Tuesday, May 4, 2010

~Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid~

Hari nie ada Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid di jabatan aku.  Aku sudah semestinyalah tidak masuk Pertandingan Nasyid tue.  hehehe...tapi ari nie kaum wanita di ofis aku semua berpakaian sedondon yea..sehati sejiwa buat pertama kalinya semua mahu berpakaian sedondon.  oklah tue kan??baru ada semangat nak bertanding.  merasa gak aku dapat berpakaian sedondon dengan rakan sekerja.  selalunya tengok ofis orang lain jea.  kalau tak amik bahagian tak de lah bahagian untuk dapat bahagian baju 'FREE'.  tapi kali nie masing-masing sanggup mengeluarkan duit untuk membeli baju sedondon nie.  aku suka!!aku suka!!kain baju nie bukan beli dekat Melaka yea..siap beli kat Jalan TAR.  my ofismate yang pi beli.  kain tak cukup siap pi lagi ke KL.semangat yea..syok sesekali dapat pakai baju sedondon nie..

Jom layan jea gambar di bawah nie.  malas nak cite panjang-panjang...


L-R: CC Noraini, Aku & Cik Sya
Masa nie kita orang dekat ofis lagi.  sedang bersiap-siap untuk ke
RBL (Rumah Budak Laki-Laki).

  Kak Yatt dan Cik Sya

CC dan Kak Yatt

Aku dan CC
Inilah sebahagian peserta daripada ofis aku
Vogue gitu!!!

Ini pulak gambar sepanjang pertandingan nasyid berlangsung. 
Jom kita layan pula gambar di bawah.



Gambar di bawah peserta dari ofis aku.  inilah mereka-mereka yang menyertainya.
sedap suara penyanyi solo.


Selesai sudah persembahan.  sebelum pulang mesti bergambar dulu.
aku mesti bergambar beramai-ramai.  tapi bukan senang nak berkumpul ramai-ramai kalau tak ada apa-apa majlis dan bukan senang nak tengok aku di mana-mana majlis jabatan.  hehehe...boleh ek cam tue??


Nak jugak aku tunjukkan zaman kegemilangan aku semasa masuk nasyid tahun 2007.  itu 1st and the last kot aku masuk.  pas tue tak masuk apa-apa lagi da.  masa tue orang kat ofis aku tak ramai.  jadi, nak tak nak kenalah melibatkan diri gak.  nak jugak aku tunjukkan gambarnya.  nanti orang kata aku tak pernah serta apa-apa bahagian pula.  hehehe...

*
*
*
*
*
*
*

Inilah gambarnya
aku sebelah kanan sekali. 

Sekian.....

Monday, May 3, 2010

Kasih sayang mengikut bulan lahir

Kasih sayang mengikut bulan lahir........

Aku lahir bulan 6.  nie antara kasih sayang mengikut bulan lahirku..

Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik..
- Dahagakan pujian dari pasangan.

Inilah antaranya mengikut bulan kelahiran aku...

1) Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan
-pandai ke aku menjaga hati suamiku..pandailer kot...

2) Sukar melukai dan memahami hati pasangan
-aku sangat2 memahami hati suami aku...hehehe..lawak jea.

3) Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih
-jatuh hati dengan suami ler kan...

4) Cerewet dalam hubungan
-oh...kadang aku memang cerewet jugak kot.

5) Selalu beremosi
-aku memang selalu beremosi..cepat terasa

6) Mudah merajuk dan mudah di pujuk
-aku memang kuat merajuk dari kecik da mcm nie..senang jea nak pujuk aku

7) Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang
-oh ini semestinya...

8) Elok untuk menjadi Ibu yang baik
-mudah2an...InsyAllah

9) Dahagakan pujian dari pasangan
-oh...nie no komen yea..:-)

Sesiapa yang nak tahu kasih sayang anda mengikut bulan lahir bolehlah tengok dekat bawah nie..aku ada postkan dari bulan Januari hingga Disember...

Januari

- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh
bila melakukan kerja

------------------------------------------------------------------
Februari

- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

----------------------------------------------------
Mac

- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangantan pa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

-----------------------------------------------------

April

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

----------------------------------------------------------
Mei

- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

----------------------------------------------

Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik..
- Dahagakan pujian dari pasangan.

--------------------------------------------

Julai

- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

-------------------------------------------------

Ogos

- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

--------------------------------------------------

September

- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

------------------------------------------------------
Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

----------------------------------------------

November

- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan..

