Tuesday, June 21, 2011

~Mana Boleh Beli Benda Nie??~

Salam...
Nak tanya ada sesiapa yang pernah gunakan benda nie untuk anak-anak korang?/aku terbekenan pulak.  Ingat macam nak belikan satu jea untuk my lil boy, ammar.  masa tue blogwalking ternampaklah benda alah nie.  comel jea anak dia duduk kat seat nie.

Mula-mula tak tahu apalah nama benda nie.  entah macam mana terjumpa pulak kat fb rupa-rupanya namanya Bumbo Seat.
Mana erk nak beli Bumbo Seat nie??Yang ada aku nampak jual online.  Ingat nak try beli kat luar. Boleh sesiapa bantu??



Chomel kan??hehehe...Harganya yang aku survey antara RM139 ke RM159.  Boleh tahan gak harganya.  Kena simpan duit gaji untuk beberapa bulan. :-)  Rasanya baby berapa bulan yang boleh duduk kat seat nie yea??Macam-macam sekarang ada kan?

Note>>Mesti comel si bam bam mama duduk kat seat nie...hehehe

~Ammar Sudah Pandai Meniarap~

Salam dan Salam 1 Malaysia...
Selamat pagi semua..entry pagi haruslah ucap selamat pagi kan??:-)
Entry kali nie nak cerita pasal ammar my lil boy.
Hari ini 21 April 2011 ammar genap 4 bulan..
Happy 4 Month to ammar.

Nak cerita sikit tentang ammar.
Sekarang ammar dah pandai meniarap.  Dari minggu lepas dia cuba nak meniarap dan akhirnya jumaat lepas 17 Jun 2011 ammar berjaya meniarap.  wah mama sangat seronok bila tengok ammar sudah meniarap.  Kakak lagi seronok tengok ammar.  kakak cakap adik dah pandai meniarap?bila cakap adik dah besarlah macam nie.  adriana jawab tak..adik belum besar dia kecik lagi.  hehehe..macam2 si kakak kalau bercakap. 1 patah mama cakap 10 patah adriana jawab yea.

Seronok kan bila kita dapat melihat perkembangan anak-anak kita kan?mula-mula risau jugak. bilalah anak aku nak meniarap nie.  bila orang kata badannya semangat masa timbang 3 bulan berat ammar 6.9kg aku kata mesti lambat sikit dia nak meniarap.  tak apalah pelan-pelan yea adik.

Bila dah pandai meniarap, kejap-kejap dia nak meniarap.  Tak mau tido.  baru pandai buatlah katakan.  Memang bersungguh-sungguhlah dia kalau nak buat tue.

Jom kita tengok gambar ammar masa meniarap.  aku sempat snap 2 keping gambar.  itupun macam blur-blur jea gambarnya sebab kepala dia dok goyang-goyang.  Bolehlah jadi ada kan boleh buat kenang-kenangan.


Inilah si bam bam mama.  hehehe..tak sabar nak tengok ammar berjalan pulak.  wah mama tak menyabar betul.  bukan apa boleh ammar main-main dengan kakak.  kesian kakak tak ada kawan nak bermain.

Monday, June 20, 2011

~Ke Laut~

Salam...
Bila tengah rajin banyak pulak entry yea.  Tajuk 'Ke Laut'..Tak tahu nak letak tajuk apa.  Siapa pulak yang ke laut?macam nelayan pulak.hehehe..Nie cite pasal asbenlah, asyik cite pasal alfidah, adriana dan ammar jea kat blog nie kan.  Mestilah cite pasal affendy pun kena.  dah kata blog nie 'Our Stories' mestilah cerita pasal kami berempat.:-)

Nak cite pasal asben sorang memang susah.  dia pulak jenis susah nak bergambar.  nie pun aku cilok gambarnya dalam kamera.  mintak ampun yea bang...

Minggu lepas asben aku ke laut katanya nak cek kapal.  macam tuelah aku bukan paham sangat kerjanya kan.  beria-ia dia nak bawak kamera.  sebelum tue siap pesan kat aku suruh sediakan minyak kapak.  takut mabuk laut katanya.  macam-macamlah..

Oklah layan gambar jealah...

Ini pemandangan pelabuhan Kuala Linggi..
Asben aku dah bertukar tempat koje. 





Itu jealah..Nak cerita panjang aku bukan tuan punya badan.  nak menerangkan pun bukan aku ada di tempat kejadian.  Hehehe
Saje letak di sini untuk tatapan pada masa akan datang dan pada masa tua nanti yea bang..;-)

p/s : Abg, jangan marah yea...;-)

~Majlis Resepsi Rumah Perempuan~


Salam..
Bersambung balik kepada cerita kawin adik aku yang belum abis2.  tak nak post entry rasa sayang pulak.  gambar bukan main banyak amiknya.  itu yang mendatangkan kemalasan nak menulis dan mereka ayat.  kalau nak cuci tue memang takler.  daripada terbiar jea gambar-gambar dalam laptop baik aku catatkan memorinya di sini.  sekurang-kurangnya ada jugak kenangannya.  blog nie kan macam diari.  tak tahulah sampai bila blog nie akan bertahan.

Entry kali nie nak cerita pasal majlis di sebelah rumah perempuan.  Biasalah kalau dah berkumpul ramai2 memang gamatlah suasana kan??really enjoy this moment.  seronok kan bila berkumpul ramai-ramai.

