Monday, March 19, 2012

~Baking Day~

Semalam seharian suntuk aku di dapur bekerja keras membakar kek dan cupcakes.  Semangat gitu.  Kalau tak pikir request dari ibu mengandung memang tak aku buatnya.  Kalau nak buat pun ikut mood aku.  Hehehe.  Tapi sebab officemate aku pregant request nak makan cheese cake.  Daku buatkan jugak.  Nak jugak dari air tangan aku nie.   Hehehe...

Tak apalah. Aku tak kisah pun sebab lately nie membakar nie menjadi hobi aku.  Bila dah lama tak buat kek rasa semacam aje.  Mesti terpanggil-panggil nak buatnya.  Tapi harus diingat!!!!!Aku bukanlah pakar memasak.  Baru jugak belajar buat kek.  Setakat try and error tue bolehlah yea.  Selalu yang menjadi food tester aku adalah asben aku dan mak aku.  Apa-apa pun aku budak baru belajar.

Semalam aku buat 3 jenis kek.  1 biji kek iaitu Cotton Cheese Cake dan 2 jenis cupcakes.  1 jenis aku buat rainbow cupcakes dan 1 jenis lagi aku buat coklat moist cupcakes.  Cotton cheese cake itu request daripada Maziana my officemate.  Bila dah siap cheese cake tue asben aku pulak tanya kek untuk orang kat rumah tak ada ke?  Maka aku buatkan jugak cupcakes tue.  Nak buatkan cheese cake tapi cream cheese non ado.  Belek-belek resipi aku teringin nak buat butterfly rainbow cupcakes  yang aku ambil daripada blog Kak Ita.  Tapi tak jadi nak buat butterfly.  Aku derhaka pada resipi.  Maka tercipta ajelah rainbow cupcakes.  Yang coklat moist pulak aku buat tambahan sebab balance cream banyak sangat.  Sayang nak buang.  So aku buatlah coklat moist cupcakes pulak. 

Inilah rupa cotton cheese cake aku.  Fresh from the oven.

Inilah hasilnya selepas di letakkan topping.  Aku letak ganache topping dan dihiaskan dengan resh cream frosting.

Inilah rainbow cupcakes versi aku.  No butterfly!!Malas nak buat.

Rainbow cakes selepas diletakkan cream di atasnya.

Ini pulak coklat moist yang selepas diletakkan dekonya.  Adriana nak letak edible image upin ipin.  Kakak upin ipin pun dia nak sekali.  Kebetulan aku ada beli edible image tempoh hari.  Inilah hasilnya.  Makanlah kek puas-puas yea.

Buat mak buyung itu, lega sudah dapat buat kek itu untuk ko.  Tak adaler ralat sangatkan.  Kang kempunan pulak anak ko.  :-)







                                                                                                                     

~Ammar Dan Basikalnya~

Panggil apa nie?Basikal kan?Cite dah basi nie sebab basikal nie papa ammar beli masa besday ammar tempoh hari.  Oleh kerana aku dah upload tapi terperam aje maka hari ini aku buat jugak as a entry.  Buat kenangan sudah semestinya.

Nanti boleh tunjukkan pada ammar.  Ini basikal papa beli masa 1st besday ammar. Hikhikhik..Bila ada basikal kakak yang lebih yea.  Dia pun sama sibuk nak naik.  Maka adalah adegan tolak menolak.  Sabajelah..

Sempat bergambar dulu.  Nak amik gambar adik jea.  Kakak nana pun nak bergambar sama jugak dengan adiknya.

Barulah si adiknya boleh bergambar seorang diri setelah aku memujuk kakaknya.  Kena cakap slow-slow dengan kakaknya sebab kakak ammar kuat merajuk.  Hehehe..Ikut perangai sape tuh???

Ammar dengan muka confuse.

Apa bendalah yang aku naik  nie??

Comel aje ammar naik basikal nie.  Ammar duduk jea tak bergerak pun.  Kakak yang lebih naik ke hulu ke hilir.  Nak pi dapur pun kayuh basikal.  Sabajealah...





                                                                                                                    

~Happy Monday~

Hello bloggers!!!!Hello everyone!!!Happy monday!!!Semoga hari ini happy buat semua orang.  Entry permulaan untuk minggu ini setelah 2 hari blog aku ini menyepi.  Oklah nak buat kerja dulu yea.  Entry warm up nie untuk aku warm up diri sendiri jugak.








                                                                                                                          

Friday, March 16, 2012

~Blueberry Tiramisu~

Ahad lepas aku cuba buat blueberry tiramisu pula.  Pernah buat sekali dulu tiramisu tapi masa tue aku guna kek sponge.  Itu pun sebab keterujaan menengok tiramisu di blog ANA.  Kali nie saje buat blueberry tiramisu sebab nak habiskan stok blueberry yang ada.  Balance blueberry masa aku buat cheese tart.  Sayang daripada terbiar macam tue baiklah aku buat sesuatu.

Kali nie aku buat tiramisu guna biskut lady finger.  Hari tue pi kedai bakery nak beli barang buat kuih sekali ternampak pulak biskut tiramisu.  Aku pun belilah sebab pernah cari dulu susah nak dapat.

Tadaaa...Inilah biskut tiramisu, aku beli harganya RM10.80.  Saje try kan.

Dan inilah hasilnya Blueberry Tiramisu aku.  Sesiapa yang nak resipinya bolehlah berkungjung ke blog ANA.  Ana ada tunjukkan step by step cara untuk buat Tiramisu di SINI.  Selamat mencuba!!!Sekian.






                                                                                                                      

Thursday, March 15, 2012

~Double Chocolate Cupcakes~

Sabtu lepas, terasa nak buat cupcake.  Rasa dah lama tak membuat kek jadi keinginan tue datang secara tiba-tiba.  Itu pun kalau kerajinan menguasai diri.  Kalau diri dilanda tahap kemalasan yang maksimum tidak menjadi jugak.  Adalah lebih baik aku bergolek-golek dan bermalas-malasan saje.  Hikhikhik..

So, aku bukalah koleksi resipi-resipi yang aku ada.  Teringin nak cuba resipi dari Kak Ummi.  Selalu jengah blog Kak Ummi untuk cuba resipi-resipi daripadanya.  Selongkar-selongkar bahan dalam kabinet tengok semua ada.  Pada mulanya aku teringin nak buat cupcakes yang topping dia letak fondant, tapi belum datang kerajinan untuk menghias bagai tue.  Apalagi aku pun mulakan projek aku yang boleh dikatakan menjadi hobi aku kebelakangan ini.  Bukan pakar memasak pun setakar try and error aje.  Ada jugak kek aku pernah aku sedekahkan ke tong sampah.   Hehehe...1st time buatkan.

Oklah berbalik kepada tajuk di atas, aku buat sebelah malam.  Iaitu hari sabtu malam sebab aku lebih suka buat time anak-anak sudah tido.  Kadang adriana teman aku.  Asal ammar dah tido tak pelah.  Kang dia berpaut kat kaki aku mintak aku dukung.  Kek pun kemana kalau ammar tak tidur lagi.

Langkah pertama aku buat dulu coklat ganache untuk topping cupcakes tersebut.  Bila dah settle buat coklat ganache barulah aku buat untuk adunan keknya pula.  Malam tue adriana teman aku.  Aku on tv bilik belakang dan dia main kat situ.  Ammar sudah lena tidur.  Bila sudah siap adunan dibancuh, aku pun mulakan proses untuk memasukkan ke dalam cup dan terus bakar.  Coklat ganache pula, bila sudah sejuk aku simpan dalam peti ais.  Cadangnya esoknya iaitu hari ahad baru aku nak letak toppingnya.

Inilah hasil cupcakes aku setelah diletakkan toppingnya sekali.  Tidaklah secantik cupcakes Kak Ummi.  Aku letakkan sekali resipi untuk Double Chocolate Cupcakes ini.  Mintak izin yea Kak Ummi, saya letakkan resipinya di sini.

 DOUBLE CHOCOLATE CUPCAKES

Bahan:-
  • 275 gram gula
  • 180 gram butter
  • 3 biji telur
  • 225 gram yogurt atau sour cream (aku guna yogurt sebab cari sour cream tak jumpa)
  • 1 sudu besar pes coklat
  • 250 gram tepung
  • 20 gram tepung jagung
  • 30 gram serbuk koko
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada 180'c dan sediakan bekas cupcakes/muffin.
  2. Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
  3. Pukul butter dan gula hingga sebati dan keputihan.
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga ringan.
  5. Masukkan campuran tepung yang telah diayak berselang-seli dengan yogurt/sour cream.
  6. Masukkan pes coklat dan kacau rata.
  7. Masukkan ke dalam cawan cake/muffin hingga 2/3 penuh dan bakar selama 20-25 min.
  8. Sejukkan dan hias dengan chocolate ganache.

 CHOCOLATE GANACHE

Bahan:-
  • 400 gram coklat masakan - potong kecil
  • 200 ml whipping cream
  • 50 gram butter
Cara-Cara:-
  1. Panaskan whipping cream (jangan sampai mendidih) di dalam bekas tahan panas dengan api perlahan.
  2. Curah atas coklat masakan tadi dan biarkan sekejap, kemudian kacau hingga sebati dan tidak berketul.
  3. Masukkan butter dan kacau sebati.
  4. Biarkan beberapa jam hingga nampak pekat membeku dan paipkan ke atas cupcake dan hias ikut suka. (Aku simpan dalam peti ais 1 malam)
Kepada sesiapa yang minat makan kek bolehlah mencubanya.  Selamat mencuba!!!Lain-lain tangan, lain-lain rasanya.  :-)







                                                                                                                      

~FM Dari Bandung~

Nak pergi sendiri ke Bandung belum sampai lagi.  Jadi kirimlah FM ini.  Memang menjadi hobi kalau sesiapa ke mana-mana untuk holiday mesti nak kirim FM.  FM ini aku kirim officemate aku yang ke Bandung tempoh hari untuk holiday bersama familynya.

Inilah koleksi FM aku dari Bandung.  Bila aku tampal FM di peti ais adalah orang yang tukang alihkan FM nie.  Kejap beralih ke tepi peti ais.  Pernah sekali jumpa dalam peti ais pun ada.  Aku dah tahu dah keje siapa yang mengalihkan FM tue???Hehehe...