Thursday, April 12, 2012

~Jamuan Pot Luck Di Taman Bukit Katil Damai 2~

Malam tadi dekat taman aku ada buat jamuan pot luck.  Jamuan bermula jam 7 malam.  Kaum lelaki bersolat jemaah di balai raya dan majlis tahlil juga diadakan.  Asben aku dah pi dulu untuk solat maghrib.  Aku macam biasa di rumah aje.  

Semalam tak sempat nak prepare apa-apa cuma bawak roti john aje.  Itu pun beli aje.  Lepas isyak baru aku bawak anak-anak aku ke balai raya.  Seronok juga sesekali taman menganjurkan aktiviti-aktiviti sebegini yang boleh mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Jom tengok gambar-gambar di bawah sepanjang aku berada di jamuan pot luck.  Macam biasalah aku mesti angkut sekali kamerakan.  Tapi malam tadi malu pulak nak bergambar.  itu pun asben aku yang mintak kamera so adalah gambar kami buat kenangan.  Layan gambar malam tadi yang beberapa keping aje yang diambil oelh asben aku.

Selesai solat isyak.  Sudah boleh makan.  Semua berpusu-pusu untuk menjamu selera.

Inilah balai raya taman yang dijadikan surau sementara.  Surau taman dalam proses untuk pembinaan.

Aku sedang menikmati dadih dan melayan si kecik nie.

Inilah juadah-juadah yang tersedia malam tadi.

Ini asben yang snap.  Yang berbaju merah nie naib pengerusi taman.  Selang beberapa rumah dari rumah aku.

Nampak tak aku dengan adriana yang sedang makan, makan dan makan.

Sekitar jamuan berlangsung.

Akhir sekali ada kejutan untuk penduduk taman yang menyambut ulangtahun kelahiran.  Aku masih tak ingat nama jiran-jiran.  Jumpa sesekali bila ada fucntion. :D

Selesai makan dalam pukul 10 malam.  Aku pun bawak anak-anak aku pulang.  Asben aku belum balik lagi maka bawak anak-anak aku berjalan kaki balik.  Ammar jenuh jalan.  Jauh perjalanannya malam tadi.  Balik rumah masing-masing pengsannnn.  Tak tahulah pengsan sebab kepenatan berjalan atau kekenyangan.




                                                                                                                    

2 comments:

Aleyn said...

Wah...best kejiranan yang selau ader function cam ni...

Anonymous said...

wahh syok nye makan2 time..


*** huuhhu opis awk dengki le tu dgn blog akak ,smp x kasi bukk kan sob sob ...