Sunday, December 30, 2012

~Bila Anak-anak Pulang~

Assalamualaikum...^___^

Bertemu kembali.  Entry kedua untuk hari ahad ini.  Ahad terakhir untuk tahun 2012.  Entry ini saja suka-suka ditaip di sini.  Ada gambar memang kena ada entrynya.  Nak cuci setiap gambar memang tidakler.  Itu yang suka update di blog.  Blog sudah seperti diariku.  Heeeee...

Oklah, kelmari iaitu hari jumaat anak-anak aku sudah pulang ke rumah setelah beberapa hari berdikari tanpa mama dan papa.  Mama yang sebenarnya tak boleh berdikari tanpa anak-anak.  Anak-anak mungkin ok jea.  Hari pertama boleh lagi aku nak telefon dia orang kat rumah mil tapi masuk hari kedua tak boleh sebab tak boleh nak dengar suara ammar.  Bila dengar suara ammar memang sayu gilerrrr.  Mama jadi gila ok.  Tak tahu kenapa.  Letak telefon boleh menangis.  Kahhhhh..Kadang terasa macam emosi terlebih jea.

Jumaatnya adik ipar aku hantar adrianammar ke rumah mak aku.  Aku balik kerja dijemput oleh adik aku di opis sebab hari tue kan aku tak drive.  Balik rumah aku then aku terus amik kereta.  Asben ada kat rumah pengsan sebab balik kerja.  Aku pun terus start kete dan bergegas ke rumah mak.  Tunggu anak-anak di sana.  Kebetulan ada sepupu dan makcik datang melawat my mom.  Berborak sampai malam.  Dalam 8.30 malam aku nak balik sebab dok terkenangkan yang kat rumah tak makan lagi.  Lagipun mak aku dah sound suh balik.  Mak aku memang cukup risau aku drive malam-malam.  Kalau balik kerja pukul 6.30 petang udah disuruh balik.  Nanti dialog mak aku "Pegi balik.  Mak bukan halau tapi dah nak malam."  Aku?"Eh, mak nie halau pulak."  Hahaha..

Balik dari rumah mak terus balik rumah.  Orang kat rumah nak makan.  Makan luar jea pun dan yang paling penting mesti MAMAK.  Sebenarnya aku nie dah tak boleh nak telan makanan kat mamak nie tapi dek kerana asben memang suka makan kat the mamaks nie aku turutkan jea.  Mak tak kisah pun.

Si pilot ammar sudah gunting rambutnya.  Mil yang bawak ke kedai.  Pilot erk?Penangan cite AH. :D

Nana makan roti canai.  Serabai betul rambut adriana nie.
 
Asben makan roti telur.

Adriana makan roti canai dan aku makan tosai.  Sedap sekali makan tosai kalau ada kuah kelapanya.  Korang makan tosai tak?Laki den tak makan tosai.  Tak reti katanya.  Nama jea lepak kedai mamak laki den tue.  Heeee..Aku nak order maggi goreng tapi asben tak bagi sebab dia kata dah malam.  Oklah layan jealah.  Janji kenyang dan yang penting balik boleh tidur.  Dan yang lebih penting anak-anak sudah pulang dan tidak akan lagi berjauhan dengan aku.  Yeahhhh..:D

Sekian.






                                                                                                                      

~Sabtu Tanpa Entry~

Assalamualaikum..^______^

Selamat pagi ahad.  Sehari lagi untuk kita melangkah ke tahun baru.  Semalam tanpa satu entry pun sebab aku tidak berkesempatan untuk mengupdate blog ini.  Sibuk dari pagi hingga ke malam.  Itulah kisahnya.  Kisah sepenuhnya akan aku cerita di lain entry.  Pagi ini aku cuba menulis satu entry supaya tidak bersawang terlalu lama.

So hari nie sudah ahad.  Lagi sehari untuk ke tahun baru dan lagi dua hari sekolah akan dibuka.  Aku rasa sedikit teruja bila nak buka sekolah nie.  Teruja, risau, susah hati, gembira semua perasaan sedang menyelubungi diri aku.

Kenapa?Adriana akan ke tadika barunya untuk umur 5 tahun iaitu tadika cina Keh Seng.  Itulah yang timbul macam-macam perasaan.  Macam mana keadaan adriana nanti.  Boleh ke dia menyesuaikan dirinya nanti.  Itu part risau, yang part happy sebab nanti dia boleh menguasai bahasa cina dan boleh ajar mamanya.  Kot nanti pi mana-mana ada orang cina mengata aku boleh adriana kabo pada aku.  Heeee...





Aku harap agar akhir tahun dan pembuka tahun akan baik-baik sahaja.  Hari ini mahu merehat-rehatkan diri dan minda sahaja di rumah.  Lepak-lepak bersama anak-anak.  Ok bersambung lagi.





