Monday, September 24, 2012

~Cerita Hari Sabtu~

Hari sabtu lepas aktiviti di luar rumah.  Seperti biasalah cuba menghadirkan diri dengan kenduri kawin.  Asben aku kerja tapi nak tak nak aku kena juga pergi untuk wakilkan diri.  Lagipun ini jemputan mak uda asben.  Serba salah pulak kalau tak pergi kan.  Lagi pun mak ayah aku dijemput aku bawaklah mak ayah aku sekali.

Jom tengok gambar.

Ini khemah pengantin.  Lauk pauk sudah dihidang.

 Khemah lauk untuk tetamu.

Inilah family aku.  Masa nie tengah tunggu mak uda bungkuskan lauk.  Apa yang mak aku tengok agaknya.

Ammar sudah bersiap sedia mahu pulang.  Jom mama!!!:D

Lepas dari kenduri kawin, kita orang pergi rumah kawan mak aku.  Ada kenduri nak pergi haji.  Kawan mak aku akan berangkat 27hb nie kalau tak silap aku.  Aku ajak adik aku sekali sebab rumah kawan mak aku nie lorongnya kecik.  Aku tak berani memandangkan aku nie pemandu amatur adalah lebih baik aku suruh adik aku jea bawak. :D

Adik aku dan adriana.

Last but not least gambar ammar yang ketika ini sudah meragam mahu tidur.  Tengoklah air liur dia meleleh.  Nak tumbuh gigi agaknya.  Lepas dah selesai kita orang pun balik.  Hantar semua balik rumah mak aku then aku anak beranak terus balik rumah.





                                                                                                                 

~Mencari Keceriaan Diri Sendiri~

Assalamualaikum...

Sopannya bagi salam.  Hehehe.  Selalu main tulis jea tanpa memberi salam.  Kita kena selalu berubah menjadi arah yang lebih baik.  Oklah selamat pagi isnin yang selalu memberi mood yang kurang elok pada aku.  Tak tahulah korang punya mood macam mana.  Biasalah hari isnin selalu membawa maksud monday blues!!!So hari ini aku nak mempositifkan diri.  Nak ceriakan diri ini dan nak happy jea untuk permulaan hari ini.  Teringat kata-kata kawan aku minggu lepas mari kita menceriakan diri sebelum keceriaan kita direntap.  Tergelak jea bila dia cakap macam tue.  Tapi hari tue keceriaan tak sampai ke petang.  Lunch hour dah direntap.  Biarlah mereka itu dengan kata-katanya. 

Baik aku berhenti sebelum aku lebih melalut di sini.  Kang menulis dengan emosi pulak.  Tak pasal-pasal pulak.  Apa-apa pun hari ini aku nak happy jea.  Mari kita senyum dan mulakan kerja kita dengan bismillah.  Semoga dipermudahkan segalanya untuk hari ini.  Sekian dan wassalam.


 



                                                                                                                    

Friday, September 21, 2012

~Princess Cake For Kak Nisah~

Salam dan selamat tengahari.

Menaip sambil makan jagung.  Lunch hari nie tak kuar ke mana pun cuma ke Mydin jea tapau makanan.  Keluar jugaklah tue kan.  Cakap cuba jangan putar-putar.  Aku nak kejarkan balik opis sebab nak tengok drama Adam Hawa episod 16.  Betul kuat penangan Adam Hawa nie.  Dah settle lelapkan mata jap.  Biasalah lepas makan mata nie nak terkatup jea.

Bila bangun tengok ada masa lagi baik aku update blog kejap memandangkan gambar-gambar sduah diupload cuma belum diceritakan sahaja di blog ini.  Kadang tak ada mood nak mengarang.  Penyakit M betul berleluasa dalam diri aku nie.

Oklah nak cerita pasal tajuk dan gambar di bawah ini.  Mukadimah panjang bebenor.  Kek ini diorder oleh opismate aku iaitu Kak Nisah.  Kak Nisah order untuk anaknya yang sulung genap 7 tahun pada hari Malaysia iaitu 16 September 2012.  Jom kita tengok gambar.  Hasil daripada tangan aku yang tidak berapa nak kreatif nie. 

Permintaannya Coklat Moist kurang manis bersama edible image princess.

Inilah rupanya.

Anaknya sendiri, Nuraini yang nak edible image princess.  Biasalah pompuan mesti nak princess.  Setiap kali buat kek adriana request.  Kalau gambar angry bird dia pun nak macam tue, kalau princess pun dia nak jugak masa besday dia.  Macam nie kena buat berapa biji kek unutk kamu nak??:D

Itu jea entry aku.  Dah nak pukul 2.45 petang.  Harus stop di sini.  Diharap kak nisah suka dan tak serik untuk order dengan aku lagi.  Sekian terima kasih.





                                                                                                                       

~Tujuh Faktor Kenapa Penyakit Hasad Dengki Menguasai Diri Manusia~

Salam pagi jumaat kepada semua readers yang sudi singgah di blog aku yang tidak seberapa ini.  Semoga hari jumaat ini memberi keberkatan kepada kita semua.  Pagi nie saje nak postkan entry ini sebab aku rasa tertarik bila menerima email ini.  So aku rasa patut aku kongsikan di sini untuk renungan kita bersama dan peringatan sesama kita serta jauhkanlah penyakit ini dalam diri kita. 

Entry ini akan menerangkan mengenai DENGKI



Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang  dibenci oleh Allah S.W.T. Sesiapa yang ada sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T  yang telah dikurniakan sesuatu kelebihan atau nikmat kepada seseorang dikalangan hamba-hamba-Nya.

