Malam tadi kami berbowling bersama adik-beradiks asben. Kali nie semua ada. Cukup korum yea. Sebelah asben ramai adik-beradiks. 5 orang adik-beradiks semuanya. Jadi semua berapa orang erk??Hikhikhik. Family aku ada 4 orang, family along 6 orang, family uda 3 orang, mil aku dan 2 orang adik ipar yang belum bekeluarga sendiri. :D Kiralah. Ramaikan? Bayangkan betapa kecohnya kami semua. Dengan anak-anak kecil janganlah cakap. Aku memang tak boleh nak duduk bersantai. Terkejar-kejar, berlari-lari anak mengejar anak. Hikhikhik. Siapa lagi kalau bukan ammar. Merata dia berjalan. Seronok yea dapat bebas. Kalau kat rumah tak macam nie mahu-mahu duduk dalam almari perhiasan. Sabajelah.
Kita orang kuar dalam 8.30 malam. Biasalah dok terhegeh-hegeh menguruskan anak-anak dan diri sendiri. Aku orang last siap daripada 3A tue. Lepas maghrib barulah aku bersiap sebab anak-anak dah aku siapkan awal. Adriana lagi excited bila tahu malam nak pi bowling. Mandi petang tak payah suruh dia mandi sendiri. 'Nana nak mandilah, nak pi bowling.' Excited bebenor macam dia pulak yang nak main. Jomlah layan gambar pulak.
Bila kita orang sampai rupanya along sekeluarga, mil aku dan adik-adik ipar aku dah sampai. Mil aku achik yang bawak. Uda aje yang belum tiba. Nie sedang menanti uda sampai.
Macam biasalah aku mesti nak bergambar punya. Asben aku jadi mangsanya jadi photoG.
Apalah yang asben aku tengok nie. Yang baju ungu kak ipar asben aku. Kira biras akulah.
Tudia uda sekeluarga sudah sampai. Baju merah tue biras aku yang sekepala dengan aku. Kami memang rapat.
Ammar dan papa.
Ammar dan sepupunya, Balkis. Lahir tahun yang sama cuma beza bulan. Dalam dekat-dekat habis ammar lepuk muka si Balkis. Sudahnya menangis si Balkis.
Duduk dulu sementara menunggu turn. Land penuh. Uda dah pi booked.
Nana+Alya = NanAlya. Best cousin forever.
Kami bertiga. Adriana ntah ke mana. Biasalah dah jumpa sepupu sepapatnya.
Akhirnya inilah land kami malam tadi. 2 land dan 9 orang pemain. Aku mestilah main jugak. Sudah lama tidak mencampak bola. Malam tadi kita orang main untuk 3 frames. Naik lenguh tangan.
Tudia. Aku sedang fokus yea. Berangan nak strike kekononnya.
Macam nak pecah lantai tue kubaling bola. Merenung ke mana bola itu pergi. Samada terkena atau tersasar ke longkang. Hikhikhik...
Biras-biras aku dengan skill masing-masing.
Inilah keluarga aku.
Biras-beras yang suka bergambar. Ty, ko suka bergambar jugak kan???Kak ngah memang tak boleh nampak kamera. :D
Kan dah kata gila bergambar. Laki akuler yang tension melayan karenah aku.
Markah kami untuk game yang pertama. Nama aku yang kedua tue. Yang penting markah aku mengatasi markah asben. Nama asben aku yang Ngah atas nama aku Mak Ngah. Sebelah asben anak-anak buah panggil aku mak ngah.
Kathy dan Wan. Adik ipar dan beras aku. Opss biras aku.
Anak-anak kecil ini menjaga bola bowling.
Tudia asben aku. Fokus tue nak membaling. Nak kalahkan akuler tue. Tension jea markah bini lagi tinggi dari dia. Tuelah suruh ajar baling bola pusing tak nak ajar.
Tengok ke mana bola pergi. Masuk longkang tak?Bila time aku berebut nak tolong baling. Saje nak bagi aku kalah.
Mil aku menjaga cucu-cucunya.
Me with my lovely biras.
Ini pulak markah untuk game kedua. Asben aku kalah lagi dengan aku. Aku memang berlumba dengan asben aku jea.
Adoi kami berdua. Bergambar lagi.
Dan ini pula mata untuk game ketiga. Hehehe. Kita orang habis dalam pukul 12.30 malam.
Sudah mahu pulang. Kami di parking kereta.
Patutnya ini bukan gambar candid. Nak suruh adriana bergambar dengan mak udanya. Tapi entah apa angin dia datang. Dia tak nak bergambar. Sudahnya aku snap aje. Saje nak banyakkan gambar.
Last sekali gambar penutup untuk entry ini. Ini Haikal anak along. Dia suruh aku amik gambar dia. Kal, ko masuk blog mak ngah tau. Macamler dia baca blog aku.
Balik dari bowling singgah kedai mamak jap makan tosai. Perut aku lapar. Itu yang ajak asben singgah makan. Itulah cerita malam minggu kami semua.
2 comments:
hehee kalau sy yg main..asek masuk longkang jela huhu
best main adik beradik ekk...
aida x pandai main.
adik beradik aida semua pun tak main bowling. semua sibuk keje carik duit je :( sama ler ipar duai. keje... keje... keje...
Post a Comment