Wednesday, July 13, 2016

Kembali Dengan Tugas Hakiki

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Baru timbul di sini setelah seminggu menyepi, Kesibukan diri mengatasi untuk menitipkan kata-kata di sini. Kebuntuan pun ada juga. Asal memasang niat mahu menulis, banyak sangat dugaan yang mendatang. Sudahnya lupakan saja niat murni itu.

Cerita banyak. Gambar pun lagilah banyak. Macam-macam mahu dikongsikan di sini. Kisah hujung-hujung Ramadhan masih ada lagi yang belum dikongsikan di sini. Aku sudah mula naik kerja isnin lepas. Dengan perasaan longlai aku gagahkan diri juga ke pejabat. Isnin tu aku masih lagi bersantai ke pejabat. Belum buat aktiviti berlari-lari anak dalam rumah. Tuan Fendy masih lagi bercuti. Semalam sepenuhnya aku kembali memikul tugas hakiki sepenuhnya. Asben sudah mula kerja.

Raya? Raya macam biasa. Bersederhana dari setiap segi. Gambar raya menimbun. Pening nak tengok. Dalam DSLR lain, dalam telefon bimbit lain. Jenuh nak pilih masuk blog.

Perjalanan aku ke tempat kerja hari pertama mula bekerja setelah sembilan hari bercuti. Seronok duduk rumah. Cuti lama sangat mulalah macam-macam perasaan menghantui bila kena kerja.

Akhir kata, rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog ini. Tak kiralah pembaca tegar ke, kurang tegar ke tak berapa nak tegar ke. Mohon ampun dan maaf andai aku ada tersilap kata dalam penulisan aku di sini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Acuyuhan said...

hi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)