Memandangkan asben keje, haruslah aku redha. Redha ke pasrah?Uwahhhh. Orang lain berjalan sakan aku hanya di rumah. Sebab tak sihat nak ke rumah mak pun aku tak sampai. Cuba sihat mahu panjang langkah. Sediakan wang saja.
Oklah, mari tengok sedikit aktiviti aku dan anak-anak sepanjang empat hari.
Hari sabtu laki den cuti. So tengahari aku ajak keluar. Malas nak masak punya kes. Aku ajak makan luar. Kebetulan nak cari telekung baru untuk adriana.
Makan kat fast food. Anak-anak aku sibuk bermain.
Sampai tak ingat nak makan.
Kita orang makan nie jea.
Kemudian bawak nana pi gunting rambut. Tengok rambut dah macam kak limah. Dah panjang tak nak beringat pulak.
Akhirnya, maknya terpaksa jugak bawak nana pi gunting rambut. Sayang sebenarnya nak gunting sebab rambut adriana nie lambat panjang.
Mamat nie tercengang jea. Kalau dia yang gunting mahu melalak.
Ambil gambar nana. Aunty nie tengok jea masa aku pegang kamera. Aunty, mau amik gambar masuk blog ma. Kata dalam hati jea. Settle!!Rambut nana dah pendek. Lepas nana gunting rambut, balik rumah mak kejap. Mak kata mak masak bubur cha cha. My favourite. Haruslah makan.
Ini dia hidangan untuk hari ahad. Laki den request nak makan nasi
lemak. Gigih bangun pagi terpisat-pisat kat dapur memasak nasi lemak
sebab kena masak cepat. Hari tue asben aku balik dari keje malam. Dan
hasilnya..nasi lemak kasih sayang. Hehehe..Ini semua poyo. Petang tue
keluar kejap pi mydin pula. Nak cari telekung nana lagi sebab semalamnya tak jadi pun memandangkan ammar sudah tidur.
Dan last day of holiday, iaitu hari selasa. Masih di rumah yea. Habiskan lipatan baju yang aku buat 2 trip lipatan. Ada trip yea. Itu style aku. Hehehe...then aku masak nasi goreng jea. Tapi non ado gambar untuk hari selasa. That's all for today untuk cerita 4 hari itu.
2 comments:
haaa...awat x hantaq piza skit kat umah mak???hehe..nasi lomak pon sodappppppppp.....
wahh .. cuti2 fast food nama nye ni ..
Post a Comment