                                                                                                                       

Friday, December 28, 2012

~Dua Kejadian Yang Berlaku Tadi~

Assalamualaikum...^__^

Kembali lagi untuk mencatatkan sesuatu di sini.  Baru balik dari Mydin.  Lunch di sana bersama mira mokhtar again!Kami makan nasi ayam again!Heeee.  Dari semalam dah kita orang memang dok kata nak makan nasi ayam.  So hari ini melepaskan hajat anak tekak sendiri.

Erkkk.  Alhamdulillah.  Kenyang sekali.  Dah makan mestilah kenyang betul tak?Kalau tak kenyang macam membela pulak rupanya.  Heeee.  Bila perut sudah kenyang mata pun mulalah bagai digam-gam.  Ini yang aku cuba menulis di blog ini.  Eh bukan menulis tapi menaip.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas nak tahu apa yang berlaku tadi?Dua kejadian mengenai telatah manusia.  Telatah kot erk kalau macam tue.  Aku tak tahu nak labelkan orang-orang itu tadi.  Tapi ianya berlaku depan mata aku.  Satu mata aku dan satu lagi mata mira mokhtar.  Faham tak?Heee..Ok jom aku teruskan bercerita.

Kejadian yang pertama adalah seperti di atas.  Faham tak apa yang aku cuba sampaikan.  Aku ke tempat barang basah untuk membeli udang dan sotong.  Konon nak masak esok.  Itu yang beli sebab dah plan nak masak apa dengan 2 makanan laut itu.  Lepas dah amik udang dan sotong aku beratur nak timbang.  Then datang orang belakang aku dan potong aku letak barangnya dulu.  So dia blah.  Ok mungkin dia tak perasan.  Aku ke tempat sayur then amik kacang panjang dan apa erk tadi dah lupa.  Lepas tue pi tempat nak timbang memang tengah ramai orang beratur.  Aku pun beratur dan alih-alih datang orang yang sama tadi potong queue lagi.  Muka tak bersalah ok.  Kesian budak depan aku dia dok tolak troli dia ke depan tapi orang tue still letak sayur-sayurannya and then blah.  Ini peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.  Aku tak tahulah samada dia nampak tak orang lain beratur.  Oklah itu perkara kecik kot bagi aku.  Saje berkongsi cerita.  Kita pegi ke cerita kedua yang telah disaksikan oleh mira mokhtar sendiri.

Seee.  Apa yang gambar nie tunjuk sudah cukup membuatkan semua orang paham.  Lepas dah settle kita orang ke kaunter untuk bayarlah kan.  Memang ada beberapa orang di depan kita orang.  Nampak si polan nie dah letak barang-barang dia di kaunter.  Dia selang sorang jea depan kita orang.  Aku pulak mata dok melilau ke lain.  Rupanya mira mokhtar memerhatikan si polan nie.  Heee.  Antara barang yang aku nampak si polan letak kat kaunter adalah pencuci muka safi.  Bila dia settle bayar sekali mira mokhtar bersuara dia kata si polan tue amik balik pencuci safi bila cashier tengah kira-kira.  Si polan tue campak balik pencuci safi tue dalam bakul mydin yang dia pegang.  Tapi dia tarik jea bakul tue.  Bila settle bayar dia amik beg plastik yang dia bayar tue dan kemudiannya dia amik pencuci safi tue dan terus masukkan dalam beg plastik dia.  Sambil tue mira bercerita kat aku tentang kelakuan si polan dan si polan ke tempat keluar.  Nak keluar kat mydin kat ada jaga dia tunggu nak cop resit bagai.  Masa si polan tue berdiri kat exit tue scanner berbunyi.  Aku kata kat mira hah tue scanner dia bunyi.  Panggil scanner kan?Hentam jealah erk.  Tapi sudahnya si polan tue berjaya meloloskan diri.  Huihhhh.  Mungkin jaga tue tak perasan sebab dia dari kaunter kan.  Mesti fikir semua dah bayar.  Memang terrorlah si polan tue.

Aku dan mira mokhtar masih terpingga-pingga denga kejadian tadi.  Bila tengok kejadian yang kedua tue macam tak logik pulak.  Setakat pencuci tue kan.  Ish masih pelik lagi nie.

Itulah cerita yang nak aku kongsikan di sini.  Jauhkanlah kita dengan sikap-sikap yang tidak baik dalam diri ini.  Aminnnnn..Sekian, wassalam.

Sumber gambar dari google.






