Hari ini entry pasal makan-makan pada sabtu lepas. Kali nie banyak gambar sebab bila dah ada ramai yang berkumpul memang penuh kamera aku. Pening aku nak memilih gambar. Kang ada pulak yang kecik hati gambarnya tak ada..Hihikhik
Ini kisah hari sabtu lepas bersamaan 25 Februari 2012 sempena celebrate besday Ammar yang ke 1 tahun. Makan untuk family aje dan potong kek sesama sendiri. hari itu memang hari makan-makan. Masak sendiri, makan sendiri dan kemas sendiri. Hehehe..
Bukan semua makanan aku masak sendiri. Hari tue macam buat potluck pulak. Aku buat kek, cheesetart, koktel dan spageti. Kak sepupu aku pula bawak rendang ayam, agar-agar koktel, karipap dan mee. mak aku pun ada bawak gak. Mak aku pula masak ketupat segera, popia goreng, kuah kacang, mee rebus. Apa lagi aku pun dah lupa. Banyak sangat makanannya. Jom layan gambar. Penat membebel. Banyak bebel pun orang tak suka baca pulak.
Inilah sebahagian makanan yang dihidang di atas meja. Sebab makan sendiri hidang pun ala kadar. Tak tentu arah nengoknya.
Inilah menu-menu yang lain. Aku close up sikit gambar makanan nie.
Mereka kalau berkumpul mesti ini kerjanya. Oh adik ipar aku masih belum meletups...tapi kaki dia sudah bengkak. Katanya macam tak mahu pakai kasut. Ado keje giler pulak.
Sesi memotong kek. Ammar tergamam kot. Hikhikhik. Obek wati dia yang excited.
My sis dengan anak sulungnya yang kelam-kabut. Kalau buat keje kat dapur macam nak pi berperang. Jangan marah yea. :-)
Mak-mak dan anak-anak.
Bakal mak sedang menikmati kek. Sedap tak kek kakak ipar awak buat tue?Hehehe..
Ammar dan mamangnya. Baru bangun tidur. Ammar nie takut dengan orang. Hanya orang-orang terpilih aje yang dia nak yea. Tapi nampak muka mama abislah. Mama memang tak boleh buat keje.
Selepas makan mari kita bersantai.
Aku kenalah enterframe.
Aku dan anak buah aku.
Mereka yang gile-gile. Tengoklah anak aku tue.
Aku bersama anak buah yang bongsu.
Sudah mahu pulang. Kak sepupu aku tengah berbual dengan mak aku.
Last picture sebelum balik. Aku dan kakak sepupu aku. Sama tak muka kami?
Masa untuk berpisah. Semua sudah berangkat ke dalam kereta mahu pulang. Minggu nie anak-anak buah aku sudah pulang ke U. Lepas nie turn besday sape pulak kita buat makan-makan lagi. Jumpa lagi beberapa bulan lagi yea. Sekian.
1 comment:
tersangt teruja tgk makanan2 yg best2 dn sedap tuh....thumb up..
syoik la ammar...meriah ja celebrate besday dia..masa ammar anak fyzz ritu..just wat kt nursery dia ja..pepun..happy belated day to ammar encem..
Post a Comment