Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.
Hai semua.
Selamat pagi. Selamat berhujung minggu. Semoga hujung minggu anda diisi dengan momen-momen indah bersama keluarga. Jangan ada yang terobek. Hujung minggu inilah selalunya nak diisikan masa bersama keluarga, melakukan aktiviti yang digemari, dan sebagainya. Hari ini dah 29 Syawal. Cerita Syawal belum lagi habis ditulis. Tajuk entri tak mahu kalah.
Hari ini sedaya upaya akan aku titipkan di blog ini sebagai kenangan dan rujukan akan datang. Mana tahu tahun depan aku dan laki aku bertekak tahun ni pakai langsir yang mana satu. Aku tunjukkan aje blog ini.
Syawal kedua tempoh hari, kami sekeluarga menerima kedatangan mantan Pengarah Kastam Melaka. Dato ni baik dengan suami aku. Dulu selalu bersantai bersama. Kawan suami aku. Aku tak ada kawan dato-dato ni. Kakak kerani mana taraf nak kawan dengan dato. Hahaha. Kebetulan masa tu masih ada lagi ketupat dan lauk-pauknya. Aku masak nasi sikit kemudian goreng spageti. Hari raya makan spageti. Ko hado?
Lauk-pauk hari tu.
Dato dan datin nak datang aku tukar ke pinggan semenggah sikit.
Itulah dato dan datin. Sebelah sini bukan dato. Bakal menjadi datuk aje. Kah...
Laki aku berswafoto dengan dato. Aku dapatlah bersembang dengan datin. Segan jugak tapi datin peramah.
Lepas dato dan datin pulang, kami keluar beraya. Memang plan mahu balik kampung laki aku.
Jumpa atok laki aku. Dia sekarang sudah uzur. Kesian atok.
Kemudian beraya rumah mak uda laki aku. Dia masak asam pedas ikan duri.
Singgah kejap rumah mak aku amik mak aku. Sebab esoknya, 3 Syawal sepupu-sepapat aku dari JB nak datang.
Hidangan malam masih sama.
Anak-anak buah aku sesi pertama datang beraya. Sebabnya anak buah yang nombor dua nak balik Kelantan esoknya. Jadi dia orang singgah dulu rumah aku. Kak Long dia orang belum balik. Tahun ni beraya dengan keluarga mentua dulu.
Gaya si laki-laki.
Ini pula gaya si pompun-pompuan.
Begitulah coretan aku untuk 2 Syawal. Dapat bertemu dengan mereka adalah momen yang indah. Terima kasih pada yang sudi datang ke teratak kami. Semoga apa yang terkurang dalam layanan tidak disimpan dalam hati. Itu khilaf kami. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
2 comments:
Dh 29 Syawal hari ni.
Esok last raya.
Alhamdulillah. Apen, Fyda, dak Kak dan Dak Adik adalah Rakan Keluarga yg baik. Maaf dtg beraya cara mengejut dan sudi terima kami yg dtg dr Kelana Jaya. Mereka Keluarga yg bahagia semiga Allah menyejahtera keluarga ini dgn kebahagian hingga ke Jannah.
Post a Comment