Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat malam semua. Baru dapat merehatkan diri dan baru dapat duduk depan lappy ni. Setelah seharian menguruskan hal-hal keluarga. Anak-anak sudah masuk tidur. Empat hari cuti memang sangat penuh dengan program. Ke sana ke sini menjelang malam baru pulang ke rumah. Cuma hari ini saja kami duduk di rumah. Niat nak berkemas rumah masih lagi belum sepenuhnya selesai. Cuma kain baju je dapat diselesaikan. Misi melipat baju berbakul-bakul memang rutin setiap minggu.
Sabtu dan ahad kami memenuhi undangan majlis perkahwinan. Sabtunya ke rumah cikgu tadika Ammar, kemudian ke Kuala Linggi memenuhi jemputan majlis perkahwinan rakan sekerja asben. Ahadnya pula ke Paya Ikan memenuhi undangan kawan lama aku iaitu majlis perkahwinan adik lelakinya.
Adriana dan Ammar di perkarangan rumah cikgu mereka. Tak dapat bergambar dengan cikgu jadi aku suruh je bergambar dengan bunting yang tergantung di luar.
Kemudian ke Kuala Linggi. Cantik sungguh permandangan di tepi laut.
Waktu kita orang sampai lebih kurang jam dua petang. Pengantin sudah berarak pun.
Anak-anak menyandar kekenyangan sebab dah pergi dua rumah kan.
Bergambar laki bini. Bukan senang nak ada gambar berdua. Anak dara yang snapkan. Muka aku pun dah berminyak-minyak.
Papa dan anak dara berselfie.
Ini cerita semalam hari ahad. Ke rumah sahabat lama yang menjemput ke majlis perkahwinan adik lelakinya.
Sempat berbual kejap dengan Zila.
Sebelum pulang kita orang sempat bergambar berdua. Sekian lama tidak bergambar bersama sebaik Zila berpindah ke PKMD Tampin atas kenaikan pangkat. Itu sahaja entri untuk malam ini. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat tengahari semua. Kembali dengan entri kedua hari ini. Malam tadi gigih menaip beberapa entri dan di sceduled kan untuk dipaparkan. Nak update setiap masa memanglah tidak berkesempatan. Malam tadi datang rajin nak bersengkang mata. Adalah berjaga sampai jam tiga pagi. Jadi cari idea untuk menulis beberapa entri untuk minggu ni. Gigih kan?
Malam tadi asben aku mintak masakkan bubur ayam. Senang aje permintaan laki aku tu. Berlagaknya kan. Jadi aku masakkan bubur ayam ala mcd. Ringkas aje.
Mari aku kongsikan resepinya sekali di sini. Bahan-bahannya pun mudah saja. Dalam masa aku menaip resepi ni perut aku berdendang sayang. Memang tak tahan perut aku ni kalau makan bubur.
Resepi Bubur Ayam Ala McD
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan beras
1 1/2 inci halia dihiris
2 kiub pati ayam
Isi ayam (ikut banyak mana korang nak)
Air (ikut banyak mana)
Sedikit garam
Cili merah
Daun sup
Serbuk lada putih
Lobak Masin
Cara-cara :
1 ) Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam. Jangan buang air rebusan ayam tu. Basuh beras seperti biasa. Kemudian masukkan beras ke dalam periuk bersama dengan lebihan air rebusan ayam.
2) Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. Masak sehingga lembut.
3) Isi ayam yang dikeluarkan disiat-siat.
4) Bila bubur hampir masak, masukkan halia, kiub ayam dan sedikit garam. Kemudian masukkan isi ayam yang sudah disiat tadi. Kacau sebentar.
5) Kemudian campakkan cili merah yang sudah dihiris, daun sup dan juga bawang goreng. Letakkan sedikit serbuka lada sulah dan titiskan sedikit minyak bijan.
Nota : Aku makan dengan lobak masin. Menambah rasa lagi.
Itu sahaja perkongsian untuk tengahari ini. Semoga bermanfaat buat semua terutama para ibu dan isteri. Selamat mencuba!
Salam pena,
Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi semua. Selamat datang Mei. Moga Mei memberikan kebahagiaan yang lebih lagi pada diri ini. Entri pertama di bulan Mei yang sudah memasuki hari keempat. Kesibukan bersama keluarga tercinta membataskan aku untuk menulis. Zaman satu hari entri sudah lama berlalu. Dapat menitipkan sesuatu di sini pun sudah cukup baiklah bagi aku yang bergelar isteri, mak dan juga anak.