Terdapat tiga ciri  sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.

1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor  yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.

Antara lain :-

1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian

2) Merasa Diri Mulia

3) Takabbur

4) Ujub

5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

7) Busuk Hati.

Huraian faktor-faktor tersebuat adalah seperti berikut.

Pertama : Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.

Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan. Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pema’af.

Fiirman Allah s.w.t  yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
(Surah Al-A’raaf ayat 199)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : ”Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)”
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Kedua : Merasa Diri Mulia

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

Ketiga : Takabbur

Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan mempergunakan seseorang untuk kepentingan dirinya. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan diri untuk mengikut arahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

Allah S.W.T. berfirman (di dalam Hadis Qudsi) : “Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi.” 
Apabila kita meneliti maksud hadis ini, ia dengan jelas menyatakan bahawa kesombongan dan kebesaran itu hanya milik Allah s.w.t. semata-mata, tetapi bagaimanakah perasaan ini masih boleh timbul di dalam hati manusia?
Sebenarnya, perasaan sombong atau takabbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina.

Keempat : Ujub (bangga diri)

Terdapat tiga ciri-ciri ujub iaitu :

a. Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.

b. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.

c. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

Pernah Allah Subhanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :-

“Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?”

Dan ungkapan yang berbunyi: “Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”

Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

Kelima : Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

Keenam : Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingnya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

Ketujuh : Busuk Hati

Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kesusahan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita buangkan sifat hasad dengki ini samaada di dalam hati  atau di dalam tindakkan dan amalan kita. Sifat yang keji ini bukan saja mendapat kebencian manusia tetapi yang paling penting sifat ini di benci oleh Allah S.W.T. Hidup di dunia ini adalah sementara dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi maka tinggalkanlah sifat hasad dengki ini kerana sesiapa yang menuruti sifat ini dia sedang mengikut hawa nafsunya dan mengikut bisikan syaiatan dan akan mendapat azab seksaan dihari akhirat nanti.

Sumber daripada email dan gambar dari google.






                                                                                              

Thursday, September 20, 2012

~Perhimpunan Bulanan Dan Jamuan Raya JKMN~

Ini last entry pasal raya ok.  Syawal telah pun melabuhkan tirainya cerita raya masih tak habis-habis.  Ini nak cerita hal jumaat lepas iaitu 14 September iaitu jabatan aku adakan majlis perhimpunan beserta sekali dengan jamuan raya yang melibatkan Pejabat Kebajikan Daerah dan juga 4 buah institusi iaitu Rumah Seri Kenangan Cheng, Rumah Budak Laki-laki Tun Abd. Aziz, Asrama Bukit Baru dan juga Sekolah Tunas Bakti Sg. Lereh.  Majlis perhimpunan dan jamuan raya ini diadakan di Rumah Seri Kenangan Cheng.

Nak dijadikan cerita untuk majlis perhimpunan aku jadi urusetia.  So kenalah attend majlis nie.  Kalau tak memang tak adalah mukaku ini.  Hehehe.  Pagi tue aku dah sampai opis dalam pukul 7.30 pagi sebab nak tumpang Kak Zu ke Cheng.  Aku tak nak drive sendiri nanti nak parking kat mana.  Aku nie kalau tempat baru memang cuak sikit. 

Sesampainya kami di RSK Cheng.

Suasana di waktu pagi sebelum orang ramai datang.

Kak Nisah dan juga Kak Rehan.

Kakak-kakak opis.  Statik jea yang duduk tue.

Statik lagi.  Bezanya aku pulak yang bergambar dengan dia orang.

Kan dah cakap.  Bertukar orang yang berdiri jea.  Sebab masa nie sorang-sorang sampai.

Di bawah khemah.  Yang duduk tue pengarah kebajikan melaka iaitu Datuk Hj. Daud bin Arbah.

Inilah gerai ibu pejabat.

Urusetia untuk perhimpunan.

Aku kena uruskan Fail Meja.

Duduk dulu sementara menunggu majlis bermula.

Perhimpunan sedang berlangsung.  Semua sedang mendengar pengarah memberi ucapan.

Pengarah sedang memberi ucapan.  Pengarah aku nie tak sihat so kenalah dia duduk saje.

Bergambar tak habis-habis. :D

Lapar ka Kak Zu.  Jangan marah yea gambar diambil secara curi-curi oleh seseorang perempuan.  Hehehe.

Inilah satu-satunya gambar ketika sedang menjamu selera.  Selepas selesai perhimpunan, diteruskan dengan jamuan hari raya.  Atas meja nie semua makanan kita orang.  Aku sempat snap satu jea gambar sebab masing-masing dah kelaparan.  Aku lagiler dah jumpa makanan memang tak toleh kiri kanan.  Buruk perangai.

Lepas dah puas makan, kita orang pun balik ofis sebab kita orang dapat arahan petang kena masuk opis.  So lepas makan teruslah balik ke ofis dengan perut yang tersangatlah sendat.  So petang tue dok opis saje-sajelah bak kata pepatah dok opis pun bukan ada kerja. :D







                                                                                                                      

Wednesday, September 19, 2012

~Wordless Wednesday - Sony Xperia~

Bukan saya punya.  Eh sopan pulak cakap saya.  Ini wishlist seseorang.  Sebelah kanan asben punya dan sebelah kiri Kak Nisah.  Ada cerita di sebalik gadjet ini.  Next entry yea.