Macam biasalah bila blog terabai. Itu bermakna sama ada diri dilanda mood kemalasan atau punkesibukan menguruskan rutin harian. Memang sibuk tapi masih terkawal. Sebenarnya aku sedang mencari mood untuk kembali menyiapkan manuskrip aku yang terbengkalai. Hampir dua minggu juga aku peramkan manuskrip tersebut. Sekarang santai-santai baca novel.
Novel apa?
Novel bertajuk Ketika Cinta Jatuh Kepadaku. Karya Faizah Mohd Noh terbitan Fajar Pakeer. Dari cuti minggu lepas aku sudah mula membacanyadan sekarang hampir ke penamatnya. Ada beberapa helai mukasurat saja lagi mahu sampai kepada perkataaan ‘tamat’.
Penulisnya, kawan alam maya aku. Kami selalu berwhatsapp dan komen di laman muka buku. Masa dia terima maklumbalas mengatakan manuskripkan berjaya dan lulus terbit dia hantar whatsapp pada aku.
Tumpang gembira. Menyokong industri buku dan juga menyokong penulis-penulis Malaysia. Kami pernah bersama menulis dalam dua buah buku antologi.
Inilah novelnya yang sedang aku baca. Nanti selesai aku buat review pula.
Di samping membaca, aku juga menonton. Ya. Terjebak menonton drama Melayu setelah sekian lama juga tak mengikuti mana-mana drama secara serius. Hah gitu. Ini semua hasil termakan ‘racun’ kakak kastam jiran aku kat Melaka. Makanyaaku terjebak menonton drama Sweet Dreams. Lakonan Ben Amir dan Mira Filzah.
Mira Filzah memang aku minat dia berlakon. Ben Amir tu aku tak pernahlah minat tapi sekarang aku minat dengan lakonan dia dalam drama Sweet Dreams. Hahaha. Fans curang. Kejap dok minat Syafiq Kyle. Kejap minat Remy Ishak. Minat pun semuanya selagi lakonannya mantap.
Mira Filzah memang aku minat dia berlakon. Ben Amir tu aku tak pernahlah minat tapi sekarang aku minat dengan lakonan dia dalam drama Sweet Dreams. Hahaha. Fans curang. Kejap dok minat Syafiq Kyle. Kejap minat Remy Ishak. Minat pun semuanya selagi lakonannya mantap.
Lakonan mereka bolehlah masuk walaupun dalam drama ni Mira Filzah bisu.
Buat masa ini, dua perkara yang aku buat untuk hilangkan stres.
Membaca.
Menonton.
Mahu kembali menulis. Ada projek menulis yang perlu disiapkan untuk kejar deadlinenya. Semoga dipermudahkan urusanku.
Sekian
1 comment:
Selamat menonton dan mengulat buku
Post a Comment