                                                                                                                    

~Hari Berdua-Duaan~

Assalamualaikum...^_____^

Semalam adalah hari berdua-duaan tanpa anak-anak.  Anak-anak masih di rumah mil dan hari ini aku akan menjemput anak-anak pulang.  Minggu depan sudah bertukar rutin kembali.  Adriana kembali ke sekolah.  Sudah semestinya aku yang akan kendalikan anak-anak sepenuhnya di waktu pagi memandangkan asben sudah bekerja shif.  Bangun seawal pagi menyiapkan diri sendiri dan anak-anak dan terus bergegas menghantar anak ke rumah mak dan kemudian baru hantar adriana ke tadika.  Being a supermom!

Ok, berbalik kepada tajuk mengenai hari semalam.  Semalam, aku ke kerja dihantar oleh asben balik pulak berjemput.  Jadi 'mam' semalam.  Kebetulan asben off day dan balik dari kerja malam itu hantar aku ke kerja dan balik asben boleh jemput aku.  Awesome day untuk semalam.

Untuk dua hari nie jealah boleh pegi berhantar balik berjemput.  Minggu depan tak ada lagi.  Sila berdikari sendiri.  So semalam balik kerja pukul 5 asben jemput aku di ofis.  Sebelum balik teman asben dulu gunting rambut then balik rumah siap-siap nak keluar balik untuk berbuka.  Semalam aku berpuasa, itu ajak asben berbuka kat kedai sebab aku malas nak masak.  Pemalas kan?:D Dapatlah makan berdua dengan asben boleh makan beradab, boleh makan bersuap-suap.  Kahhhhh.  Dah lama tak berdating serupa ini sejak beranak dua nie.  Oklah jom tengok gambar di mana kami makan.  Best!!

Masa nie aku sedang menanti asben gunting rambut.  Dah boring aku amiklah gambar.

Aku dan asben makan malam di sini sekali dengan berbuka posa.

Inilah rupanya setelah rambutnya digunting.  Asben aku suruh amik gambar nampak rambut pacaknya.  Heee.  Nak jugak!Layankan laki den nie.  

Sudah semestinya gambar aku kena ada.  Perasan tak t-shirt aku dengan asben sama?Cuba scroll atas balik.  Heee.  Samakan?

Air yang diorder sudah tiba.  Oh sedapnya ioce blended mocca.  Aku yang punya, asben minum air tembikai.

Kat windmill nie ada wifi itu yang dok leka sementara menunggu makanan sampai.

Tudiaaa..Ini makanan untuk asben.  Aku tak tau nama menu nie tapi yang aku tahu ada lamb, fillet o fish, coleslaw and so on.

Keadaan di dalam windmill.  Masa nie amik gambar sebab kat meja sebelah tue ada sambut birthday.

Ini untuk aku.  Nasi goreng cendawan.  Banyak giler makan sampai kenyang giler.  Tapi aku tak sampai tahap gilalah.

Selesai makan mari mula.  Asben mahu pergi kerja mencari rezeki untuk keluarga.  Cewahhh.  Aku masih sempat berposing di kereta walaupun menahan perut akibat kekenyangan terlampau.  Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati..  Gambar aku itu membuktikan aku sangat senang hati.  Heeee.  Sekian entry aku untuk kisah makan-makan.  Sehingga bertemu lagi di lain entry.








                                                                                                                              

~Kata-Kata Pagi Ini Mengenai Pendiam~

Assalamualaikum..^-^

Selamat pagi jumaat dan salam 1 Malaysia.  Jumaat terakhir untuk tahun 2012 dan jumaat minggu depan kita sudah pun berada di tahun yang baru.  Semoga hari ini ada sesuatu yang baik atau gembira buat kita semua untuk dijadikan kenangan dalam diri masing-masing.

Pagi nie, aku nak share kata-kata di bawah ini.  Aku suka dengan kata-kata ini yang berkaitan dengan pendiam?Siapa pendiam kat sini?Sila angkat tangan!So, pagi ini aku nak berkata mengenai pendiam.

Aku pernah juga orang kata pendiam.  Memang dikategorikan sebagai pendiam atau secara ringkasnya berat mulut.  Beratnya mulut ko.  Ada emas ka?Ada.  Nak ke?Heeee.  Seriously, kadang memang tension bila orang label kita macam tue.  Sampai tension ok.  Bukan tak nak jadi ringan mulut tapi entahlah memang dah memang sebegini dari lahiriahnya.  Heee.

Tapi ada keburukan jugak untuk orang pendiam nie.  Kadang selalu kena tindas.  Betul tak?Atau aku yang salah berperasaan sebegitu.  Fikir positif sajalah.  Ini just pendapat aku.  Kalau nak tahu aku nie taklah pendiam sangat pun.  Pada sesiapa yang dah kenal aku mesti tahu aku macam mana kot.  Banyak cakap sebenarnya, belum dengar aku ketawa lagi.  Hahahaha...Terus hilang sikap pendiam tue. 

