pagi.  Asben kejut yea.  Selalu aku yang kejutkan dia.  Sekarang aku jadi drebar dia pulak.  Amik dan hantar dia. :D

Siap-siap dan berdukunglah anak-anak aku ke kereta.  Dia orang pun bangun awal pagi.  Ammar dah celik mata pukul 5 pagi tadi.  Nasib tak merengek.  Buatkan susu untuk dia dan dia golek-golek lagi.  Si kakak masih membuta lagi.  Dah settle cek rumah semua kejutkan adriana.  Ammar yang kejut.  Sekali dia lepuk kakak dia pun bangun.  Sopanlah sikit ammar oi.

Dah siap keluar rumah tak sempat subuh sebab asben kena ada kat ayer keroh pukul 6 pagi.  Masa kuar tengah azan lagi.  Dah hantar asben aku pun baliklah nak hantar anak-anak aku pulak ke rumah mak aku.  Kali nie kuat sikit tak ada berair mata.  Hehehe...
 
Asal berhenti kat traffic light mesti amik gambar.  Aku pemandu amatur kena tunggu kete berhenti dulu.  Hehehe..Sampai rumah mak aku dalam pukul 6.30 pagi.  Loading beg anak-anak aku dulu then aku solat subuh sebelum ke kerja.  Keluar awal takut jam.  Itu pun rasa lambat jea sampai ke aku drive slow.  Hehehe..Rasa macam jauh sangat perjalanan pagi nie.

Tengok jam kete aku menunjukkan pukul 6.22 pagi tapi jam kete aku nie cepat sikit.  Itulah kisah aku pagi tadi.  Bangun awal pagi dan dari tadi asyik dok menguap saje.  Sepanjang asben tiada memang semua benda kena berdikari.:(






                                                                                                                         

~Kisah 1 & 2 Ramadhan~

Nak cerita perihal aku berbuka di mana 1 dan 2 Ramadhan yang lepas.  Kami berbuka di luar sebab memenuhi jadual asben yang balik Melaka berhujung minggu.  Dapat jugak aku berbuka posa dengan asben.  Bila asben balik hujung minggu masa itu digunakan untuk berbuka puasa bersama mak mertua dan juga berbuka di rumah family aku.

Untuk 1 Ramadhan iaitu pada hari sabtu kita orang balik ke Pulai iaitu kampung asben sebab mil aku ada di kampung menjaga nenek yang sudah uzur.  Hari tue aku tak dapat nak prepare apa-apa.  Beli makanan siap aje untuk dibawak balik ke kampung.  Keluar rumah jam 3 petang then terus ke Mydin sebab nak beli susu ammar.  Beli 2 ekor ayam yang sudah masak, seekor ayam black pepper dan seekor lagi ayam madu.  Aku sempat shopping tudung lagi kat Mydin.

Sampainya kami di kampung.  Inilah rumah atok dan nenek sebelah asben.

Itulah atok.  Menunggu di luar.  Entah apa yang ditunggu tak tahulah.  Tunggu anak-anaknya balik kot.

Makanan yang sudah terhidang.  tengok tue sape yang sudah duduk menunggu untuk makan.  Ammar dan makanan tidak dapat dipisahkan.:D

Pelbagai juadah untuk 1 ramadhan.  Rezeki untuk hari tue.

Ini apa hal pulak budak nie dok mencangkung.  Ini adik ipar aku yang bongsu.

Anak-anak aku semangat nak makan yea.

Pelbagai air yang terhidang.

Itulah chef-chef di dapur.  Mak mertua aku dan mak uda aka adik ipar mil aku.  Menantunya keje bergambar saje.  Bukan nak tolong!!!Hehehe...

Semalam pulak aku dan asben berbuka di rumah mak ayah aku.  Rumah aku tak berapa ramai orang.  Ada pun mak ayah aku dan adik dan adik ipar aku.  Lepas tue aku dan asben jea.  Jadi tak adalah makanan banyak snagat sebab kang tak terhabis.  Itu pun macam nak pecah perut makan.

Kita orang keluar rumah lepas solat asar.  Mandi, solat dan siapkan anak-anak aku.  Senang sikit sampai rumah mak aku tak payah mandi.  Aku tak masak apa pun sebab mak aku masak perut masak lemak, mee goreng, cekodok dll.  Aku beli ayam golek, buat cocktail sikit dan popia goreng tapi popia au tak berapa nak menjadi sebab??Kulit dia aku simpan dah lama jadi tak nak lekat.  Masuk masterchef memang aku tersingkir.  ;D

Inilah juadah untuk semalam.
Sikit-sikit jadi banyak pulak.