Empat haribulan Mei adalah satu tarikh penting juga bagi aku. Tarikh keramat yang mempunyai keistimewaannya buat aku dan juga suami. Bukanlah ulangtahun perkahwinan tetapi ulangtahun perkenalan ataupun percintaan antara aku dan dia. Waktu tu tahun 2003. Aku masih lagi belajar di Politeknik Ungku Omar dan dia sudah pun menamatkan belajarnya di UMS.
Sudah menjangkau dua belas tahun usia perkenalan kami dan perkahwinan sudah pun memasuki sembilan tahun. Syukur alhamdulillah masih lagi diberi peluang merasai nikmat kasih sayang ini. Semoga kami akan terus bercinta sampai ke akhir hayat kami. Susahnya waktu kami dulu hinggalah merasai sedikit kesenangan pada hari ini. Semoga kami dapat bersama di kala susah dan senang.
Beberapa keping gambar aku bersama suami tercinta.
Lirik Lagu Terima Kasih Cinta – Tasha Manshahar ft RJ
Bisikan rindu memanggil namaku
Dirikan coretan merebahkan naluri hatiku
Usah bimbang tentang aku
Ku selalu di sisimu
Hapuskan rasa ragumu
Ku cuma ada kamu
Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi
Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah
Hanya kamu satu saja
Tiada yang kedua
Di mana pun engkau berada
Di sini masih cinta
Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi
Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah
Cinta, anugerah Maha Esa
Kita corak, kita gubah, kita dirikan
Seperti impian yang kita kejari
Semoga bersama hingga ke akhir nanti
Terima kasih cinta, kita kan bersama
Terima kasih cinta, buat selamanya
Seperti impian yang kita kejari
Semoga kita bersama hingga ke akhir nanti
Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi
Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah
Semoga perhubungan ini terus berkekalan buat selamanya. Moga diberi keberkatan dan juga kebahagian pada kami. Semoga kasih sayang dan percintaan ini akan terus bertaut selamanya. Terima kasih cinta!
Salam pena,
Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat petang semua. Lagi setengah jam mahu pulang. Menanti detik ni. Selamat bercuti panjang. Pasti semuanya ada agenda masing-masing bersama keluarga tercinta. Begitu juga dengan aku yang penuh dengan program. Padat! Janji kita dapat menghabiskan masa bersama yang tersayang. Bahagia bukan.
Dengan menyibukkan diri pasti kita tidak memberi ruang pada diri untuk mengenang kisah-kisah silam. Mengimbau kenangan-kenangan silam ni bukannya menjadi satu kesalahan. Namun begitu andai kenangan silam yang best jika diingatkan kembali pasti membuatkan kita tersenyum simpul. Tetapi jika terkenang yang pahit-pahit, pasti membuatkan diri dirundum duka dan sedih. Sudahnya kita menjadi parah!
Jadi jangan biarkan hidup kita ini dihantui oleh kenangan silam yang menyakitkan. Jangan disebabkan peristiwa silam itu membuatkan kita lebih jatuh dalam hidup. Lupakan andai itu boleh merosakkan diri. Lepaskanlah...
Dipetik daripada blog Kak Aina Emir
Okeylah... ungkapan di atas ini memang biasa diguna oleh orang kita
untuk memberi nasihat agar kita tak mengungkit kisah-kisah lama.
Konon-konon apa yang dah berlalu, biarlah ia pergi dan terus dilupakan.
Mungkin ada baiknya kot. Kalau kita nak menapak ke depan, biar semua
yang dah berlalu, terutama tentang perkara negatif, kita lupakan sahaja.
Tak payahlah kot kita duk mengintai sana-sini, duk kerobek sana-sini.
Huhu...
Pun begitu, kita jangan pula lupa pada sejarah. Sejarah banyak
tinggalkan pengajaran. Sejarah lama ada ceritanya dan kita jangan pula
buat-buat tak ambil kisah, takut sejarah berulang lagi. Betul tak?
Kalau ada yang tak elok terjadi dalam hidup kita, memang elok kita
belajar untuk melupakan nya, namun dalam pada itu, kita jangan terlalu
yakin yang perkara yang sama tak mampu untuk berlaku lagi.
