Friday, February 6, 2015

~Redha Dengan Sesuatu Yang Mengecewakan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang. Sambil menaip mulut mengunyah coleslaw. Bos belanja makan KFC sebab kemas bilik fail. Alhamdulillah. Rezeki. Tadi angkat kotak, pinggang sudah terasa sakit pulak. Huhu. Balik ni mahu sapu yoko-yoko.

Tertarik dengan kata-kata mengenai perihal redha. Redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita. Pasti semua orang pernah melalui saat ini. Dikecewakan, terkecewa, mengecewa dan lain-lain. Saat perasaan kecewa itu menyelubungi diri memang lemah seluruh tubuh. Hanya Allah yang maha mengetahui perasaan ini. Betul tak?

Tapi percayalah di sebalik kekecewaan yang kita lalui, pasti akan ada kemanisannya kelak. Mungkin ada yang lebih Allah berikan pada kita. Sentiasa berdoa untuk mengubatkan rasa kecewa kita itu.Moga kita semua diberikan kekuatan untuk menempuh jika diberikan saat-saat melalui kekecewaan. InsyaAllah.

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



2 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

salams ida,

happy birthday, kak mieja doakan pjg umur murah rezki dan sentiasa dalam lindungannya, amin:)

adianiez AIDA said...

redha...
ikhlas...
ada hikmah d sebalik segalanya.
Allah lebih tahu.