Perut masak lemak dan mee goreng.  Nampak tak popia aku tue dalam tupperware?
Ini ayam golek.  Beli 1/2 ekor berharga RM9.
Ammar asyik makan jea.  Orang belum buka dia makan.  Bila dah buka dia makan lagi.  tak pe dik, mama suka tengok adik makan. :D

Nayli duduk diam-diam yea.  Umi nak makan.

Semalam aku buat koktel lagi.  Masa jamuan hari tue aku tak dapat nak rasa.  So semalam melepaskan hajat.  Ini dah nak habis baru di amik gambarnya.

Itulah kisah aku di awal Ramadhan.  Hari nie aku berbuka kat rumah mak aku tanpa asben sebab asben dah outstation semula.  Kesian kan aku??5 hari nie aku berbuka dan bersahur tanpa asben.  Ada sesiapa senasib aku tak?





                                                                                                                     

Sunday, July 22, 2012

~Asben Balik Rumah!!!~

Hari Jumaat asben balik ke Melaka setelah 3 hari meninggalkan aku dan anak-anak.  Asben kena keje di luar Melaka atas urusan rasmi.  Bertigalah aku berdikari bersama anak-anak.  Aku jadi double tarzanlah sebab masa aku dihabiskan banyak bersama anak-anak. 

Asben sampai Melaka jam 11.30 malam.  Mula-mula dari office aku balik rumah dulu.  Tapi hari tue aku half day sebab ada urusan yang perlu aku selesaikan.  Sudah selesai aku balik ke rumah aku dulu dan anak-anak aku tinggal di rumah mak aku.  Aku siapkan apa yang patut dan kemas rumah!!!Dari balik kursus di Penang rumah tidak berkemas.

Settle keje rumah dan sempat jugak aku bergolek-golekkan seorang diri.  Menegang-negangkan otot dan urat.  Hehehe.  Dalam pukul 9.30 malam aku keluar rumah untuk ke rumah mak aku sebab asben aku kata dia sampai lambat sebab jammed.  Cadang aku kalau asben sampai awal aku jemput dia dulu baru amik nanammar.  Tapi sebab lambat aku ke rumah mak aku dulu.  Berdoa jea dalam hati semoga dipermudahkan.  Yelah, cuak jugak kuar malam-malam sorang diri.

Tunggu panggilan daripada asben aku sampai tertido-tidolah aku kat rumah mak aku.  Masa tue dah pukul 11 malam.  Ammar pun macam nak lelap jea.  Dalam 11.20 malam asben telefon suruh aku gerak.  Aku bagai lipas kudung loading semua barang dalam kete.  Nasib duduk kat rumah mak ada jugak mak tolong aku.  Kalau dari rumah aku mahu berposak sorang diri.

Sampai di office asben di Ayer Keroh dalam pukul 11.45 malam.  Aku agak-agak jea sebab aku tak tengok jam pun waktu nie tapi aku tahu waktu tue memang sudah pukul 11 lebih malam.  Drive kereta pun slow aje sebab malam risaulah jugak.

Lepas jemput asben di Ayer Keroh, asben ajak makan sekali.  Makan sahur sekali gamaknya.  Kang pukul 5 pagi bangun minum air jea sebab dah makan berat.  Kita orang singgah makan dulu di Restoran Berkat Salam berdekatan dengan rumah kita orang.

Aku order Nasi Goreng Tom Yam.

Asben pulak order nasi goreng paprik.

Inilah wajah kesayangan aku yang sedang makan setelah 3 hari tidak berjumpa.  Ammar makan kentang.

Ada set hidangan untuk keluarga.  Time berbuka boleh makan kat sini tapi waktu hari bekerja aku berbuka tanpa asben sebab asben balik hujung minggu saje.

Esok pagi-pagi lepas sahur aku kena hantar asben ke tempat kerjanya sebab dia orang kena bertolak jam 6 pagi dari Melaka sebab kena sampai Subang pukul 9 pagi.  Untuk 5 hari ini aku akan berbuka di rumah mak aku atau aku balik rumah aku.  Sedih kan???Rindu-rinduanlah kami lagi.

Sekian...