Monday, February 2, 2015

~Sambutan Hari Lahir NanAlya~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Selamat kembali bekerja di hari isnin. Moga permulaan hari yang baik-baik aje. Dua minggu lepas, hari jumaat kita orang balik rumah MIL. Berkumpul di rumah mak mertua aku sebab ada buat makan-makan sikit.

Biras aku, Kathy buat majlis untuk anak daranya Alya yang genap enam tahun. Alya berkongsi bulan kelahiran dengan Adriana. Cuma tarikhnya sahaja yang lain. Jadi sambutan diraikan di kalangan keluarga sahaja.

Menu untuk malam hari itu.

Kek untuk dua orang anak dara.

 Bersiap untuk tiup lilin. Ammar tersengih aje.

Memberi laluan untuk kanak-kanak ribena makan dulu.

Aku melayan baby baru. Sudah kekok. Empat tahun tak pegang baby. Hahaha. Mak ngah geram sungguh. Pak ngah jual mahal tak mahu dukung awak kan. Itu sahaja cerita aku untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



1 comment:

adianiez AIDA said...

pak ngah tu memang sombong selalu ha ha ha...