Wednesday, March 10, 2010

Teka-Teki : Part II

Salam Semua..

Rasanya da lama aku tak buat teka-teki...Saje suka-suka jea aku buat teka-teki nie..pikir punya pikir apa teka-teki yang sesuai untuk korang teka..at last aku dapat idea gaks untuk buat teka-teki...cuba tengok gambar di bawah nie...

*
*
*
*
*
*
*
*



Soalan :"Berapakah harga untuk item ini?"


Syarat-syarat teka-teki ini :

1) terbuka kepada semua
(follower mahupun bukan follower, bloggers ataupun bukan bloggers)

2) tekalah sebanyak mana pun (aku tak kisah)
3) tinggalkan jawapan teka-teki korang dekat ENTRY nie yea..

4) hanya penyertaan yang tepat/hampir2 & terpantas akan dikira sebagai pemenang teka-teki ini

4) jawapan teka-teki diterima sehingga 12 Mac 2010, jam 8.00am

5) pemenang akan mendapat hadiah berupa BARANGAN TUPPERWARE


so, apa tunggu lagi..cepat-cepatlah join teka-teki nie...senang dan amat mudah jea untuk menyertai teka-teki nie..


***********************************************************************

~12 Sifat Sahabat~



::12 Sifat Sahabat ::

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali}


Tuesday, March 9, 2010

Nak Tau Sebab Anda Memilih Pasangan Anda......‏



Saje nak berkongsi email yang aku terima daripada seorang kawan aku dari Putrajaya....aku da cuba memikirkan jawapannya..cubalah korang pulak fikir-fikirkan...

Emailnya berbunyi seperti di bawah : -

Assalamualaikum......

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.
Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak :

1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir....
Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung di sebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...
Apakah ciri / sifat / perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda..

Haaa... macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Thursday, March 4, 2010

~Aktiviti Petang Adriana~

Aktiviti petang kami dari isnin ari tue..pas balik keje aku ajak asben pi joging..aku kata boleh bawak adriana main2 dekat taman permainan..asben pun bersetuju..petang tue dengan semangatnya aku membawa adriana pi ke Stadium Tun Fatimah untuk beriadah di sana..berlari-lari anak..kejap adriana jalan..kejap dia lari..nak berdukung pun ada..penat gak aku time kena dukung adriana..sesekali biarlah dia nampak dunia luar..asben pun jogging...aku idaklah jogging..setakat berjalan pun da cukup...ok tak??aku ajak tapi aku tak joging...aku tak amik gambar masa ari isnin tue...tapi ari selasanya kami tak pi joging..sebab keadaan adriana tidak mengizinkan..nak tahu sebab apa???baca sampai abis...hehehe...

petang semalam aku dengan asben bawak adriana lagi untuk beriadah...kali nie mak aku pun ikut...mak aku kata saje nak amik angin...tapi kali nie adriana tak seperti nak berjogging..masa aku sampai rumah, aku tanya adriana "adriana, jom gi jogging"
adriana : "xnak..xnak..atit"
so, kenalah berselipar jea...tak bolehlah nak pakai kasut..nielah gambar sepanjang adriana di taman permainan.










masa naik buai nie..ajak turun sebab nak balik..
adriana boleh tak nak turun..
jenuh nak pujuk dia..nak bawak turun adriana boleh duduk bawah...
nak tahu sebab apa adriana tak boleh nak pakai kasut??
inilah sebabnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

kaki adriana melecet...masa isnin ari tue adriana pakai kasut..
masa nak balik bukak kasut dia jadi macam nielah..
aku pun tak perasan..memang dok menangis jealah..
pedihkan..bile menangis adriana cakap "ki..atit"
balik2 jea adriana terus cakap dekat neneknya..
nak tidokan adriana malam tue memang kena banyak bersabar..
disuruh tiuplah, kipaskanlah...sampai nak jalan pun adriana tak berani..
jadi budak baik kejap malam tue...hehehe

inilah keadaan kakinya yang melecet..
malam tadi aku amik...kesian adriana...

Note:Hilang kejap semangat nak berjogging...


Wednesday, March 3, 2010

~Makan-makan di Marry Brown~

Ahad lepas kami bertiga just lepak-lepak dan bersantai di Marry Brown jea..pi tesco nak beli pampers adriana..tapi sebelum tue asben ajak makan dulu..asben nak makan bubur...so, kita orang gi makan dekat Marry Brown jealah...aku pulak nak makan kari..dengan keadaan mulut yang ulser pun boleh makan pedas ek???reda jealah..makanler pelan2...nak meleleh air mata pun ada..pedih sangat...kali nie besar sangat..lambat nak baik...ada sebarang petua ke??selalu letak mentega jea...

mi kari yang aku nikmati

bubur..akhirnya aku yang makan bubur nie..
sebab da tak tahan dengan kepedihan yang melanda...

adriana pun menikmati bubur

suka sangat senyum macam nie

adriana

adriana+papa


~Sambutan Maulidur Rasul Di Melaka~

Rasanya tak terlambat untuk postkan entry pasal Sambutan Maulidur Rasul pada jumaat lepas..sibuklah..tak dak masa nak upload gambar..malam nie terpaksalah post banyak cite...kalau korang nak tahu aku taklah masuk perarakan tue..tak dipilih...tak glamour kot..hehehe...aku dapat merasa sekali masuk perarakan nie sepanjang aku da masuk 4 tahun bekerja di jabatan yang aku koje sekarang nie...oklah tue..adalah kenangan gak kan???aku pi pun bersebab untuk tengok perarakan Maulidur Rasul nie..semangat aku nak pi..macam aku yang masuk...aku nak tengok asben aku dan ayah aku...hehehe...asben aku wakil untuk ofis dialer..ayah aku wakil masjid...tapi ayah aku just naik kereta...

 kami sedang menunggu dengan setianya..perarakan belum bermula
mama+adriana

nielah kereta yang ayah aku naik..dalam bulatan tue ayah aku..
ayah aku just selawat dari dalam kereta

perarakan telah bermula..
dalam bulatan adalah Ketua Menteri Melaka

oh..macam kenal jea baju nie..
wakil dari Pejabat FAMA Negeri Melaka
di manakah laki aku nie???

oh..tue dia..yang dalam bulatan..
nampak kita orang asben aku pi kat kita org dulu..
boleh ek macam tue???

adriana ketakutan sampai tak nak turun
adik aku kenalah dukung
adriana kalau ramai2 orang nielah peelnya..
nak berdukung...

lama-lama baru adriana berani turun..
setelah beberapa kali dipujuk untuk turun

last sekali yang aku nak tengok mestilah dari ofis aku..
nielah wakil2 yang sudi dengan ikhlasnya berarak pada hari itu..
huhuhu...lelaki jea wakilnya...

pas da settle tengok orang berarak...kami terus ke Jusco baru..
nak breakfast lah..belum breakfast sebab nak cepat tengok perarakan punya pasal...
oleh sebab aku mengalami ulser mulut yang amat teruk...aku kenalah makan benda2 yang tak pedas...so, aku makan wantan kering...dengan sup...sedap...

nielah rupa mi wantan aku...

adriana memang hirup sup

hirup..hirup..dan hirup..

pas makan kami terus balik..adriana pun kepenatan dan terus tido...itu jelah yang berlaku pada hari jumaat tempoh hari...