Sebenarnya bergantung kepada siapa aku berkomunikasi dan pada orang yang aku kenal.  Kalau dia peramah, peramahlah aku.  Kalau dia pendiam, aku mungkin akan jadi lebih pendiam dari dia dan kalau dia ceria, mungkin aku akan terlebih-lebih cerianya.  Heee..Kang takut terlebih peramah, terlebih ceria orang tak suka pulak.  Susah jugakkan.  Jadi pendiam pun salah, jadi yang banyak cakap pun salah jugak.  Kalau nak jadi banyak cakap, biarlah menjadi seorang yang cakap dengan benda-benda berfaedah.  Nanti orang label pulak seperti tin kosong.  Senang cerita, jadilah diri sendiri.  Aku selesa sebegini.  Tapi sebenarnya bila aku lihat, mungkin aku bukanlah seorang yang pendiam sangat pun, ada orang mungkin lagi pendiam dari aku bila aku bertemu dengan rakan baru.  Tahap pendiam aku mungkin tidak sebanyak itu kot.  Perasaan sendiri.  Heeee..

Dan kini mungkin aku telah dapat mengatasi masalah itu tanpa aku sedar.  Bergantung juga pada keadaan dan juga tempat.  Aku belajar bila kita banyak keluar untuk bercampur dengan orang.  Itu semua yang membuatkan aku membuang sedikit sikap pendiam itu.  Ikut mood jugak.  Heee..

Apa-apa yang penting setiap perasaan atau sikap kita akan melambangkan peribadi kita.  Ada masa mood kita beruba-ubah.  Adakala happy, ada masa pula ceria, ada masa tidak ada mood.  Yang penting cara kita untuk mengendalikannya.  Itu lumrah kehidupan.  Aku cuba belajar untuk mengawal emosi dan perasaan diri.  Ingin menjadi seorang yang lebih berfikiran positif. ^___^






                                                                                                                      

Thursday, December 27, 2012

~Happy Birthday To N.F~

Yeahhhh..

Aku ingat birthday dia bulan lepas.  Apalah punya orang.  Lepas tue bulan lepas tak wish pulak.  Hahaha.  Aku ingat tarikh tapi tak tahu bulan 11 atau 12.  Boleh gitu.  Nak tanya segan. Aku kan pemalu orangnya.

So hari ini memang sah besday dia bila dia sendiri tanya macam nie " kak...xde present ke tuk org?"  Copy paste dia cakap tadi.  Heeee.  Aku pulak boleh reply "Present?".  Ok nak cover cepat-cepat tengok kalendar.  Hari nie 27hb.  Mesti besday dia nie.  Nak tahu birthday siapa?N.F kan??  

Hahhh..Tadaaa..Inilah N.F, Nayli Firzanah.  Comel kan??Anak buah aku nie.  Dah besar kan??Tapiiiii ada satu yang masalah kat budak kecik nie.  Bila dia jumpa aku dia nangis.  Tak nak kat aku.  Sabar jealah budak nie.  Geram.  Ok, dia panggil aku obek!Obek tue macam mak long lah.  Panggilan dalam family kita orang as a baweanese.  Aku bukan nak cite budak nie dan bukan besday dia pun.  Takkan pulak dia berchatting dengan aku pulak kan.  Panggil kakak pulak.  Terasa muda remaja.  Kahhhh.  Apa aku melalut nie?Faham ke apa aku tulis?Sebab mengantukkan itu yang banyak melalut.  

Inilah birhday girl.  N.F iaitu Nor Faezah.  Girl ke?  Ini ummi pada gambar girl di atas.  My sis in law.  Oklah, dengan ini kakak iparmu yang comey lote ini nak ucapkan Selamat Hari Lahir Yang Ke 26 tahun.  Boleh kan mention umur.  Nanti orang tahu adik ipar i muda lagi padahal kakak ipar tak boleh terima hakikat tahun depan umurnya sudah tidak 20an lagi.  Huahuahua.  Ucapan, semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan semoga impian anda akan tercapai.

Aku suruh request nak apa?Dia suruh aku nyanyikan lagu untuk dia.  Buang tebiat ke nak suruh ahkak ko nie menyanyi?Dah fikir abis-abis?Heeee.

Happy birthday to u, happy birthday to u..
Happy birthday to nor faezah, happy birthday to u..

Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Nor Faezah
Allah Selamatkan Kamu
Amacam merdua tak suara?Silalah nyanyi sendiri yea wahai adik.

Last but not least

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-26!
Yeah !
Happy Birthday To You! 

Note>>>Gambar mereka aku copy paste dari FB SIL...Jangan mare..Larikkkk