Friday, June 22, 2012

~Makan-Makan Di Rumah MIL~

Dah masuk hari jumaat yang baru, barulah aku nak cerita kisah jumaat minggu lepas.  Jumaat lepas bertarikh 15 Jun ada buat makan-makan sikit di rumah MIL aku sempena besdaynya.  Anak menantunya celebrate kecik-kecik aje untuk besdaynya.  Buat pun secara mengejut dan tak dirancang oleh kami semua.  Bila dah last minit kenalah beli makanan di kedai.  Bukan yang dimasak sendiri.

Aku pun tak sempat nak bake kek sebab jumaatkan kerja.  Memang tak sempat.  Beli ajelah.  Konsep kali nie kita orang buat pot luck.  Ada 3 family iaitu family along, family aku dan juga family uda.  So makanan dibawa oleh 3 family ini.  Asben aku beli satay untuk makan malam hari itu.

Inilah antara juadah kami malam itu.  Ada satay, laksa, ayam goreng dll.

Inilah kami semua yang ada.  Tengoklah biras aku dok termenung.  Yang laki aku nie pun fokus ke tv.

Haiqal dan adiknya Balkis.

My biras and my lil boy.  Ammar pandang ke lain.

Menjamu selera sambil menonton.

Makan, makan dan makan.

Haiqal yang kuat makan.  Ammar boleh kawan dengan ko nanti qal.

Ini dia dua anak dara.  Adriana dan Alya.

Itulah ceritanya mengenai jumaat minggu lepas.  Kena cerita hari ini jugak.  Kalau tak jadi entry lapuk.  :D




                                                                                                                     

Thursday, June 21, 2012

~Spontaneous Thursday - Semangat Membaca!!!~

Sedang membaca buku ini.  Motif membaca?Saje-saje dan nak study balik benda yang lama ditinggalkan.  Boleh tak?Orang kata baca buku nie sebab nak amik exam.  Kalau tak exam tak boleh baca ke??Rajinler bebenarnya nak bacakan tanpa sebarang sebab.  Saje nak uji diri boleh ke tumpu membaca.  Kalau boleh tumpu sepenuh perhatian maknanya bolehlah aku sambung belajar.   Huahuahua..





                                                                                                                        

Tuesday, June 19, 2012

~Entry Lambat - Selamat Hari Bapa!!!~

Entry lambat lagi.  Adoilah.  Rasanya belum terlamabat kalau aku nak buat entry untuk Hari Bapa nie.  Masa amat mencemburui aku untuk aku mengupdatenya di sini.  Hujung minggu dengan pelbagai aktiviti bersama orang-orang tersayang.  Hari bekerja sibuk di office dengan kerja walaupun kadangkala buat-buat sibuk!!!Hehehe.

Entry ini dibuat khas untuk membuat ucapan Selamat Hari bapa untuk semua papa, bapa, ayah, abi, walid, daddy dan sewaktu dengannya sempena hari bapa semalam.  Selamat Hari Bapa buat anda semua.  Semoga kalian dapat menjalankan tanggungjawab dengan sepenuh hati demi keluarga tersayang.

Dan entry ini juga aku ingin memberikan ucapan khas buat Mohd Affendy Bidin iaitu papa kepada anak-anak aku.  Selamat hari papa buat papa.  Semoga papa dapat menjadi ketua keluarga yang baik buat kami, dapat menjalankan segala tanggungjawab dengan seikhlas hati dan terima kasih dapat membahagiakan kami. :D  Touching tak???Hahaha....
Inilah Mr. Papa.  Papa kepada 2 orang anak. 

Dan tidak dilupakan buat ayah aku sendiri, Hj. Adim Ahmad.  Selamat hari ayah.  Ayah aku nie bukan reti benda-benda nie.  Hehehe...Apa-apa pun along nak ucapkan Selamat Hari ayah.  Semoga diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta dimurahkan rezeki.  For information, aku panggil ayah aku MAMA.  Sebab keturunan bawean.  Sebenarnya bukannya MAMA tapi RAMA.  Oleh sebab panggil belakang yang MA tue jadilah MAMA.  Walau apa pun panggilannya ayah tetap ayah.  Happy Father's Day buat semua ayah di luar sana.


