Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat pagi. Salam 23 Ramadhan. Maknanya berbaki 7 hari saja lagi kita mahu sampai ke penghujung Ramadhan. Pasti suasana ini dirindui. Rasa sedih menyelubungi diri apabila Ramadhan kian sampai ke penghujung.
Dua minggu lepas asben ajak kami pergi membeli-belah baju raya untuk anak-anak. Anak-anak aje. Aku pakailah apa yang ada. Malas nak fikir sangat. Raya pun yang paling teruja adalah anak-anak. Zaman aku dah lama berlalu.
Kiri kanan pegang beg. Dah dapat baju, dua-dua tak nak pimpin maknya. Berjalanlah mak seorang diri di belakang.
Pilihan aku pula semestinya cheese nan bersama ayam tandoori. Sedap sekali. Begitulah kisahnya. Persiapan yang ala kafar. Tidak berlebih-lebih supaya tidak membazir. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
anak2 dara aida baju kurung aje, fida.
sebab diorang sentiasa aida beli kan seluar and shirt.
memasing tinggi kejap ajer, so cepat senteng :(
ijat plak aida da selamat soping kan baju seluar dia before puasa ari tu.
50%- 70% diskaun kat jusco.
alhamdulillah...
Post a Comment