Monday, November 15, 2010

~Adriana dan Papa~

Seperti biasa kalau hujung minggu tue mana lagi nak pegi kalau tak bawak adriana pi jalan-jalan.  Kalau tak keluar sehari tue adriana dok tanya aku "Mama tak jalan?" kadang asben aku sibuk dengan cendawannya.  Jadi aku yang tak mahir memandu nie hanya bertapa di rumah bersama adriana.  Nasiblah aku dok sekali dengan mak aku.  Kalau aku berdua mahu kami kebosanan tahap melampau.

So last 2 weeks aku bawak adriana pi jusco..kat sini jealah tempat yang tak payah berpanas yea yang boleh aku bawak dia..macam puteri lilin plak..oh cite da 2 minggu baru nak story dlm blog kan??tahap kemalasan yang melanda menjerumuskan aku berbuat sebegini rupa..

Okalah jom layan aktiviti adriana bersama papanya..papa pulak layan anak yea..mama da seharian suntuk melayan si kecik nie..

adriana memang minat main benda nie
papa yang over nampak
naik yang ini pulak
akhirnya aku berjaya mengikat rambut adriana tanpa dia membukanya
adriana tak mau kuar dari tempat nie..

Note>>Mana tempat yang best nak pi time hujung minggu..dalam Melaka jea..tak ada idealah

Thursday, November 11, 2010

~Patutkah Aku Membelinya Sebagai Suatu Permulaan?~

Aku memerlukan pendapat2 daripada korang yang ada pengalaman pasal breastfeeding nie.  Sejak pregnant 2nd baby aku sudah menanam azam untuk breastfeed anak aku nanti.  dulu masa adriana sempat jugak BF tapi tak lama dalam sebulan jea...mungkin disebabakan aku kurang pengalaman mengenai susu ibu nie dan kurang mendapat pendedahan sepenuhnya mengenai BF nie....

kadang rasa terkilan jugak sebab adriana tak sempat nak bf lama...kesian adriana..maafkan mama yea adriana..(sedih plak tetibe) Jadi, kali nie aku memang menanam azam yang sangat tinggi untuk BF, yang penting aku perlukan sokongan yang kuat daripada asben aku dan orang-orang disekeliling aku.  Doakan aku yea kawan-kawan agar hasrat aku tercapai.  InsyAllah...
So, aku da pun mula mencari maklumat-maklumat serta informasi mengenai BF.  ada jugak yang aku tanya kawan-kawan blogger aku yang BF kan anak-anaknya..Sangat teruja bila tengok. 

Sebagai permulaan perlukah aku membeli breastpump sebagai alternatif aku untuk BF? Pump yang mana satu patut aku beli?Manual atau Elektrik?Aku sangat2 bingung memikirkannya.

Manual Pump
Elektrik Pump

Ramai kawan-kawan aku suggestkan untuk beli yang elektrik.  Katanya mudah dan senang.  Kalau tak rajin dan tak kuat semangat baik guna yang elektrik. 
So, apa pulak pendapat korang?

Note>>Sedang pening memikirkannya..aku harap supaya aku beli akan dapatkan hasil yang berbaloi pada anak aku kelak..

Wednesday, November 10, 2010

~Kisah Adrianaku~

Ermm..tak tahu nak letak tajuk apa dan aku tak tahu nak update apa..bila sign in aku just tekan new post tapi tak tahu nak post apa...i have no idea...:-(
padahal ada macam-macam benda yang aku nak ceritakan..

ini masa last weekend bawak adriana bermain-main di Jusco..sekarang adriana da pandai mengajak aku dan papanya jalan.  pantang kalau aku nak mandi ke, salin baju ke mesti ini persoalannya..
"Mama, nak jalan?" sekarang pun kalau time aku kerja, mak aku cite adriana mesti ajak jalan.

adriana memang suka berjalan-jalan.  memang suka kalau dibawak berjalan-jalan.  pantang sesiapa ajak mesti dia ikut.  kadang dia ikut adik aku, ikut mak aku, ikut mil aku..tak kisah dia dengan sesiapa pun janji bawak dia berjalan..

Apa lagi jom layan gambar anak daraku sewaktu dibawa bermain-main di Jusco.  Adriana memang suka kalau bawak pi Jusco.

Inilah aktiviti adriana waktu hujung minggu.  tak tahu nak bawak pi mana

bila benda nie gerak takut pulak..dok terjerit-jerit nak kuar..
lama-lama baru ok

kenderaan kedua yang cuba dinaiki olehnya..
da ok semua nak dicubanya



yang ini pulak..bersemangat adriana memukul buaya2 yang kuar...

pukul..pukul..pukul...

Note>>Adriana bosan belum ada kawan...tiga bulan jea lagi adik nana kuar yea..Insyallah..AMIN

Saturday, November 6, 2010

~Happy Birthday To My Brother~

5 NOVEMBER 2010

Hari ini genap 25 tahun usia adik aku..aku ada sorang adik jea..kami just 2 beradik jea..Jadi haruslah kami sepakat adik beradik..betul tak???rasanya belum pernah aku citekan dalam blog aku nie mengenai adik aku..hehehe...

Apa-apa pun, kakak ingin mengucapkan


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE.....


25 TAHUN....


Dan yang inilah rupa adik aku...Macho tak??serupa tak muka kami??

UCAPAN :

  • SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-25 TAHUN
  • SEMOGA DIPANJANGKAN USIA
  • SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
  • JADILAH SEORANG INSAN DAN ANAK LELAKI YANG BERGUNA KEPADA KELUARGA...:-)
Note>>Aku da buat entry nie sebelum birthdaynya tapi ada masalah tak dapat nak post..sebab masa nie aku buat dekat opis...

Wednesday, November 3, 2010

~Ibuayahdamia Vacation With Kids Giveaway~

**STICKY MODE UNTIL 7/11/2010**


Jom join...Klik di banner...

Contest bermula dari 1/11/2010 - 7/11/2010

~Sudah Tukar Uniform~

Usia kandunganku da pun masuk 5 bulan lebih..cepat jea masa berlalu kan??tup tup nanti da bersalin.  kali nie aku bertukar uniform seawal perutku 5 bulan..sebab kain baju kurung aku da tak muat..so untuk menjadi selesa aku kenalah pakai maternity dress.  aku lebih suka pakai maternity dress nie..sebab lagi selesa.  tapi setakat kat luar aku just pakai biasa jea..ini hanya di ofis jea..

masa aku pregnantkan adriana, aku tukar uniform masa kandunganku 6 bulan lebih.  kali nie perut aku nie besar agaknya.  patutler nurse kata masa 4 bulan tempoh hari dia kata "perut awak nie besar dari usia kandungan"  aku pun risau gak..baby aku nie besar ke??janji anak mama sihat dan sempurnanya.

Ini gambar aku masa pregnantkan adriana.  masa nie tahun 2007.  sangat2lah tembam kan?
apa yang aku harapkan agar semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.  semoga dipermudahkan semua hal.  InsyAllah..AMIN...

Sekian...