Wednesday, May 29, 2013

~Pavlova, Chistart Dan Bubur Jagung~

Assalamualaikum...

Hai semua.  Mesti sibuk dengan kerja-kerja opis yang tak pernah surut.  Fuh!!Tarik nafas dalam-dalam bila pandang meja sendiri yang bertimbun-timbun kertas.  Bila nak surut sikit kerja atas tray, datang balik kerja baru yang bos letak.  Mintak nyawa!!Mintak nyawa!!

Kesinambungan cerita semalam di entri INI.  Selepas membeli segala bahan-bahan di kedai kek, dengan kerajinan dan semangat yang dikumpulkan sejak beberapa hari maka terjadilah pavlova, chistart dan juga bubur jagung.  Tekak mengada-ngada nak makan tapi nak yang buat sendiri.  Boleh gitu?Akhirnya berjaya juga menempuh pelbagai cabaran di dapur sambil ditemani novel Teduhan Kasih.  Baca novel sambil baking.  Huahuahua...Bagi mood datang ketika membaking.

Marilah tengok hasilnya.

Pavlova.  Anggur yang aku beli habis dihentam oleh nanammar.  Memang gemar anggur.  Nanti beli lagi ye, nak.

Akhirnya tercapai nak makan chistart buatan sendiri.  Dah lama teringin nak makan tapi nak yang buat sendiri.  Mula-mula nak beli kat jusco tapi entahlah.  Inilah hasilnya.  Sebab nak makan sendiri,  senget-senget tart aku.  Masuk mulut je kut.

Dah masuk dua kali aku buat bubur jagung.  I like!!Sedap rupanya.  Selalu makan bubur chacha je.  Sekali buat tak puas, dan ahad tu buat lagi sekali.  Kali ni buat banyak satu periuk aku masak sebab esoknya nak bawak ke opis.  Makan bersama Mira Mokhtar dan Kak Nisah.  Harus share dengan mereka berdua. :D

Sekian dulu entri tengahari ni.  Mari fikir mahu makan apa untuk lunch ni.  Till then..Publish!!







                                                                                                                      

1 comment:

Dilah said...

Salam perkenalan..wah rajinnye membaking 2,3 jenis dlm 1 masa.. sy pun dah lama nak wat pavlova tak terbuat2 sbb ada baby yg asyik nak perhatian jer.. alamatnya lama dah x berasap oven tu..hehe

sy pun asal dari melaka jugak.. jumpe org kg kat cni pulak.. sy follow ye.. jemput singgah ke belog sy pulak ye.. tq

http://ceriteraibu.blogspot.com/