---------------------------------------------------

Disember

- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

~Kena Block~

Sekarang nie Facebook dan Blogger aku da tak boleh guna di ofis.  da kena block.  time rehat pukul 1 hingga pukul 2ptg jea akan di'on'kan.  dan masa nak balik pukul 5ptg baru boleh guna.  so, aku ada masa satu jam masa rehat dan setengah jam masa balik sampai 5.30ptg sementara nak tunggu asben aku sampai.  tapi kalau nak baca blog-blog tue bolehlah cuma aku tak boleh nak tinggalkan komen atau jejak di shoutbox.  nie yang sangat menyedihkan sebab aku jarangler nak update story di blog.  masa aku hanya di rumah.  kalau kat rumah amat terhadlah.



so, pada kawan-kawan yang meninggalkan komen di post aku sorrylah kalau aku lambat membalas komen anda semua.  aku nak baca komen korang pun tak boleh.  time rehat jealah yang dapat aku baca.  kalau sesiapa meninggalkan pesanan di shoutbox memang langsung tak dapat baca.  aku harap janganlah serik menyinggah di blog aku yang tak seberapa ini.  aku selalu harap kawan-kawan sentiasa singgah di sini yea..

Note: Sedih yang amat sangat...baru nak jadi seorang blogger yang tegar

Sunday, May 2, 2010

Nak tersenarai Blog List BEN ASHAARI

IMITED EDITION


Nak gak tersenarai..rasanya da ramai yang da join dulu..tak pelah.  saje suka-suki

1 ) HEADER BLOG BEN ASHAARI
DONE
2 ) Berapa lama dah berblog
APRIL 2009
3 ) Sehari berapa entri ?
Paling kurang DUA

Ini untuk BLOGGER yang AKTIF sahaja!!!
AKTIF ke aku nie??? :-)

Dateline :
2 Mei 2010 jam 12.00 tengah malam

~Jumpa Jue~

Hari nie labor day..rugi jatuh pada ari sabtu.  siangnya tak keluar kemana-mana sebab asben ada keje di rumah cendawannya.  jadi, aku dan adriana hanya melepak di rumah sahaja.  tapi ari nie da janji dengan seseorang untuk berjumpa.  Siapakah itu????aku da janji nak jumpa JUE.  so, menunggu panggilan daripadanya.  aku da suruh asben balik awal sebab aku kata nak jumpa dengan JUE.  asben sampai rumah dalam pukul 3ptg.  nak kuar awal macam malas sebab memang cuaca sangat panas.  adriana pun tidur.  JUE tue pun masih berjalan-jalan di Jusco baru.  pas tue katanya hendak ke Mahkota Parade.  oklah tak pe, aku sms kata jumpa malam jealah.  pi makan-makan boleh lepak lama sikit.  selalu jumpa kejap-kejap jea.  so, janji di kedai asam pedas belakang Hotel Straits Meridian.  katanya nak makan 'Roti Terbang'.  aku pernah makan sekali kat kedai tue.  aku boleh tanya kat mana kedai 'Roti Terbang' tue??buat malu jea...hehehe

kami keluar pas maghrib.  kami sampai dulu sebab rumah aku dengan kedai makan tue tak jauh.  JUE pun dari MP memanglah jammed.  kat sana kalau hujung minggu memang jammed teruk.  jadi aku tunggu dalam kereta sementara menunggu JUE, asbennya dan iman sampai.
masa kami menunggu kedatangan JUE...
adriana tunggu kawan nak datang..asyik dok kata 'wan, nana'
(maksudnya kawan nana-bahasakan dirinya nana)
aku dan asben

Kami makan asam pedas.  gambar masa makan tak amiklah.  tak tahulah kalau JUE ada amik.  aku makan nasi.  JUE hanya makan 'ROTI'.

Inilah gambar kami.  Akhirnya setelah jumpa sebanyak tiga kali baru dapat bergambar.  Iman da masuk kereta sebab iman da ngantuk.  jadi kami bertiga jealah yang bergambar.



Ini jealah kisahnya.  Nanti kita jumpa lagi yea.  Seronok sangat dapat jumpa JUE.

Note: Teringin nak jumpa kawan-kawan yang lain.  Sesiapa datang Melaka inform lah yea.
Tapi aku nie pemalu...hehehe..Tapi kalau da kenal lama banyak cakap jugak aku nie.

Thursday, April 29, 2010

Orang Ikhlas Itu Tertindas????

Cerita kat bawah nie aku dapat kiriman email daripada seseorang teman di tempat kerja aku..boleh dijadikan sebagai panduan kita bersama supaya mendapat keberkatan dalam hidup kita.  Kadang aku terfikir kenapalah orang yang selalu mengelak kerja senang jea perjalanan kerjanya..tapi bila da baca cerita nie aku tak naklah pertikaikan.  Memang kadang terasa bila dekat ofis orang kaki ampu nie selalu dapat backup dari bos.  Mesti bos akan backup kata dia nie banyak kerja dan perluykan pertolongan semua orang.  Padahal kita yang tunggang-langgang nie bos tak pernah nampak pun.  Biasalah kita sebagai manusia kadang hilang jugak kesabaran. tapi tak per..kenalah jugak bersabar...sebab aku mencari rezeki untuk anak dan menmbantu suami.
BACALAH KISAH DI BAWAH INI...

..Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini men gin gatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analo gin ya be gin i. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana per gin ya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?.. .....petikan dari Genta Rasa.