Tuesday, May 28, 2019

Kisah Ramadan: 21 Ramadan 1440

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Sekejap sahaja sudah 23 hari kita berpuasa. Semakin ke penghujung Ramadan semakin sedih hati ini. Sedih mahu berpisah dengan Ramadan. Ahad lepas kawan pejabat bagi makanan untuk semua kawan-kawan di pejabat. Seronoknya bila ada yang menghulurkannya. Murah rezeki dia orang. Sudah macam goodies. Cantik pula begnya.

Inilah beg plastik yang diterima petang ahad sebelum pulang.

Macam-macam ada di dalamnya. Ada ketupat segera, lemang, kek coklat dan rendang ayam.

Lemang dan ketupat.

Rendang ayam.

Roti john beli di bawah flat.

Karipap kentang.

Inilah juadah kami tiga beranak sebab hari itu suami ada majlis berbuka di pejabat. Menunya melimpah ruah macam makan berapa orang. Petang itu aku bergelut dengan selsema yang menyerang jadi bila anak-anak tunjuk kuih aku suruh beli saja. Sudah tidak boleh berfikir secara waras.

Aku masak nasi goreng cina permintaan Dak Adriana.

Aku makan dengan sambal belacan aku buat. Nasi goreng ini aku guna perencah nasi goreng cina Adabi. Sedap rupanya. Itu sahaja coretan petang ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Kemas Beg Balik Kampung

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari.

Memandangkan nak balik kampung lama dalam 10 hari, haruslah bawa beg tarik. Sumbatlah semuanya dalam itu. Muat ke? Hahaha. Aku kalau nak ke mana-mana kalau boleh semua benda pun nak diangkutnya. Inikan lagi nak balik kampung.

Lebih-lebih lagi kali pertama nak balik kampung. Dia punya feel itu lain macam. Sebahagian baju sudah dimasukkan dalam beg. Baju harian tak bawa pun sebab kat rumah Melaka banyak baju. Jadi bawa baju jalan saja.

Beg ini yang aku dah bawa balik. Kerja aku mengangkut barang Melaka - JB - Melaka. Minggu sudah balik aku angkutkan oven sebab aku nak guna masa cuti ini. Cadang nak buat kuih raya.

Baju raya untuk anak-anak dan anak buah. Aku belikan t-shirt sedondon untuk lima orang.


Tema baju raya kami tahun ini adalah coklat. Sudah siap disusun di dalam beg. Dalam kepala sudah bersusun kerja-kerja yang nak dibuat balik nanti. Harap badan memberi kerjasamalah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim








Kisah Ramadan: 20 Ramadan 1440 - Iftar Di Dataran Bandaraya JB

Assalamualaikum.

Sudah hari selasa. Masih lagi bekerja. Semalam aku EL sebab demam. Hari ahad dah rasa tak sedap badan. Kat office selsema sudah datang menyerang. Bila selsema akan menangkap ke kepala. Kepala pun sakit. Lusa sudah mahu berangkat balik ke kampung halaman. Hati sudah melonjak-lonjak ingin pulang. Doakan kami agar selamat sampai ke destinasi kami. 

Sabtu lepas, suami ajak berbuka puasa di luar tapi bawa makanan dari rumah. Rupanya ajak berbuka puasa di Dataran Bandaraya. Anak-anak seronoklah. Kononnya nak keluar lepas solat zohor sebab nak cari baju raya untuk Adriana. Tapi biasalah bila dah kat rumah memang agak lemau nak keluar.

Suami yang masak sebab aku sibuk kemas beg baju. Baju raya aku selamatkan dulu masukkan dalam beg. Dikhuatiri tertinggal pula nanti baju raya kita orang. Lepas Asar kami bersiap dan keluar. Menuju ke Dataran Bandaraya.

Dalam perjalanan ke Dataran Bandaraya.

Masa kami tiba, sudah ramai orang di dataran. 

Inilah port kita orang.

Inilah bekalan kami.

Nasi goreng tomyam dan buah-buahan.

Kami empat beranak.

Kakak saja yang pandai selfie.

Masa ini sudah mahu balik. Macam biasalah budak ini asyiklah nak bergambar. Kita orang singgah solat dulu di masjid berdekatan.

Kemudian kami ke Pasar Borong Pandang untuk cari baju kurung Adriana. Punyalah ramai orang macam ulat. Sampai pening dibuatnya. Dapat sahaja baju kurung Adriana aku ajak suami balik.