So, aku ingin berkongsi bersama-sama gambar yang diambil sepanjang majlis di sebelah rumah perempuan.
Jom layan gambar...

Pengantin lelaki sudah sampai..hehehe
Inilah rombongan daripada pihak lelaki
Berteduh dulu..lambat sangat nak berarak. 
Kami semua puteri lilin termasuklah ammar..hehehe
Adriana dah mula buat hal.  kompang bunyi jea dia jadi takut. 
terpaksalah kakak sepupu aku dukung yea..
Turn papa pulak dukung ammar..
Tangan mama dah lenguh...hehehe
Inilah rombongan cik kiah kami
Pengantin perempuan sudah mari..
Kami sudah diarak dengan paluan kompang...
Macam kenal pulak si tudung oren tue??Siapakah itu??hehehe
Sedang bersanding untuk dibaling tepung tawar...:-)
Group kami lagi...muka-muka nie jealah yang ada pun
ammar dah gelisah waktu nie..
dia nie tak boleh berpanasan sikit.
Kami memang giler bergambar
Inilah keluarga kami
Menikmati juadah pengantin yea...
Dapatler makan udang pacak.  Iye ke panggil udang yang cucuk tue apa kita panggil erk?
Time nie macam tak pernah makan udang pulak..:-)

Note>>Cerita penghabisan pasal majlis yang berlangsung di rumah aku pulak..

Sunday, June 19, 2011

~Happy Father's Day!!~

Salam...

Selamat Hari Bapa!!korang sambut tak?kali nie belum tahu lagi sebab asben aku koje. apa-apa pun aku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa buat ayah aku dan jugak papa anak-anak aku.

Inilah ayah aku.  semoga ayah diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungiNya.

 
akhir sekali buat papa adrianammar, semoga diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, sentiasa bersabar dalam apa jua situasi dan supaya dapat menjadi papa yang baik buat adrianammar.

AdrianAmmar..we love u papa!!

HAPPY FATHER'S DAY!!!

~Tidak Dirancang~

Assalamualaikum...
Tak tahu nak letak tajuk apa.  Kejadian malam tadi di Jusco Bandaraya Melaka.  Last2 minit ajak anak2 buah aku.  Mulanya dari minggu lepas janji nak keluar.  tapi oleh kerana semua ada hal maka ditundalah pada masa yang kami sendiri tak tahu.  hahaha..

Malam tadi aku beli beli basikal si adriana dulu then baru pi amik dia orang.  asben aku just dropkan kita orang.  dia tak join sebab baru balik koje.  Letih katanya.  Aku on jea janji asben aku nak anta dah kira bersyukur.  Mula-mula bercadang nak tengok wayang tapi mengenangkan aku ada anak kecik pukul berapa pulak aku nak balik.  Jadi, aku decide bawak dia orang pi makan.  Inilah orang-orang kuat yang banyak membantu masa kenduri kawin tempohari. :-)

Lately nie asben aku weekend pun koje maka aku dan anak2 tercampak ke sana ke mari.  aku nie dahlah kaki jalan.  kalau duduk rumah dah serba tak kena.
So inilah aktiviti aku bersama adriana dan anak2 buahku.  ammar kena tinggal kat rumah dengan neneknya.

Jom tengok gambar...

Inilah meja kami duduk

Pizza Super Supreme..i like!!

Ini pulak Pizza Pepperoni Delight...I loves pizza!!

Masa untuk makan yea anak2...hehehe..macam ramai anak pulak

Bergambar dulu sebelum menjamu selera..Adriana dan kakak Iqah

Makan sup dulu.  Adriana suka makan sup nie!!

Kami semua sedang menikmati pizza.  sambil makan sambil bergambar.  dia orang memang gila bab bergambar
Mama dan Adriana.  Ammar cepat besarnya nanti boleh join kakak

Nie anak buah yang sulung order.  Chocolate Volcano..macam tueler namanya.  sedap gak tapi makan banyak2 aku muak.

Hah..inilah dia orang yang beria nak makan volcano chocolate.  makan banyak2 dah muak..

Habis licin..semua kekenyangan..erkkkkk...hehehe

Muka ceria selepas makan.  syahmi asal tongkat kepala??dah berat ke lepas makan

Sempat lagi berposing..gemuknya gambar aku???

Kat cashier pun sempat lagi berposing yea kak long???

Di hadapan Pizza Hut...Iqah,napelah ko kepit anak bibik tue??kesian adriana..hehehe.
aku lagi jadi kameraman...

Bibik dan kak long..panggilan aku adalah 'bibik' di kalangan dia orang.  macam bibik indon plak..hahaha

Sedang menanti kenderaan untuk tiba.  bak kata kak long 'driver'.hehehehe
sopi, kak long ko kata ko driver.  i'm sorry.

Candid!!syahmi,kenapalah ko suka snap gambar bergegar???
sabar jealah..

Last picture sebelum pulang sebab 'driver' sudah nak sampai.  hehehe

p/s : Myiera Ariffin, Syahmi Ariffin dan Fiqah Ariffin kalau korang nak gambar nie savelah yea..bibik korang nie malas nak upload dalam fb..kalau dah upload kat fb tag ler kat bibik yea. ;-)