Thursday, February 14, 2013

~Sebab Fahrin Ahmad Lagi~

Hah...Tajuk nak good good jea kan.  Sila jangan poyo.  Inilah akibatnya kalau terlebih makan jadi cam akulah.  Hehehe...Korang dah lunch tak?Aku dah makan nasi goreng lebihan mesyuarat.  Makan free lah lunch ini.

Ok berbalik kepada tajuk di atas, kalau dulu sibuk dengan drama bersiri Adam & Hawa, kini beralih arah ke drama ini pula.  Slot Akasia yang ditayangkan jam 7 malam.  Drama bertajuk Rindu bertamu di Abu Dhabi.  Sebab???Kena yea ada sebab...Sebabnya ada pelakon pujaan aitu Fahrin Ahmad!  Oh suka tengok dia berlakon.  Mira mokhtar sila jangan muntah ijo yea..

Last sekali rasanya drama yang aku ikut masa Seindah SakuraMemang aku mengikuti drama tue episod demi episod.  Apa-apa pun ini hanya meminati yea.  Tidak ada lebih mahupun terkurang.  Peace yo!!  

  Sinopsis Ringkas:

Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Aiman Hakim Ridza sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Aiman Hakim Ridza menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula? Saksikan drama yang penuh dengan konflik kekeluargaan dan cinta ini dalam Slot Akasia TV3.


Dan hari apa erk aku dah lupa sempat juga aku menonton drama bertajuk Cinta Burj Khalifah.  Sebab F.A jugak walaupun scene dia sikit pun tetap tengok.  Yang penting drama nie memang membuatkan aku ketawa seorang diri.  Buka gila yea.  Sudah aku jea yang layan drama nie sensorang.  Geli hati tengok lakonan Rozita Che Wan, Nor Khiriah dengan Tasha Shila.  Memang best..

Ini antara pelakon dalam drama Cinta Burj Khalifah.
 
Selitkan sekali gambar pelakon pujaan..Huahuahua...Buat my lovely SIL jangan lupa tengok petang nie..Kami sama-sama meminati jejaka di atas.  Sekian dulu sebab loceng punch card sudah menjerit!!!Till then..







                                                                                                                 

4 comments:

Unknown said...

oh fahrin ahmad...harusla tgk...hihi...over ye...myra ira mohktar sila jgn jelezzzzzzz......hikhik

Anonymous said...

amboi2... admire Fahrin ni yew... stil available lg tu

:: CIKVIVA :: said...

same la dulu satu rumah follow cite seindah sakura tu..sampai skarang suke dgn OST seindah sakura tu..walaupun officemate sume tak tengok sebab emo dgn fasha...ntah pape..

Cho Zila said...

akakpun tengok... suka gakler FAtu sebab lakonan dia boleh tahan orangpun hensemkan...
rasanya produksi yang sama sebab pelakon hampir samakan..