Selamat berhari minggu. Hari ini aku kerja dari rumah. Pagi-pagi sudah melangut depan komputer sebab ada kerja yang bos suruh buat. Mujurlah kat rumah ada komputer. Kalau tidak macam mana nak bekerja dari rumah.
Sekejap saja sudah memasuki 8 Syawal 1441. Syawal yang paling ringkas sepanjang hidup dan syawal dalam sejarah kehidupan sendiri yang aku tak balik beraya dengan mak ayah. Sepanjang 37 tahun inilah pertama kalinya menyambut Syawal bukan di tempat sendiri.
Syawal pertama kami yang hanya disambut empat orang di bumi JB ini memang mengundang pelbagai rasa. Aku dan anak-anak yang tidak keruan. Suami aku dapat rasa juga dia tidak keruan tapi lelaki biasalah. Mana tunjuk.
Baiklah, dimulakan dengan cerita pagi raya. Macam biasa bangun dan bersiap. Mandi sunat dan solat subuh. Aku yang tidak pernah bersolat raya kali ini dapat bersolat raya. Ada hikmah juga untuk Syawal ini. Selalunya sibuk nak bersiap macam-macam benda.
Syawal kali ini lebih menenangkan sebab hanya perlu menyiapkan untuk diri sendiri dan keluarga saja. Selalunya pagi raya dah bersiap nak terkejar-kejar pergi rumah mak-mak mentua. Tahun ini hikmahnya begini walau hati sebak tidak dapat beraya di Melaka.
Kami di pagi raya.
Sesi bersalaman.
Ammar salam papa pula.
Macam biasa bergambarlah kami. Mujurlah beli bean bag adalah tempat nak dijadikan tempat bergambar. Di sebalik langsir tu baju suami tergantung.
Kami empat beranak.
Papa dan anak-anak.
Berswafoto kami.
Mama dan Dak Nana.
Mama dan Ammar.
Selesai bergambar dan merekod video untuk video raya, kami mulakan dengan sesi video call pula. Video call biras aku yang ada di rumah mak mentua.
Bergambar juga walau dari jauh.
Kemudian bervideo call dengan keluarga aku.
Sambung lagi bervideo call dengan sepupu-sepapat aku dan anak-anak buah yang ada kat Melaka, Bangi dan Gombak. Walau jauh masih tetap terjalin. Biar jauh namun hati masih tetap bersatu.
Begitulah cerita Syawal kami yang serba ringkas. Alhamdulillah. Bersyukurlah kita walau Syawal disambut sebegini kita masih dapat menatap orang-orang yang kita sayang. Oh ya, gambar mak tak ada. Mak tak bersiap pun. Adik ipar cerita mak sedih. Dia kata tak raya tahun ni. Aku faham perasaan mak. Pertama kali aku tak balik. Berayalah mak dengan adik.
Sekian.
Salam pena,
Fyda Adim
2 comments:
SELAMAT HARI RAYA!!! bestla entry ini.. done follow u, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/
salam, kawan kawan dah banyak tak da
Post a Comment