Note>>>Ada kad untuk papa daripadanya adriana.  Nanti aku update yea..




                                                                                                  


~@Secret Recipe - Lunch With Officemate~

Pagi nie aku nak tunjuk gambar aku lunch date dengan officemate aku Kak Nisah.  Jumaat lepas, lunch hour kan panjang masanya.  Aku dan Kak Nisah keluar untuk mencuci mata.  Itu pun sebab Kak Nisah nak beli maternity pant.  Kalau dia tak ada nak mencari barang tak mahunya dia keluar.  Bukan senang nak ajak dia keluar.

Loceng punch card bunyi jea kita orang pun cau cin cau.  Macam sekolah pulak.  Tak pi jauh mana pun.  Kita orang hanya ke Kedai Hari-hari aje.  Parking dekat Mydin.  Sekali aku cakap dengan Kak Nisah 'Kalau makan kat secret recipe pun best jugak.'  Kebetulan SR seberang jalan pulak.  Kak nisah pulak setuju.  Apa lagi kami pun terjahlah setelah berkurun lama aku tak masuk ke sini.  Memang dah lama tak makan kat SR nie.  

Aku last makan kat SR nie masa pregnant ammar.  Itu pun makan dengan mak aku.  Asben aku tak minat nak makan kat tempat-tempat macam nie.  Kalau Pizza Hut tue gigih lagi dia terjah.  Last masuk kat SR dengan Kak Nisah lagi lama tahun 2008 kalau tak silap.  Masa tue nak makan kek.  Itulah kisahnya tentang aku dan SR.  Jom layan 3 keping gambar kami.

Ini makanan aku.  Laksa Singapore.  Dah nak habis makan baru teringat nak amik gambarnya.  Kek dan kentang makanan untuk mak buyung.

Ini dia gambar bff aku yang terkini yang sudah mengandung 5 bulan lebih.

Tadaaaa..Dan tak lupa gambar empunya blog.  Tembam pulak gambar nie.  Tengoklah makanan kami yang banyak itu.  Makan sampai mengah-mengah dengan Kak Nisah.  Selesai makan kami memulakan misi kami mencari pant kak nisah.  Boleh bakar lemak lepas makan.  Aku cakap Kak Nisah baik makan dulu sebelum shopping.  Kalau tak nanti belanja tak ingat.  Sekian entry untuk pagi ini.






                                                                                                                     

Monday, June 18, 2012

~14 June Besday Sabrina And My MIL~

Khamis yang lalu bertarikh 14 Jun 2012 adalah hari lahir Sabrina iaitu anak kepada my officemate Zila.  Aku ke tadika untuk menemankan Zila yang kebetulan satu tadika dengan my doter.  Zila suruh aku bake cake untuk anaknya dan dia telah maklumkan pada aku lebih awal.  So dapatlah prepare dan bahan-bahan pun ada.  Kalau yang last minit order harus aku tolak.  

Mari tengok gambar sekita majlis potong kek di tadika.  Aku meneman dan merangkap menjadi photoG yang tidak bertauliah.  Harap maaflah jika gambar tidak menarik. :D

Cikgu mereka sedang menyusun untuk meletakkan kek di tengah-tengah.

Itu dia kek untuk Sabrina.

Budank-budak lain sabar menunggu.

Sesi memotong kek.  Sabrina nie orang suruh potong kek dia menangis pulak.  Kenalah ibu potong sekali.  Hehehe...

Ibunya yang potong dan juga yang tiup lilin.  Hehehe.  Lambat nak buat entry so nak jugak buat ucapan.  Happy birthday buat Sabrina yang ke 4 tahun.  Semoga menjadi anak yang solehah buat ibu dan juga ayah.