Kita orang singgah di kedai mamak. Aku teringin nak pekena tosai. Morehlah kiranya. Selepas makan kita orang balik rumah. Lega rasanya bila sudah dapat beli baju kurung Adriana. Kalau tidak risau juga. Kami bertiga tidak beli sebab recycle baju lama. Adriana sahaja yang beli sebab jubah dia sudah senteng. Itu sahaja coretan pagi ini.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, May 27, 2019

My Birthday Giveaway By Fyda Adim

STICKY POST!!

Assalamualaikum semua.

Sudah lama aku tidak buat giveaway. Memandangkan hari lahir aku semakin hampir, aku ingin buat giveaway secara kecil-kecilan. Maka dengan ini, hari ini aku berbesar hati untuk membuat GIVEAWAY sempena ulangtahun kelahiranku.  Marilah meriahkan GIVEAWAY yang aku langsungkan di sini.

Ikut syarat dengan betul.

1) Wajib buat satu entry bertajuk My Birthday Giveaway By Fyda Adim.

2) Tempek banner di atas itu dekat entry tersebut dan publish!!

3) Kemudian, letak link entry segmen GIVEAWAY korang dekat comment giveaway ini.

Syarat tambahan pula.  Mudah sahaja.

1) Follow blog ini.

2) Like Fanpage blog ini di link INI.

Itu sahaja. Faham tak?

Hadiah-hadiah Giveaway ini berupa buku-buku yang ada karya aku. Ada yang aku tulis anekdot, cerpen dan juga travelog.

Buku Antologi Kembara - Karyaku Trip Ke Thailand.

Kisah anekdot mengenai Diari Isteri PJJ bersama penulis-penulis lain.

Buku Antologi kisah pengasuh. Karyaku adalah cerpen berjudul Sebenarnya.

Buku Antologi Cerpen Karyawan Wanita. Karyaku berjudul Korban Kasih.

Ada hadiah tambahan yang akan diselitkan iaitu:

Fridge magnet

dan

Penanda buku.

Pemenang akan dipilih secara random. Dari blog akan dipilih dua orang pemenang dan dua orang lagi akan dipilih dari Facebook dan Instagram. Giveaway ini bermula dari 27 Mei 2019 (Isnin) dan berakhir pada 3 Jun 2019 (Isnin).  So, apa tunggu lagi.  Jom sama-sama join GIVEAWAY ini.  Semoga mendapat sambutan daripada anda semua.  Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim


Sunday, May 26, 2019

Menang Duit Raya Daripada NuMee

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Saja nak kongsikan berita yang aku terima pada hari jumaat yang lepas. Setelah sekian lama tidak join contest, aku mula terjebak join contest-contest yang ada. Alhamdulillah. Sangkut pula nama aku. Syukur. Walaupun jumlahnya kecil tapi lepas kalau nak bagi duit raya pada orang lain pula. 

Sebenarnya, dalam rezeki kita itu ada terselit rezeki orang lain juga. Semoga adalah tersangkut lagi nama aku untuk peraduan-peraduan yang lain.

Pengumumannya di Facebook.

Seronok tak terkira. Ini baru jumlah kecil. Kalau hadiahnya lumayan mahu aku melompat. Apa-apa pun bersyukurlah. Alhamdulillah. Semoga akan ada rezeki lagi untuk aku dan keluarga. Aamiin.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim




Kisah Ramadan: 19 Ramadan 1440 - Iftar Di Senibong Seafood

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari.

Memandangkan jumaat cuti jadi kami merancang untuk membeli baju raya untuk anak-anak. Kemudian bercadang nak berbuka puasa di luar sekali. Maklumlah sudah gaji dan dapat duit bantuan khas. Syukurlah. Berbelanjalah secara sederhana. Aku dan suami hanya berbelanja untuk anak-anak sahaja. Baju kami tidak beli pun. Pakailah apa yang ada.

Pagi jumaat kita orang bersantai di rumah. Buatlah apa yang patut dulu sebelum keluar selepas solat jumaat. Aku gigih menulis pagi jumaat itu.

Update blog. Gigih aku tulis entri untuk seminggu.

Keluar ke AEON Tebrau.

Pos kad raya di sana dan aku beli setem sekali.

Menunggu suami membeli barangnya. 

Kemudian kami ke Senibong. Punya ramai orang. Kami berbuka makan roti dulu di dalam kereta kemudian solat di masjid berdekatan.

Menu kami. Ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, udang goreng butter. tomyam campur dan kailan ikan masin. Alhamdulillah. Kenyang.

Kami empat beranak sementara menunggu makanan tiba kenalah bergambar dulu.

Inginkan perkhidmatan menulis, aku ada tawarkan perkhidmatan sebagai penulis upahan. Boleh hubungi di talian 017-6741270.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim