Monday, January 16, 2012

~Menu Untuk Semalam~

Salam..

Baru lepas makan tengahari.  Alhamdulillah.  Kekenyangan nie.  Bila sudah kenyang mata pun seakan mahu terkatup.  Almaklumlah gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.  Semalam makan nasi, hari nie lunch pun makan nasi.  Memang menuju ke arah kegemukan nie.  Saat aku menaip nie pun dah berkali-kali jugak dok menguap.
Ini cite pasal menu semalam.  Semalam menu aku di rumah nasi jugak bersama tiga jenis lauk-pauk  Inilah lauk-pauk yang dimasak semalam. 

Asam Pedas Ikan Siakap

Sambal Udang Petai

Kacang Panjang Goreng

Air Bandung

Sekian.  Mari sambung buat kerja sebelum diri ini menjadi kritikal mengantuk.  Zasssss...


~Bergotong-Royong Untuk 5S~

Salam...

Selamat pagi isnin.  Hari ini datang ofis dengan semangat yang baru dengan tempat yang baru dan lapang.  Atas meja aku sekarang bersih dan kemas.  Sangat-sangat teratur tapi tak tahulah berapa lama bertahan.

Kisahnya jumaat lepas ofis aku ada buat aktiviti gotong-royong untuk 5S iaiti Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.  Kalau ikutkan banyak barang yang sayang nak dibuang tapi terpaksalah buang.  Kalau dah tak nak guna di ofis kenalah bawak balik rumah.  Sepahkan pula kat rumah sebab sayang punya pasal.  Tapi hari jumaat hari tue aku berjayalah jugak menyisihkan barang-barang di meja aku.  Yang last sentiasa amal tue harap-harap dapatlah diamalkan selalu.

Gambar di atas itulah keadaan meja aku yang bersepah.  Perlu dikemas dan dibuangkan barang-barang yang tidak diperlukan.  Gambar sesudah kemas belum sempat diambil.  Nanti aku letakkan yea.  Sekian.

Sunday, January 15, 2012

~Mee Udang Untuk Lunch Semalam~

Salam..

Baru berkesempatan untuk online dan update blog.  Maklumlah bila duduk di rumah memang tak menang tangan nak update blog.  Mana nak layan budak dua orang tue kan.  Memangler haru dibuatnya.  Semalam aku just masak menu simple memandangkan asben aku kata tak mahu makan nasi.

So, aku decide untuk masak mee udang.  Memandangkan bahan-bahannya semua mencukupi aku pun memulakan aktiviti memasak.  Sebenarnya ini resepi daripada kawan aku.  Dah lama dia bagi aku resipi mee udang nie tapi baru semalamlah aku berkesempatan untuk memasaknya. 

RESIPI MEE UDANG

Untuk perencah kuah :
Sebiji tomato
Udang kering
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia (semua ni diblend)
Kalau tak nak letak tomato pun tak apa..

Udang:

Kepala udang ditanggalkan, kemudian direbus. Bila sudah mendidih tapiskan air udang tu. Kemudian, kepala udang yang sudah ditapis tadi dikisar untuk amik airnya lagi.
Cara masak:

1) Tumiskan bahan kisar sehingga masak. masukkan sos tomato sikit.(ikut sesedap rasa)


2) Masukkan air rebusan udang, dan air kepala udang yang dah dikisar sehingga halus.  Masukkan buah tomato yang dipotong 4.  Biarkan kuah mendidih.  Akhir sekali baru masukkan udang (sebab udang cepat masak bila lama nanti kecut pula udang tu)

3)  Jika nak pekatkan kuah masukkan sedikit tepung jagung atau boleh juga digantikan dgn ubi kentang yang dah direbus dan dikisar.  Pun sedap juga..


4)  Mee, taugeh, sayur tue macam biasa lah kena celur.  Boleh tambahkan dengan asessori lain macam daun bawang dan lain-lain.
Sesiapa yang berminat bolehlah mencubanya.  Selamat mencuba yea.
Inilah hasil mee udang aku.  Sebenarnya aku terlupa masukkan cili kering masa nak kisar.  Jadi aku potongkan cili jea.  Entah macam mana boleh lupa. Rasanya masih sedap cuma tak pedas. 

Sekian dahulu.  Selamat mencuba.  Lain-lain tangan, lain-lain rasanya.

Saturday, January 14, 2012

~Cucur Sayur~


Salam...

Dah nak petang barulah dapat nak update blog.  Hari ini datang mood rajin nak ke dapur awal pagi.  Maklumlah rasanya dah lama tak main masak-masak.  Pagi tadi sarapan aku sekeluarga adala Cucur Sayur.  Cuba bertukar selera.  Masak yang simple jea untuk sarapan pagi tadi.  Makan cucur untuk alas perut sementara nak makan tengahari.

Inilah cucur sayur aku untuk sarapan kami pagi tadi.  Simple dan mengenyangkan.  Resipi yang diambil dari koleksi buku masakan mak aku. :-)


RESIPI CUCUR SAYUR

Bahan-bahan :
200 gm Tepung gandum
1 biji telur
Kacang Panjang (potong kecil-kecil)
Lobak (potong dadu)
Air
Garam secukup rasa

Cara Memasak :
1) Satukan kesemuanya dan gaul sebati
2) Panaskan minyak.  Kemudian ambil sedikit adunan dan goreng hingga kekuningan.
3) Angkat dan ketepikan.
4) Sedia untuk dihidangkan.

Kemudian, aku buatkan jugak sos cili  sebab asben requestkan.  So buatler jugak.  Main hentam keromo jea.  Ikutkan aku cicah dengan sos cili yang ready made jea.  Dasar bini pemalas!!!!Huahuahua...

RESIPI SOS CILI

Bahan-bahan :
Cili kisar
Bawang putih (kisar)
Sos Cili
Gula
Garam secukup rasa

Cara Memasak :
1)  Satukan cili kisar, bawang kisar, sos cili, gula dan garam di dalam periuk.
2)  Masak di atas api yang kecil sehingga pekat.
3)  Apabila mendidih rasakannya dan boleh diangkat.

Itulah sarapan kami pagi ini.  Makan tengahari pulak aku just masak Mee Udang.  Asben tak mahu makan nasi sebab malam tadi aku dah masak nasi.  So, yang bini nie terpaksalah akur bila si suami tak mahu makan nasi.  Diet katanya. :-)  Nanti aku postkan gambar mee udang pulak yea. 

Friday, January 13, 2012

~Bila Sesiapa Ke Sana Mesti Nak Kirim~

Kalau dah nampak gambar coklat nie mana lagi kalau tak ke Langkawi bukan.  Semua orang sudah sedia maklum kalau pi Langkawi mesti ole-olenya adalah coklat.  Yang nak dikirim pun mesti coklat.  Itulah yang famous bila ke sana.  Minggu lepas opismate aku, Kak Zu ke Langkawi sebab dia dan beberapa orang yang lain ada menyertai bengkel di sana.  Inilah dua coklat yang menjadi kegemaran aku, Coklat Daim dan Coklat Hersey Kisses.  Aku kirim dua coklat nie.  Kat sana kan murah.  Lagipun nak jugak merasa bau-bau dari Langkawi tue.  :-)  Last aku menjejakkan kaki ke sana pada tahun 2007.  Masa tue sedang mengandungkan Adriana dalam 4 bulan. 

Ini pula ole-ole dari kawan-kawan yang ke sana.  Macam-macam jenis coklat yang ada.  Minyak gamat pun ada jugak.  Tq kepada kawan-kawan yang memberi coklat-coklat ini.  Layan coklat jealah minggu nie. :-)  Saya suka coklat.   Wauuuu...Nyum..Nyum..


Thursday, January 12, 2012

~Dilanda Batuk~

Aku dilanda batuk semula.  Sangat sakit tekak ini.  Bila rasa gatal tekak mula batuk tak henti-henti.  Teringat tahun lepas masa aku berpantang lepas bersalinkan Ammar kena batuk macam ini jugak.  Aduiyaiiii...Ngilunya bila batuk.  Nasib bersalin normal.  Tapi jenuh jugak nak kontrol bila nak batuk.

Memang seksa rasanya.  Selsema dah hilan cuma batuk jea lagi yang belum baik.  Sekarang nie pun tengah batuk.   Uhuk..Uhuk..Uhukk..

Kat ofis pulak sahut menyahut batuk nie.  Depan belakang bunyi orang batuk termasuklah aku. Kalau sikit-sikit batuk tak apalah jugak.  Ini kadang sampai teruk sangat bunyinya.  Inilah benda-benda yang aku buat untuk menghilangkan batuk aku nie.

Makan ubat batuk.  Asben aku belikan aku breacol.  Bila dah makan ubat batuk nie mata aku nie macam nak lelap jea gamaknya.  Lepas tue bila dah makan lagi gatal pulak tekak aku.

Aku cuba gak makan strepsils.  Oklah kan.  Berangin jea tekak nie.  Kuranglah sikit.  Hari tue dah beli yang plastik dia warna merah.  Sekarang nie aku cuba makan yang plastiknya warna ungu pulak.  Tak baik jugak tak tahulah.

Ada jugak cuba minum air asam jawa.  Ada pulak orang kata aku nak nyanyi.  Nak jaga suara.  Hikhikhik. 

Sudah macam-macam yang aku buat untuk menghilangkan batuk nie.  Harap tidaklah berpanjangan.  Ammar pun dah kena batuk berjangkit daripada aku.

Note>>Gambar-gambar di sini ehsan dari Google.