Tidak lupa juga pada hari yang sama adalah ulangtahun kelahiran mother in law aku yang ke 55 tahun.  Betul ke erk???Hehehe..Betul kan mak?Ucapan buat mak, Selamat Hari lahir.  Semoga mak diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.






                                                                                             


~Reply Komen Randomnly~

Morning semua.  Cubaan aku untuk reply semua komen yang berbentuk pertanyaan di blog aku.  Rasa bersalah pulak kalau tak menjawab persoalan itu.  Hihihi.  Itu sebab kalau aku nak komen aku lebih kepada statement.  Ada tak yang tinggalkan komen berentuk soalan then datang balik untuk mendapatkan jawapannya?So aku cuba unutk menjawab apa yang aku rasa boleh jawab.

Sorrylah sebab tak sempat nak reply komen korang.  Bukan malas tapi tak dan.  Kadang dapat update blog aje bila datang mood nak update.  bila mood ke dasar laut tak adalah aku update.  Ini pun weekend aku 2 hari aku tak update.  Malasnya bukan main lagi ada dalam diri aku.  So, inilah antara jawapan yang aku reply untuk komen korang..Harap berpuas hati dan tidak serik untuk meninggalkan komen korang di blog aku yea.   

kasehshapiah said...
pidah,luasnyer belakang umah...corner lot ker????perumahan skrg nie susah nak tngok belakang umah luas.. 
-Rumah kite semi-D...
 
mamawana said... 
Naper berpantang laksa ya? Tak leh makan ikan kmbong ka apa ka? 
-Orang kata laksa sejuk.  Itu tak makan.  Memang pantang dari anak 1st lagi.  Ada orang pantang selama 2 tahun. 
 
adianiez AIDA said...
nak tau jugak apen beri present pe... ceciter :) 
-Hadiahnya yang sekarang dia pakai.  Cuba aida tengok hp dia.:D
 
Kakzakie said... 
Tak tunggu sunset Fida... selalu kakak nampak mereka yg ke sini tunggu detik itu.. 
-Tak sempat nak bersun set kak zakie.
 
Nuwairani Ismail said... 
lagu2 dalam blog ni best lah! pasni leh bukak selalu la. hihih 
- Bolehlah singgah di sini selalu :D
 
Azuin Nazry said...
lesen aku plak lom idup ni..hehe da overdue ni..terpaksa la tumpang naik dgn ko ek.. 
-Berani ke ko nak naik kete dengan aku. Hehee

Nuwairani Ismail said...
hohoh.....same macam kite la ni. bertahun2 dah ada lesen. tapi tak reti nak drive. penakot sangat! renew lak sampai 5 tahun! tamak haloba betul. huhuh
-Ingatkan saya sorang penakut nak drive..Ada gak member. :D

Nuwairani Ismail said...
yang bertaburan tu kismis ke choc chip ye? rajin pulak dia mengekek 
-Yang bertaburan tue coklat chip.
 
DIANA said... 
LOYANG 8X8X3 TU ROPE DIE MCM MANE?CER CITE? 
-Saya guna loyang 8 inci.

fizafantagirO said... 
alamakkk.. xtgk ending dia smlm . macam mana ending dia smlm?
-Best endingnya..Happy ending. Akhirnya mereka berdua dapat berkahwin.

♥♥azatiesayang ♥♥ said... 
Salam Ida..k.atie xsempat nk tgk episode trakhir tu...nanti nk cari kat youtube larrrr
-Rugi tak tengok..best endingnya.  Tengoklah kat tonton atau di malaymoviesfull.net.

Mizz ErMa said... 
eh, da habis ke? sy penah tgk 2,3 episod aje..hihi
-Sudah habislah...Tengoklah best endingnya. :D

Ok thats all for now.  Nanti bersambung di lain entry.  Banyak cerita yang nak diceritakan di sini.  Tunggu dan sudi-sudilah membacanya.  TQ