Okeylah... sekadar untuk mengingatkan diri sendiri agar sentiasa
berjaga-jaga dan jangan terlalu yakin dengan apa yang datang.
Subhanallah, semoga Allah swt melindungi kita. Aamiin..
Berubahlah. Kita berhak menentukan ke mana arah tuju hidup kita. Yang lepas, biarkan lepas kerana tidak akan dapat merubah apa pun. Fokus apa yang ada di hadapan kita. Pastikan apa yang kita lakukan adalah yang terbaik buat diri kita. Sekian dan wassalam...
Salam pena,
Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bismillah...
Selamat tengahari semua. Entri kedua menyusul untuk hari ini. Semangat apakah ini? Kerajinan apakah yang telah merasuk dalam diri ini? Semangat nak bercutikah? Baguslah kalau semangat menulis sudah kembali meresap ke dalam diri setelah beberapa lama ditarik.
Entri ni sahaja mahu berkongsi. Aku memang peminat tegar drama-drama melayu. Tegar yang amat. Tak mengacau atau menganggu hidup orang kan kalau aku minat terlampau dengan drama. Jadinya ini adalah beberapa drama melayu yang aku ikut. Drama yang ditayangkan di TV3 dan TV9.
Drama Hati Perempuan disiarkan di TV3 jam 7.00 malam. Pada mulanya tak mengikuti sangat dan tak berapa suka. Lama-kelaman tersuka pula. Drama ni memang ada persamaan dengan realiti. Mesti ada penyibuk, pengacau rumahtangga, peruntuh. Geram dengan watak Ku Lin tu. Psiko sangat.
Ajaibnya Cinta pun aku ikut perjalanan ceritanya. Semalam sudah tamat dramanya. Ini kesinambungan telemovie Mak Cun Pergi Spain tu. Macam tu kut tajuknya.
Drama Bencinta ni memang aku ikut daripada episod pertama. Bila dah ikut dari awal memanglah nak tengok sampai penghujungnya. Lakonan Fattah Amin pun ok. Pertama kali jugaklah aku tengok lakonannya.
Drama Ayuni Safira yang ditayangkan di TV9. Baru empat episod. Aku memanglah ikut sebab pelakon kegemaran aku berlakon. Dah lama tak tengok Aqasha berlakon. Jadi aku kenalah tengok sebab heronya. Ahaks...Itu saja entri merapu tengahari ini. Mahu lelap mata kejap. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi semua. Esok sudah mula bercuti sempena cuti Hari Pekerja. Cuti agak panjang selama empat hari memandangkan wesak day jatuh pada hari ahad dan digantikan pada hari isnin. Memang sangat seronok. Pagi ni ke kerja dengan semangat esok cuti. Hahaha...
Esok kami sekeluarga ada agenda. Kali ini ke luar Melaka. Bercadang mahu ke Pesta Buku yang diadakan di PWTC. Jadi untuk cuti ni mungkin dapur tidak berasap. Sabtunya kami ada dua kenduri kawin begitu juga hari ahadnya. Bercadang cuti ni mahu juga mengemas rumah tapi entah kesampaian atau tidak memandangkan jadual agak padat.
Jadi marilah aku kongsikan menu sabtu dua minggu lepas yang aku masak. Manalah tahu dapat memberi idea pada korang yang sedang kebuntuan mahu masak apa untuk cuti-cuti nanti. Tempoh hari teringin benar aku makan mee kari. Tapi nak yang masak sendiri. Jadi aku belilah bahan-bahannya masa balik kerja hari jumaat.
Usai subuh aku sudah menjengah ke dapur. Asben pun pelik aku masak awal begitu. Anak-anak masih lagi lena jadi bolehlah masak dalam keadaan yang tenang.
Ini adalah bahan-bahan untuk dimakan bersama mee kari.
Siap sudah kuahnya.
Sepinggan mee kari untuk aku.
Sup ayam ni aku masakkan untuk nana. Biasalah anak aku tu lidah omputih. Takut makan pedas. Jadi aku masakkan sup ayam untuk dia. Jadi untuk nana jadinya mee sup. Ammar? ammar kan sudah ku bilang tolak kayu dan batu aje. Janji perut dia kenyang.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,